omniture

Laporan Kemajuan menunjukkan bahawa Koridor Hijau Maritim semakin berkembang - namun pihak berkepentingan utama tidak boleh diabaikan

Global Maritime Forum
2022-11-18 00:08 589

COPENHAGEN, 17 November 2022 /PRNewswire/ -- Satu laporan baharu daripada Global Maritime Forum, yang disediakan bagi pihak Getting to Zero Coalition, menilai tahap kemajuan ke arah pembangunan Koridor Perkapalan Hijau - laluan maritim bagi pelbagai hab pelabuhan utama di mana penyelesaian sifar pelepasan disokong dan ditunjukkan – dan mendapati bahawa aktiviti pada tahun 2022 telah melebihi jangkaan. Walau bagaimanapun, dengan kemajuan Koridor Perkapalan Hijau ke arah pelaksanaan, sesetengah pihak berkepentingan dalam industri utama, terutamanya pemilik kargo dan pengeluar bahan api, perlu dilibatkan secepat mungkin. Bagi sektor awam, dasar yang disokong oleh kerajaan negara perlu menangani cabaran untuk menutup jurang kos antara bahan api sifar pelepasan dengan bahan api fosil.

Laporan Kemajuan Tahunan 2022 tentang Koridor Perkapalan Hijau telah dilancarkan sempena ulang tahun pertama Deklarasi Clydebank yang telah menyaksikan 24 buah negara menzahirkan sokongan mereka terhadap penciptaan Koridor Perkapalan Hijau tersebut sebagai satu cara untuk menunjukkan dan menggunakan penyelesaian sifar pelepasan karbon agar sektor perkapalan dapat beralih kepada pelepasan sifar gas rumah hijau.

Walaupun kebanyakan inisiatif Koridor Hijau maritim masih di peringkat awal, laporan tersebut melihat potensinya, menilai kemajuan, mengenal pasti cabaran dan menawarkan cadangan, khususnya dengan memajukan penggunaan bahan api, kapal dan infrastruktur sifar pelepasan berskala komersial pada laluan yang berpotensi. Analisis terdahulu telah menunjukkan bahawa untuk memastikan sektor perkapalan mencapai matlamat peralihan ini, 5% daripada bahan api yang digunakan di laluan laut dalam perlulah terdiri daripada bahan api sifar pelepasan yang boleh diskala, seperti ammonia bersih, metanol atau hidrogen.

  • Secara keseluruhan, laporan tersebut mendokumentasikan tahap aktiviti Koridor Hijau pada tahun 2022 yang telah melangkaui jangkaan, melibatkan lebih 20 inisiatif dan 110 pihak berkepentingan daripada semua segmen perkapalan utama, dengan penglibatan aktif daripada kerajaan yang menandatangani Deklarasi Clydebank serta merangkumi beberapa laluan laut dalam yang paling penting. 
  • Kebanyakan inisiatif ini masih berada pada peringkat awal pembangunan, dengan hanya segelintir yang berjaya mencapai tahap kebolehlaksanaan dan perancangan setakat ini.
  • Setakat ini, Koridor Hijau maritim terlalu berpusat kepada perkapalan, banyak lagi yang perlu dilakukan untuk menarik penglibatan para pemilik kargo dan pengeluar bahan api pada masa hadapan bagi mengatasi halangan-halangan penting.
  • Walaupun kerajaan telah menunjukkan beberapa inisiatif yang memberangsangkan dalam membangunkan dasar-dasar sokongan, mereka perlu mempertimbangkan bagaimana pemangkin dasar negara dapat digunakan untuk merapatkan jurang kos antara bahan api sifar pelepasan dengan bahan api fosil.

Pengarah Projek Penyahkarbonan Global Maritime Forum, Jesse Fahnestock menyatakan bahawa laporan tersebut, contohnya aktiviti yang dijalankan, melibatkan pewujudan garis dasar untuk tindakan masa depan.

"Koridor Hijau telah merealisasikan wawasan sektor maritim dan bilangan inisiatif yang telah dilancarkan dalam masa setahun adalah sangat mengujakan," kata Fahnestock. "Koridor ini berada masih berada pada peringkat permulaan, namun semakin ia mara ke arah pelaksanaan, laporan ini boleh digunakan sebagai platform untuk memantau dan berkongsi kemajuan di seluruh dunia. Laporan ini telah mengenal pasti beberapa pengesyoran utama untuk mempercepat tindakan dan meningkatkan kesan."

Pembaca boleh mendapatkan laporan tersebut  di sini . 

Tentang Getting to Zero Coalition

Getting to Zero (GtZ) Coalition, sebuah kerjasama antara Global Maritime Forum dan World Economic Forum, merupakan sebuah komuniti pihak berkepentingan dengan matlamat yang besar dari seluruh sektor maritim, sumber tenaga, infrastruktur dan kewangan yang disokong oleh kerajaan negara-negara utama, IGO dan pihak berkepentingan lain yang komited terhadap penyahkarbonan perkapalan.

Hasrat Getting to Zero Coalition adalah untuk melihat kapal sifar pelepasan komersial yang berdaya maju beroperasi di sepanjang laluan perdagangan laut dalam menjelang tahun 2030, disokong oleh infrastruktur sumber tenaga sifar karbon yang boleh diskala termasuklah pengeluaran, pengedaran, penyimpanan dan penampungan ke arah penyahkarbonan sepenuhnya menjelang tahun 2050.

Tentang Global Maritime Forum

Global Maritime Forum (GMF) merupakan sebuah organisasi bukan berasaskan keuntungan antarabangsa yang didedikasikan untuk membentuk masa depan perdagangan laut global bagi meningkatkan pembangunan ekonomi jangka panjang dan kesejahteraan manusia yang lestari.

comms@globalmaritimeforum.org

 

Source: Global Maritime Forum
Keywords: Environmental Products & Services Green Technology Maritime/Shipbuilding Oil/Energy Transportation Utilities Environmental Issues Not for profit Survey, Polls & Research