VUSE DAN PASUKAN F1 McLAREN MEMASUKI TAHUN KEDUA DALAM MENAIKKAN NAMA ARTIS BAHARU MELALUI LIVERY KERETA, BUKAN BERASASKAN KELAJUAN SEMATA-MATA
ABU DHABI, Emiriyah Arab Bersatu, 17 November 2022 /PRNewswire/ -- Memperkenalkan Anna Maria Aoun atau Anna Tangles, artis Lubnan yang sedang meningkat naik yang menghasilkan livery kereta McLaren di FORMULA 1 ETIHAD AIRWAYS ABU DHABI GRAND PRIX 2022. Livery yang eksklusif pada tahun ini meraikan kuasa kreativiti yang tidak terbatas dan sentimen kebebasan yang disampaikan melaluinya.
Anna Tangles merupakan artis terkini yang menyertai Vuse, jenama rokok elektronik global no.1* dan inisiatif Driven by Change (Dipacu Perubahan) Pasukan McLaren F1, yang menawarkan peluang tiada tandingan kepada bakat kreatif yang kurang diwakili dalam dunia sukan permotoran elit. Melalui karya seni dan reka bentuk linear beliau, Anna berusaha untuk memperkasa para seniman daripada segenap lapisan masyarakat agar tidak mengehadkan kreativiti mereka.
Meneruskan legasi Rabab Tantawy iaitu artis livery bagi inisiatif Driven by Change 2021, reka bentuk livery McLaren 2022 telah diilhamkan daripada perjalanan peribadi Anna sendiri, di mana beliau berhenti daripada bekerja di pejabat untuk mengejar impian dan mendedikasikan hidupnya terhadap bidang seni. Pembentukan garisan yang sentiasa berubah-ubah dalam karya seni asal livery tersebut menunjukkan rasa bebas, tenang dan fokus yang dibawakan oleh kreativiti, sebagaimana pena yang beliau gunakan untuk melukis garisan pada helaian kertas. Digabungkan dengan warna jingga betik dan biru Pasukan F1 McLaren yang ikonik, Anna menyamakan garisan dalam seni beliau dengan litar trek serta rasa tenang dan fokus yang menyamai situasi seorang pemandu sebelum dan semasa memasuki zon perlumbaan.
Anna Tangles mengulas: "Sebagai peminat tegar sukan F1, saya tidak pernah menyangka bahawa satu hari nanti karya seni saya akan dipamerkan di Grand Prix – dan semua ini dicapai dengan bantuan Driven by Change. Saya mendedikasikan masa lapang saya untuk melatih dan menggalakkan seniman lain, terutamanya bakat kreatif wanita Timur Tengah yang lain, untuk memanfaatkan minat dan kemahiran mereka, maka adalah suatu keistimewaan apabila dapat menjadi sebahagian daripada komuniti yang mendukung cita-cita yang sama dalam memperkasakan para seniman yang kurang diwakili dengan cara sebegini."
Mencerminkan semangat inisiatif Driven by Change, Anna berusaha untuk menempa laluan dalam aspek ketelusan dan menjadikan seni sesuatu yang boleh diakses oleh semua orang melalui sokongan yang beliau berikan kepada komuniti kreatif tempatan beliau. Beliau berkongsi nasihat, pembelajaran dan teknik dengan para seniman yang ingin meneroka kreativiti, menerapkan fokus dan memanfaatkan potensi mereka melalui bengkel dan bimbingan beliau, tempat di mana beliau mula mengenali Rabab Tantawy, yang terus menjadi inspirasi Anna dan hasil karya beliau.
John Beasley, Ketua Kumpulan Pembangunan Jenama BAT mengulas: "Inisiatif Driven by Change telah direka untuk membina legasi dan kami amat berbangga dengan artis tahun 2021 kami, Rabab, yang telah mengenal pasti Anna sebagai seniman yang akan meneruskan legasi kreativiti dan perubahan tersebut. Dengan merangkumi etos Driven by Change ini, kami berasa bangga melihat hasil karya seni asal Anna diserlahkan pada salah satu kanvas yang paling pantas bergerak di dunia. Kami amat teruja menantikan perkembangan masa depan Anna dan mencari seniman seterusnya yang dapat menggantikan tempat beliau."
Inisiatif Driven by Change ini mengangkat para seniman yang kurang diwakili di seluruh dunia dan menawarkan peluang yang tiada tandingan kepada para seniman untuk mempamerkan karya kreatif mereka yang memanfaatkan platform sukan permotoran global. Karya seni livery kereta 2022 ini merupakan satu kaedah bagi meraikan kepelbagaian kreativiti yang telah dibawa ke dalam dunia sukan permotoran oleh Vuse dan Pasukan F1 McLaren serta legasi berterusan mereka menuju ke tahun 2023.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kisah Anna dan inisiatif Driven by Change, sila layari saluran sosial Vuse dan Anna.
