omniture

Omdia: Vendor pengkomputeran kuantum perlu mendengar luahan para pengguna dengan lebih teliti

Omdia
2022-11-18 00:07 586

LONDON, 18 November 2022 /PRNewswire/ -- Vendor menghadapi cabaran saintifik dan teknikal yang ketara sepanjang dekad yang akan datang dalam membawa komputer kuantum yang lebih tahan rosak ke pasaran, yang menunjukkan manfaat lebih bermakna dalam penggunaan komersial berbanding komputer klasik. Pembaharuan ini memerlukan penyelarasan yang teliti mengikut keperluan dan keutamaan pelanggan mereka – pengguna pengkomputeran kuantum (QC) yang kini melabur untuk melakukan percubaan dan bersedia untuk menerima "manfaat kuantum" yang mungkin muncul 5 hingga 10 tahun dari sekarang. Berdasarkan dua tinjauan Omdia ke atas para pengguna dan vendor, nampaknya terdapat jurang yang signifikan dari segi persepsi dan pilihan bagi kedua-dua kumpulan ini.

Vendor yang menyertai Tinjauan Vendor Pengkomputeran Kuantum Omdia (di Amerika Utara, Eropah, Asia & Oceania, Timur Tengah & Afrika) menyatakan bahawa pengguna menunjukkan minat yang paling tinggi terhadap "pengoptimuman" sebagai kes penggunaan utama. Mereka meletakkan "QML" pada tempat ketiga, selepas "simulasi fizikal". Walau bagaimanapun, Tinjauan Pengguna Pengkomputeran Kuantum Omdia (di AS, China dan Jerman) mendapati bahawa "QML" telah dinilai sebagai kes penggunaan mereka yang tertinggi sebanyak 64% berbanding 19% untuk "simulasi fizikal" dan 18% untuk "pengoptimuman kompleks". Perbezaan ini boleh menyebabkan kesilapan dalam pengagihan sumber dan terlepas peluang untuk menarik pengguna mengikut cara yang paling diperlukan oleh pengguna.

Kedua-dua vendor dan pengguna bersetuju bahawa "kepakaran dalaman yang tidak mencukupi" merupakan cabaran paling sukar bagi pengguna dan "kalis masa depan mengikut perkembangan teknologi QC" merupakan ciri yang paling diperlukan vendor. Walau bagaimanapun, kedua-dua kumpulan menunjukkan jurang perbezaan yang luas bagi hampir setiap pilihan lain yang ada pada kedua-dua soalan ini. Responden dalam kalangan vendor meletakkan pilihan "tidak akan disepadukan dengan sistem sedia ada" sebagai cabaran pengguna yang terakhir, manakala responden dalam kalangan pengguna menilainya pada kedudukan ketiga dalam senarai kepentingan. Perbezaan seperti ini juga menimbulkan risiko kepada perkembangan pasaran apabila vendor merancang strategi produk mereka.

"Vendor telah pun menghadapi kesukaran untuk memenuhi janji-janji pengkomputeran kuantum. Memastikan ia sejajar dengan keperluan dan keutamaan para pengguna yang membelanjakan wang hari ini untuk mencuba dan belajar adalah penting untuk pembangunan pasaran yang lancar sepanjang dekad akan datang," kata Sam Lucero, Ketua Penganalisis Pengkomputeran Kuantum Omdia.

Daftar di sini untuk bertemu para penganalisis Omdia di Sidang Kemuncak AI New York 2022.

TENTANG OMDIA 

Omdia, sebahagian daripada syarikat Informa Tech, ialah sebuah kumpulan penyelidikan dan penasihat teknologi. Pengetahuan mendalam kami tentang pasaran teknologi digabungkan dengan pemahaman kami yang boleh dilaksana bagi memperkasakan organisasi untuk membuat keputusan pertumbuhan yang bijak.

Fasiha Khan / Telefon: +44 7503 666806 / E-mel: Fasiha.khan@informa.com / Laman Web: www.omdia.com

 

 

Source: Omdia
Keywords: Computer/Electronics Survey, Polls & Research Future Events