omniture

Omdia: LTPO-AMOLED akan mendominasi pertumbuhan pasaran paparan telefon pintar yang perlahan

Omdia
2022-11-17 19:41 154

LONDON, 17 November 2022 /PRNewswire/ -- Penjejak pasaran paparan Telefon Pintar terkini Omdia menunjukkan bahawa LTPO-AMOLED untuk telefon pintar akan meningkat sebanyak 94% tahun ke tahun (YoY) menjelang akhir tahun 2022 dan akan mengekalkan tahap pertumbuhan sebanyak 25% YoY pada tahun 2023 dalam pasaran paparan telefon pintar yang perlahan.

2021-2023 smartphone display shipment forecast by technology
2021-2023 smartphone display shipment forecast by technology

Pada tahun 2022, permintaan terhadap paparan Telefon Pintar menurun kepada 1,425 juta iaitu sebanyak 18% tahun ke tahun akibat tindak balas perolehan paparan yang berlebihan pada tahun 2021 yang menjangkakan pemulihan pasaran pasca COVID-19 dan penggunaan yang perlahan dalam suasana inflasi global.

Dalam pasaran paparan telefon pintar, AMOLED Oksida-Polikristalin-Suhu-Rendah dengan substrat Fleksibel (LTPO-AMOLED Fleksibel) dijangka meningkat dengan ketara kepada 148 juta, berkembang sebanyak 94% tahun ke tahun pada tahun 2022 manakala jumlah (substrat Teguh & Fleksibel) AMOLED Silikon-Polikristalin-Suhu-Rendah (LTPS) menurun kepada 440 juta (penurunan sebanyak 19% tahun ke tahun) dan jumlah LCD TFT menurun kepada 836 juta (penurunan sebanyak 26% tahun ke tahun).

Menurut Hiroshi Hayase, Pengurus Penyelidikan Amalan Penyelidikan Paparan Omdia, "Permintaan yang kukuh terhadap siri iPhone14 Pro yang menggunakan LTPO-AMOLED dengan penggunaan kuasa yang rendah dan menawarkan nilai tambah jangka hayat bateri yang lebih panjang dan Sentiasa Terpampang, menyumbang kepada peningkatan kadar penghantaran AMOLED LTPO secara signifikan."

Peningkatan kadar penghantaran LTPO-AMOLED, yang sangat menyukarkan bagi teknologi pengeluaran besar-besaran, telah melebarkan sedikit jurang perbezaan antara pembuat teknikal terkemuka dari Korea dengan pembuat dari China yang menjadi pesaingnya. Dari segi jumlah pendapatan keseluruhan paparan telefon pintar pada tahun 2021 dan 2022, Samsung menduduki tempat pertama, BOE di tempat kedua dan LG Display di tempat ketiga. Bahagian pendapatan daripada keseluruhan pembuat dari Korea dijangka meningkat daripada 58% pada tahun 2021 kepada 64% pada tahun 2022, manakala bahagian pendapatan daripada keseluruhan pembuat dari China dijangka meningkat daripada 33% pada tahun 2021 kepada 29% pada tahun 2022.

Pasaran paparan telefon pintar dijangka meningkat sedikit kepada 1,462 juta (meningkat sebanyak 3% tahun ke tahun) pada tahun 2023. Jumlah tahap penghantaran LCD TFT sebanyak 816 juta (menurun 2% tahun ke tahun) dan jumlah LTPS-AMOLED dijangka meningkat kepada 460 juta (meningkat 4% tahun ke tahun), manakala hanya LTPO-AMOLED dijangka mengalami pertumbuhan penghantaran sebanyak 186 juta dengan pertumbuhan tahun ke tahun pada kadar 25%.

"Disebabkan keadaan ekonomi yang sukar, pengguna memilih produk bernilai tinggi dengan berhati-hati. Nilai penggunaan kuasa rendah yang dibawakan oleh LTPO-AMOLED ke telefon pintar akan terus memacu permintaan dalam pasaran paparan telefon pintar sepanjang tahun 2023," simpul Hiroshi Hayase.

TENTANG OMDIA

Omdia, sebahagian daripada syarikat Informa Tech, ialah sebuah kumpulan penyelidikan dan penasihat teknologi. Pengetahuan mendalam kami tentang pasaran teknologi digabungkan dengan pemahaman kami yang boleh dilaksana bagi memperkasakan organisasi untuk membuat keputusan pertumbuhan yang bijak.  Fasiha Khan / Telefon: +44 7503 666806 / E-mel: Fasiha.khan@informa.com / Laman Web: www.omdia.com

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1944927/2021_2023_smartphone_display_shipment_forecast_by_technology.jpg?p=medium600 

 

Source: Omdia
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Telecommunications Telecommunications Equipment Survey, Polls & Research