*Berdasarkan saham nilai anggaran Vype/Vuse daripada harga runcit disyorkan (RRP) dalam runcit terukur untuk vap (iaitu jumlah nilai kategori vap dalam jualan runcit) dalam pasaran vap utama di AS, Kanada, Perancis, UK, Jerman sehingga bulan Mei 2022
Nota kepada Editor:
Tentang BAT
BAT ialah satu perniagaan barangan pengguna berbilang kategori terkemuka yang bermatlamat untuk membina A Better Tomorrow (Masa Depan yang Lebih Baik) dengan mengurangkan kesan kesihatan perniagaannya melalui penawaran lebih banyak pilihan produk yang menyeronokkan dan kurang berisiko kepada pengguna dewasa.
Syarikat ini kekal telus bahawa rokok mudah terbakar menimbulkan risiko kesihatan yang serius dan satu-satunya cara untuk mengelakkan risiko-risiko ini adalah dengan tidak memulakannya atau dengan berhenti merokok. BAT menggalakkan mereka yang mahu terus merokok untuk beralih sepenuhnya kepada alternatif yang kurang berisiko dan dibuktikan secara saintifik*†. Untuk menyampaikan perkara ini, BAT berubah menjadi perniagaan produk pengguna pelbagai kategori yang benar-benar berpusatkan pengguna.
Hasrat BAT adalah untuk mempunyai 50 juta orang pengguna bagi produk tidak mudah terbakarnya menjelang tahun 2030 dan menjana £5 bilion pendapatan bagi Kategori Baharu menjelang 2025. BAT telah menetapkan sasaran ESG yang diperluaskan termasuk mencapai keneutralan karbon bagi Skop 1 & 2 menjelang tahun 2030 dan menghapuskan plastik sekali guna yang tidak diperlukan dan menjadikan semua pembungkusan plastik boleh diguna semula, boleh dikitar semula atau boleh dikompos menjelang tahun 2025.
BAT mempunyai lebih 52,000 orang pekerja dan beroperasi di lebih 175 buah negara. BAT Group menjana pendapatan sebanyak £12.87 bilion pada separuh pertama tahun 2022 dengan keuntungan operasi sebanyak £3.68 bilion.
Portfolio Strategik syarikat ini terdiri daripada jenama rokok globalnya dan pelbagai produk tembakau dan nikotin Kategori Baharu yang kurang berisiko*† serta produk tembakau tradisional tidak mudah terbakar. Ini termasuk wap, produk pemanasan tembakau, produk oral moden termasuk kantung nikotin bebas tembakau serta produk oral tradisional seperti 'snus' dan sedutan lembap. Pada separuh pertama tahun 2022, kami mempunyai 20.4 juta pengguna bagi produk tidak mudah terbakar kami, peningkatan sebanyak 2.1 juta di sepanjang tahun 2021.
*Berdasarkan kewajaran bukti dan dengan mengandaikan peralihan sepenuhnya daripada menghisap rokok. Produk-produk ini tidak bebas risiko dan menyebabkan ketagihan.
† Produk kami seperti yang dijual di AS, termasuk Vuse, Velo, Grizzly, Kodiak dan Camel Snus, adalah tertakluk pada peraturan Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) dan tiada tuntutan pengurangan risiko akan dibuat untuk produk-produk ini tanpa kelulusan FDA.
Tentang McLaren Racing
McLaren Racing diasaskan oleh pemandu kereta lumba New Zealand, Bruce McLaren pada tahun 1963. Pasukan tersebut telah menyertai perlumbaan Formula 1 pertamanya pada tahun 1966 dan sejak itu, McLaren telah memenangi kejuaraan dunia Formula 1 sebanyak 20 kali, Grand Prix Formula 1 lebih 180 kali, Indianapolis 500 sebanyak tiga kali serta menjuarai Le Mans 24 Hours pada percubaan pertamanya.
Pasukan tersebut bertanding dalam Kejuaraan Dunia Formula 1 FIA bersama Lando Norris dan Daniel Ricciardo, Siri NTT INDYCAR dengan pemandu Arrow McLaren SP, Pato O'Ward dan Felix Rosenqvist serta Kejohanan Extreme E bersama Emma Gilmour dan Tanner Foust. McLaren akan bertanding pada Musim ke-9 dalam Kejuaraan Dunia Formula E FIA pada tahun 2022/23.
McLaren merupakan pasukan F1 pertama yang dianugerahkan dengan Standard Kepercayaan Karbon pada tahun 2010 dan telah mengekalkannya sejak itu pada setiap dua kali setahun dan yang terbaharu pada bulan Februari 2021. Pasukan ini juga merupakan yang pertama dalam F1 yang diberi Anugerah Akreditasi Kelestarian FIA dengan taraf tiga bintang pada tahun 2013 sebagai sebahagian daripada rangka kerja Pensijilan Alam Sekitar FIA, sebelum menjadi penandatangan dalam Komitmen Tindakan Iklim Sukan PBB pada tahun 2021.
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1947393/VUSE.jpg?p=medium600