omniture

Accel melancarkan 'Decoding Marketplaces'

Accel
2022-11-17 16:34 213

Inisiatif untuk membantu para pengasas Pasaran yang bercita-cita besar untuk meningkat perjalanan mereka

  • Accel telah memperkasakan lebih 25 pasaran di India daripada peringkat Permulaan hingga Peningkatan
  • Accel telah melaburkan hampir USD700 juta dalam syarikat pemula Pasaran India setakat ini 

BANGALORE, India, 17 November 2022 /PRNewswire/ -- Firma modal usaha niaga global, Accel, telah melancarkan 'Decoding Marketplaces', sebuah repositori pengalaman digital untuk menyokong pasaran yang berjaya. Inisiatif ini direka untuk membantu para usahawan mengenal pasti asas pasaran yang berjaya dan memperoleh pengalaman daripada kumpulan rakan seangkatan mereka.

Accel melihat peluang yang signifikan berkaitan pasaran di India. Dalam dekad yang lalu, Accel telah membantu pelbagai syarikat pemula pasaran dan pengasasnya dari peringkat permulaan hingga peningkatan, termasuk Bizongo, Flipkart, Swiggy, Urban Company dan Zetwerk. Setiap syarikat pemula telah memperbaharui semula 'bazar', sekali gus membentuk masa depan perdagangan dan sumber mata pencarian di India. Accel telah bekerjasama rapat dengan kira-kira 200 buah firma dan telah menjalankan lebih 25 pasaran sepanjang perjalanan mereka dari peringkat permulaan hingga peningkatan dengan jumlah pelaburan yang menghampiri USD700 juta.

'Decoding Marketplaces' terdiri daripada kandungan yang disusun oleh rakan niaga Accel dengan kerjasama para pengasas untuk beberapa pasaran paling penting di negara ini. Pembelajaran indikatif daripada 'Decoding Marketplaces' termasuk mengenal pasti tempat ujian, melantik pembekal terbaik dan mengekalkan mereka pada platform, mengupah pasukan risiko dalam pasaran B2B dan berurusan dengan syarikat pesaing yang besar, sekali gus memberi pengetahuan taktikal dan strategik kepada bakal usahawan.

'Decoding Marketplaces' akan turut menyediakan platform kepada pengasas baharu untuk membina rangkaian dengan para pengasas pasaran yang telah berjaya. Decoding Marketplaces Startup Hunt menjemput para usahawan peringkat awal yang telah mengumpul dana tidak kurang daripada USD2 juta untuk memohon peluang membentangkan idea mereka kepada jawatankuasa pelaburan Accel bagi mendapatkan maklum balas serta mendapatkan manfaat-manfaat lain seperti waktu pejabat dengan mana-mana rakan niaga Accel dan juga akses kepada Pad Pelancar ruang kerja bersama serta bimbingan secara 1:1 daripada para pengasas portfolionya. Usahawan yang berminat boleh memohon di: https://www.seedtoscale.com/marketplaces/startup-hunt

Anand Daniel, Rakan Kongsi Accel berkata, "Kira-kira 30% daripada syarikat-syarikat bersaiz sederhana hingga besar di India adalah berkaitan dengan pasaran, manakala satu pertiga daripada pasaran ini berada dalam portfolio Accel. Kami percaya bahawa terdapat peluang yang signifikan untuk pasaran di India dan bahagian pasaran ini akan terus berkembang. Dengan memikirkan peluang ini serta pengetahuan dan pembelajaran Accel dalam bidang ini, kami telah mencipta destinasi ini untuk berfungsi sebagai sebuah repositori sumber. Decoding Marketplaces akan memudahkan pemahaman terhadap asas pasaran, berkongsi pembelajaran dan kisah kejayaannya dengan bakal/pengasas baharu dan memberi mereka akses kepada pelabur dan acara-acara industri."

Daniel berkata Accel ingin menjadikan 'Decoding Marketplaces' sebagai destinasi #1 (fokus kepada India & Asia Tenggara) untuk pasaran yang akan memberi manfaat kepada para usahawan, syarikat pemula dan komuniti baharu.

Semua kandungan boleh didapati di laman mikro Accel di Marketplaces - https://www.seedtoscale.com/marketplaces dan diperkukuh di seluruh aset sosialnya seperti -

Twitter (https://twitter.com/Seed2Scale),
Instagram (https://instagram.com/accel_seed2scale),
LinkedIn (https://www.linkedin.com/company/seedtoscale/). 

Tentang Accel:  

Accel  ialah sebuah firma modal usaha niaga global yang bermatlamat untuk menjadi rakan kongsi pertama kepada pasukan yang luar biasa di mana-mana sahaja, bermula daripada penubuhan hingga kesemua fasa pertumbuhan syarikat swasta. Accel telah beroperasi di India sejak tahun 2008 dengan pelaburan yang merangkumi syarikat seperti BookMyShow, BrowserStack, Flipkart, Freshworks, FalconX dan Infra.Market, Chargebee, Clevertap, Cure Fit, Musigma, Moneyview, Mensa Brands, Myntra, Moglix, Ninjacart, Swiggy, Stanza Living, Urban Company, Zetwerk, Zenoti dan pelbagai lagi. 

Atoms ialah sebuah program yang dihasilkan oleh Accel India untuk membantu syarikat pemula daripada peringkat prapermulaan dengan akses yang mudah kepada modal bukan kecairan, bimbingan daripada pengasas dan pengendali serta komuniti untuk membantu mereka berkembang.

Kami membantu para usahawan yang bercita-cita besar untuk membina perniagaan global yang ikonik. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.accel.com atau https://twitter.com/Accel_India.

Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1947244/Accel_Logo.jpg?p=medium600

Source: Accel
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Electronic Commerce New products/services