![]() |
RUEIL-MALMAISON, Perancis, 17 November 2022 /PRNewswire/ -- Schneider Electric, peneraju transformasi digital untuk sektor pengurusan tenaga dan automasi, mengumumkan perkembangan inisiatif strategi AI (Kecerdasan Buatan) Berskala Besar yang dilaksanakannya. Dengan lebih 200 orang yang diambil bekerja dalam bidang AI sejak tahun 2021, syarikat ini telah mengukuhkan asasnya untuk menjana aliran pendapatan baharu serta memupuk penjimatan dan cara bekerja yang cekap.
Sepanjang tahun lalu, Schneider Electric telah mempercepat momentum penggunaan AI dengan:
Hab AI ini bekerjasama dengan kesemua unit perniagaan Schneider Electric dan berfungsi untuk menangani cabaran paling mendesak yang dihadapi pelanggan serta mengutamakan kes penggunaan AI dengan nilai pelanggan yang paling tinggi. Dengan fokus terhadap kecekapan dan kelestarian, hab ini berfungsi untuk membangunkan aplikasi AI selanjutnya dalam bidang elektrifikasi, automasi dan penyahkarbonan, seperti pengurusan talian mikro, pengurusan penggera dan pengoptimuman HVAC untuk bangunan, pengurusan kenderaan elektrik (EV), pengecasan pintar, pengurusan aset dan banyak lagi. Tawaran seperti EcoStruxure Resource Advisor, EcoStruxure Microgrid Advisor atau EcoStruxure Autonomous Production Advisor merupakan antara beberapa contoh tawaran Schneider Electric yang didayakan oleh AI.
AI untuk kelestarian
"Di Schneider Electric, kami mendapati bahawa terdapat permintaan yang tinggi daripada para pelanggan kami untuk memanfaatkan data bagi memastikan kecekapan operasi, elektrifikasi dan automasi. Kos tenaga yang semakin meningkat membuatkan ramai pelanggan beralih kepada
aplikasi AI untuk mengurus, meramal dan mengoptimumkan penggunaan tenaga mereka," kata Peter Weckesser, Ketua Pegawai Digital Schneider Electric. "Kami menggunakan AI untuk memantapkan lagi keputusan yang dibuat berasaskan data, ketangkasan dan penyahkarbonan. Kecekapan sumber dan penggunaan tenaga yang kurang jelas dilihat dapat meningkatkan keuntungan syarikat".
Tahun pertama berkhidmat sebagai Ketua Pegawai AI
"AI yang dilaksanakan oleh Schneider Electric adalah AI untuk kebaikan. Kami mencabar AI ini dengan masalah terbesar yang dihadapi oleh generasi kita – iaitu perubahan iklim.", kata Philippe Rambach, Ketua Pegawai AI Schneider Electric. "Tahun ini merupakan tahun pertama saya memegang jawatan ini dan saya berbesar hati untuk meneroka dan membangunkan lagi asas AI pada pelbagai produk dan perkhidmatan kami. Para pelanggan bergantung pada kami untuk membantu mereka menyelesaikan cabaran mereka pada skala besar, dan mereka menyedari bahawa teknologi AI canggih dan kepakaran domain kami menjadikan Schneider Electric rakan kongsi yang tepat pada saat-saat yang sukar ini.
Aplikasi AI dalaman
Dari segi kecekapan dalaman, Hab dan Spoke AI Schneider bekerjasama dengan semua pasukan untuk meringankan beban para pekerja yang melakukan aktiviti harian secara manual, membolehkan mereka menumpukan lebih banyak masa terhadap pelanggan, analisis data, peningkatan berterusan dan membuat keputusan dalam masa nyata.
Antara aplikasi AI dalaman syarikat ini ialah pelancaran pembantu jualan maya yang menawarkan keseluruhan ekosistem dengan alat bersambung yang berfungsi untuk membantu kecekapan jualan melalui syor yang dipacu data. Ia menyediakan cerapan tersuai yang boleh dilaksanakan contohnya seperti pengesyoran produk, corak pesanan atau penghentian penggunaan sesuatu produk.
Hab AI ini sedang membangunkan aplikasi dalam bidang sokongan pelanggan, kewangan, rantaian bekalan global, jualan, sumber manusia dan banyak lagi, yang kesemuanya dijangka bakal memberikan kecekapan dan penjimatan ketara menjelang tahun 2025.
Tentang Schneider Electric
Matlamat Schneider ialah untuk memperkasakan semua pihak untuk memanfaatkan sepenuhnya tenaga dan sumber kami bagi menghubungkan kemajuan dan kelestarian kepada semua. Kami memanggilnya sebagai "Life Is On" atau "Kehidupan Bermula".
Misi kami ialah untuk menjadi rakan digital bagi Kelestarian dan Kecekapan kepada anda.
Kami mendorong transformasi digital dengan menyepadukan teknologi tenaga dan proses yang terkemuka di dunia, titik akhir kepada produk, kawalan, perisian dan perkhidmatan yang dihubungkan awan di seluruh kitaran hayat yang membolehkan pengurusan syarikat bersepadu untuk rumah, bangunan, pusat data, infrastruktur dan industri.
Kami merupakan syarikat global yang paling tempatan. Kami menyokong piawaian terbuka dan ekosistem kerjasama yang bersemangat terhadap nilai bersama kami iaitu Matlamat Bermakna, Inklusif dan Diperkasakan.
Ikuti kami di:
https://twitter.com/SchneiderElec
https://www.facebook.com/SchneiderElectric?brandloc=DISABLE
https://www.linkedin.com/company/schneider-electric
https://www.youtube.com/user/SchneiderCorporate
https://www.instagram.com/schneiderelectric/
http://blog.se.com/
#LifeIsOn
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1948840/Schneider_Electric_AI.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1823165/Schneider_Electric_Logo.jpg?p=medium600
Hubungan Media:
Sarah Hunt,
sarah.hunt@teamlewis.com
+44 (0)7505 627 556
Hugh James
hugh.james@teamlewis.com
+44 (0)2078 022 626