NEW YORK dan NOIDA, India, 17 November 2022 /PRNewswire/ -- HCLSoftware, sebuah syarikat peneraju global dalam penyelesaian perisian perusahaan, hari ini mengumumkan kerjasama berbilang tahun dengan pasukan legenda Formula One®, Scuderia Ferrari. Perjanjian dengan Ferrari S.p.A. tersebut menyaksikan HCLSoftware menjadi rakan strategik kepada pasukan lumba yang bersejarah ini, dengan tumpuan untuk membekalkan teknologi kepersisan berprestasi tinggi. Logo HCLSoftware akan ditampilkan buat pertama kalinya pada kereta lumba F1-75 satu tempat duduk milik Scuderia Ferrari yang dipandu oleh Charles Leclerc dan Carlos Sainz pada musim perlawanan akhir Formula Satu di Abu Dhabi Grand Prix 2022.
"Kerjasama ini menunjukkan gabungan dua jenama hebat untuk bekerjasama dan mengubah masa depan," ujar Rajiv Shesh, Ketua Pegawai Hasil HCLSoftware. "Kedua-dua Ferrari dan HCLSoftware mempunyai warisan kecemerlangan dan kemajuan, malah kami akan berusaha untuk mencapai kejayaan hebat yang dibangunkan sepanjang kerjasama ini."
"Ia merupakan satu peluang yang membawa perubahan kepada syarikat kami kerana dapat bekerjasama dengan pasukan sukan ikonik yang sebegini," kata Dario Debarbieri, Naib Presiden merangkap Ketua Pemasaran HCLSoftware. "Semangat untuk menang yang dimiliki Scuderia Ferrari telah menghasilkan kemenangan dalam 16 Kejuaraan Pembina dan 15 Kejuaraan Pemandu Formula Satu. Kami berbangga kerana dapat membawa bukan sahaja teknologi dan kepakaran kami kepada pengendalian F1 Ferrari, tetapi turut merangkumi usaha tanpa henti kami dalam mencapai kecemerlangan dan kepersisan."
"Kami gembira atas jalinan kerjasama ini dengan HCLSoftware, sebuah syarikat yang berkongsi beberapa nilai bersama kami seperti kecemerlangan, ketekunan, inovasi dan semangat," ujar Mattia Binotto, Ketua Pasukan Scuderia Ferrari. "Dalam dunia yang menjadi semakin digital, dalam bidang sukan serta dalam kehidupan harian, adalah penting jika dapat berharap kepada Rakan Pasukan kelas pertama seperti HCLSoftware di mana teknologi kepersisan berprestasi tinggi yang dimilikinya merupakan salah satu kelebihannya yang hebat."
Kedua-dua syarikat tersebut akan terlibat dalam pelbagai aktiviti pemasaran bersama pada musim Formula Satu tahun hadapan yang memanfaatkan pasukan, platform dan aset Scuderia Ferrari dalam memacu kesedaran, penglibatan dan perdagangan HCLSoftware kepada komuniti global.
Tentang HCLSoftware
HCLSoftware ialah sebahagian daripada HCLTech yang membangun, memasar, menjual dan menyokong perisian untuk transformasi, data, analisis dan cerapan digital, AI dan automasi serta keselamatan perusahaan. HCLSoftware merupakan kilang penyelesaian natif awan untuk perisian perusahaan dan menguasakan berjuta-juta aplikasi di lebih 20,000 buah organisasi yang merangkumi lebih separuh daripada syarikat Fortune 1000 dan Global 2000. Misi HCLSoftware adalah untuk memacu kejayaan pelanggan yang unggul melalui inovasi produk yang berterusan. https://www.hcltechsw.com/
Video - https://mma.prnasia.com/media2/1949221/HCLSoftware_Ferrari.mp4
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1947969/HCLSoftware_and_Ferrari_Infographic.jpg?p=medium600