omniture

U-Boat Worx Alu-alukan Rakan Kongsi Pelaburan Baharu

U-Boat Worx B.V.
2013-12-13 05:58 117

BREDA, Negeri Belanda, 13 Disember 2013 /PRNewswire/ --

Pengeluar bot selam Belanda meningkatkan kapasiti pengeluaran dan kehadiran di Asia Pasifik

U-Boat Worx hari ini dengan sukacitanya mengumumkan perkongsian bersama Exa Limited, syarikat yang dimiliki oleh Tan Sri Lim Kok Thay, usahawan terkenal yang menerajui Genting Group, salah satu konglomerat paling dinamik di Asia.

(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20131212/658860)

Perkongsian ini bertujuan untuk mempertingkatkan perkembangan U-Boat Worx bagi tahun-tahun akan datang, termasuklah peningkatan kapasiti pengeluaran, pengurangan masa penghantaran dan peningkatan sokongan pada peringkat global.

"Ini merupakan produk inovatif yang menawarkan pengalaman tersendiri bagi penerokaan laut dalam dan menyelam tanpa menggunakan peralatan skuba. Saya amat kagum dengan pasukan U-Boat Worx yang telah berjaya menjadikan syarikat ini sebagai peneraju pasaran dalam bidang bot selam yang dikendalikan oleh manusia, walaupun dengan keadaan ekonomi yang kurang stabil," kata Tan Sri Lim.

Menurut Bert Houtman, pengasas U-Boat Worx, "Wawasan saya sentiasa adalah untuk mencipta siri bot selam yang selamat dan andal yang memberikan pengalaman menyelam tersendiri kepada semua. Rakan kongsi baharu kami, Tan Sri Lim yang terlibat dalam pelbagai industri seperti kasino, pusat peranginan, taman tema, minyak dan gas, pelayaran dan pembinaan kapal layar yang inovatif membolehkan kami melaksanakan wawasan tersebut, di samping meningkatkan pendedahan kami di rantau Asia Pasifik."

U-Boat Worx kini mempunyai buku pesanan yang termasuk penghantaran bot selam yang dikendalikan manusia pada tahun 2014 kepada pemilik kapar layar besar, institut penyelidikan saintifik dan pengendali pelancongan.

Exa Limited merupakan pengedar yang dilantik di Asia Pasifik untuk bot selam peribadi U-Boat Worx dan akan membangunkan serta melaksanakan strategi jualan dan pemasaran, serta rangkaian pengedar dengan kerjasama yang rapat bersama U-Boat Worx.

Latar Belakang EXA Limited

Exa Limited merupakan syarikat yang dimiliki oleh Tan Sri Lim Kok Thay, Pengerusi dan Ketua Eksekutif Genting Group. Genting Group ialah salah satu konglomerat Asia paling dinamik yang beroperasi dalam pelbagai industri termasuk hiburan & hospitaliti, penjanaan kuasa, ladang kelapa sawit, pembangunan hartanah, bioteknologi serta minyak dan gas. Bahagian hospitaliti dan santai termasuklah jenama "Resorts World", "Star Cruises" dan "Norwegian Cruise Line".

Exa Limited juga merupakan rakan ekuiti bagi U-Boat Worx, pengeluar kapal layar Wider S.r.1. dan Grand Banks Yachts Limited. Syarikat ini turut memiliki Wider Yacht Asia Limited dan merupakan pengeluar serantau di Asia Pasifik.

Latar Belakang U-Boat Worx

U-Boat Worx yang bertempat di Negeri Belanda telah ditubuhkan pada tahun 2005. Sejak penubuhannya, syarikat ini telah menjadi pengeluar bot selam mini terbesar di dunia.

U-Boat Worx menawarkan sebanyak lima bot selam yang terdiri daripada model 2 individu hinggalah kepada model 5 individu; C-Quester 2, C-Quester 3, C-Explorer 2, C-Explorer 3 dan C-Explorer 5. Semua model C-Quester ini mempunyai pemeringkatan kedalaman yang standard sedalam 100 meter, manakala model C-Explorer pula boleh didapati dengan pemeringkatan kedalaman sedalam 100 meter hingga 1000 meter.

U-Boat Worx amat komited untuk membangunkan bot selam mengikut siri. Ini juga dapat menjimatkan kos dan masa. Pasukan seramai 25 pekerja tetap termasuk para jurutera, juruteknik, jurupandu bot selam dan kakitangan sokongan terus berusaha mereka bentuk, menghasilkan serta menguji kesemua bot selam yang berjaya dihasilkan.

Imej

Foto dengan resolusi tinggi: http://www.uboatworx.com/Mediakit.dhtml?lan=ENG

SUMBER  U-Boat Worx B.V.

Source: U-Boat Worx B.V.
Keywords: Maritime/Shipbuilding Transportation Joint ventures