Sebuah kajian oleh peneraju tempat kerja global, Unispace – Mewujudkan Tenaga Kerja Berbilang Generasi – telah mendapati bahawa walaupun peratus ahli profesional yang lebih berusia dalam tenaga kerja semakin meningkat, demografi ini tidak begitu tertarik dengan persekitaran pejabat hari ini.
SINGAPURA, 17 November 2022 /PRNewswire/ -- Menurut kajian Unispace ke atas 3,000 orang pekerja yang bekerja di seluruh Eropah, generasi yang lebih berusia berasa kurang berpuas hati dengan ruang kerja mereka, dengan tiga perempat daripada mereka yang berumur melebihi 45 tahun mengakui bahawa terdapat peluang penambahbaikan di tempat kerja mereka, selain turut menyebut tentang keinginan untuk ruang yang lebih peribadi, kemudahan yang lebih baik dan lebih banyak ruang di luar bangunan.
Kemudahan pejabat yang diingini
Kajian Unispace mendedahkan bahawa pekerja yang lebih berusia juga mahukan lebih banyak aspek sosial dalam pejabat. Hampir separuh (45%) daripada mereka yang berumur lebih 45 tahun berkata bahawa mereka rindukan interaksi sosial seperti yang dirasai semasa bekerja dari rumah.
Mempunyai akses kepada kemudahan yang lebih baik juga menjadi agenda utama untuk demografi ini. Sebahagian besar responden (67%) yang berusia melebihi 45 tahun menyatakan bahawa mereka lebih cenderung untuk pergi ke pejabat sekiranya makan tengah hari percuma disediakan, manakala 57% mahu mendapatkan akses kepada kemudahan percuma seperti gimnasium.
Kepentingan fleksibiliti
Walaupun terdapat keinginan untuk menambah baik persekitaran pejabat, tinjauan ini mendedahkan bahawa ciri kerja yang fleksibel lebih disukai oleh para pekerja yang lebih berusia. Sebelum berlakunya pandemik, 78% daripada golongan berusia melebihi 45 tahun yang ditinjau ini bekerja sepenuh masa di pejabat, dengan 20% lagi mengambil pendekatan untuk bekerja secara hibrid. Kini, trend ini telah beralih arah dengan 32% ingin bekerja di pejabat sepenuh masa manakala 59% ingin bekerja secara hibrid iaitu di rumah dan pejabat.
Chen Tang, Pakar Strategi Kanan Unispace berkongsi:
"Walaupun kebanyakan perbincangan memberi fokus kepada aspek reka bentuk untuk Generasi Z, realitinya ialah perbincangan kami bersama organisasi yang ada pada hari ini memberi tumpuan kepada bagaimana kita boleh mewujudkan persekitaran kerja dan pengalaman yang menarik minat kumpulan bakat daripada pelbagai generasi.
Pasaran bakat – merentasi semua generasi dan peranan – terus menjadi sesuatu yang sangat kompetitif. Syarikat-syarikat yang bersedia untuk mencapai kejayaan paling tinggi dalam menarik dan mengekalkan bakat terbaik ialah syarikat yang mengambil pendekatan menyeluruh untuk membayangkan strategi tempat kerja yang menggabungkan dasar kerja yang fleksibel dan pintar dengan destinasi ruang yang memberikan pasukan mereka pengalaman bekerja yang luar biasa."
Tentang Unispace
Sebuah syarikat strategi, reka bentuk dan pembinaan terkemuka yang membina ruang kerja berdasarkan keperluan pekerja untuk dunia yang berubah dengan pantas. Unispace ialah sebuah firma global yang menawarkan penyelesaian pasukan bersepadu untuk mewujudkan ruang yang mencetuskan kecemerlangan, meningkatkan hubungan, memupuk semangat kekitaan dan mendorong kejayaan. Dengan 5,500 buah projek yang telah disiapkan, serta kehadirannya di 26 buah negara dengan lebih 600 orang pekerja di seluruh dunia, Unispace mewujudkan ruang yang dikuasakan oleh perkongsian pelanggan kolaboratif, yang disampaikan dengan lancar ke seluruh dunia dan didayakan oleh cerapan dunia nyata.
Hubungan:
Stephanie King
Stephanie@bluesky-pr.com
+44 (0)7760208532