Syarikat tersebut diberi penghormatan atas peningkatan pertumbuhan pendapatannya sebanyak 2,658% dan dijangka akan mempercepat pertumbuhan selepas melaksanakan beberapa pengambilalihan utama
TORONTO, 18 November 2022 /PRNewswire/-- Alphawave IP (LSE: AWE), sebuah peneraju global dalam ketersambungan berkelajuan tinggi untuk infrastruktur teknologi dunia, hari ini mengumumkan bahawa ia telah diiktiraf sebagai pemenang program Technology Fast 50™ dan North American Technology Fast 500™ Deloitte bagi tahun 2022 atas pertumbuhan pendapatannya yang pesat serta keusahawanan dan inovasi yang menyerlah.
Meraikan ulang tahunnya yang ke-25, Technology Fast 50™ Deloitte menilai 50 buah syarikat teknologi awam dan swasta yang paling pesat berkembang di Kanada yang telah mengubah industri berdasarkan peratus pertumbuhan pendapatan tertinggi sepanjang empat tahun yang lalu. Alphawave IP berada pada kedudukan ke-10 dengan pertumbuhan pendapatan sebanyak 2,658 peratus dari tahun 2018 hingga 2021.
Para pemenang layak untuk memenangi anugerah North American Technology Fast 500™ Deloitte yang lebih hebat secara automatik. Pertumbuhan pantas Alphawave IP turut diiktiraf dan syarikat tersebut berada pada tempat ke-65 dalam senarai North American Technology Fast 500™.
Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Pengasas Bersama Alphawave IP, Tony Pialis, memuji teknologi ketersambungan syarikat yang berkelajuan tinggi dan inovatif untuk menjana pertumbuhan pendapatan yang tinggi. "Kami berbesar hati dengan anugerah yang diberikan ini serta pertumbuhan kami yang diiktiraf di pasaran Amerika Utara. Alphawave berada pada kedudukan yang baik untuk mempercepat pertumbuhannya melalui pengambilalihan Banias Labs dan OpenFive baru-baru ini yang telah membawa teknologi silikon serta optik tersuai ke dalam portfolio produk kami dan kami teruja untuk meneruskan perjalanan kami sebagai peneraju dalam industri ketersambungan."
"Saya begitu berinspirasi apabila melihat para pemenang Technology Fast 50 yang luar biasa pada tahun ini menghasilkan pertumbuhan pendapatan yang luar biasa walaupun berhadapan dengan ekonomi dan pasaran yang tidak menentu pada tahun ini," ulas Anders McKenzie, rakan kongsi merangkap pemimpin nasional bagi program Technology Fast 50 Deloitte di Kanada. "Didorong oleh inovasi, kreativiti, daya tahan, kebolehsuaian yang menjadi teladan serta kepimpinan perniagaan yang unggul, syarikat-syarikat ini merintis jalan sebagai pemangkin dalam sektor masing-masing dan menghasilkan pertumbuhan serta nilai kepada ekonomi Kanada di dalam dan luar negara."
Untuk layak menyertai senarai Technology Fast 50 Deloitte ini, syarikat-syarikat hendaklah menjalankan perniagaan sekurang-kurangnya selama empat tahun, mempunyai pendapatan sekurang-kurangnya USD5 juta, beribu pejabat di Kanada, memiliki teknologi proprietari, menjalankan aktiviti penyelidikan dan pembangunan di Kanada serta melabur dalam bidang R&D dengan jumlah minimum sebanyak lima peratus daripada pendapatan kasar.
Untuk layak mendapat pengiktirafan Technology Fast 500, syarikat-syarikat hendaklah memiliki harta intelek atau teknologi proprietari yang dijual kepada pelanggan dalam bentuk produk yang menyumbang kepada majoriti pendapatan daripada operasi syarikat. Syarikat-syarikat hendaklah mempunyai pendapatan tahun asas daripada operasi sekurang-kurangnya USD50,000 dan pendapatan daripada operasi pada tahun ini sekurang-kurangnya berjumlah USD5 juta. Di samping itu, syarikat hendaklah menjalankan perniagaan selama sekurang-kurangnya empat tahun dan beribu pejabat di Amerika Utara.
Tentang program Technology Fast 50™ Deloitte
Program Technology Fast 50 Deloitte ialah sebuah program anugerah teknologi yang terkemuka di Kanada. Meraikan ulang tahunnya yang ke-25, program ini mengiktiraf pertumbuhan perniagaan, inovasi dan keusahawanan dalam empat kategori yang berbeza: penarafan Technology Fast 50, Enterprise Fast 15, Clean Technology dan Companies-to-Watch. Program ini juga mengiktiraf syarikat-syarikat dalam senarai North American Technology Fast 500 yang mengenal pasti syarikat-syarikat teknologi yang berkembang pesat di Amerika Syarikat dan Kanada. Penaja program bagi tahun 2022 ini termasuklah Deloitte, RBCx, Osler, EDC, CBRE, Vector Institute, Majlis Inovator Kanada (CCI), Clarity Recruitment, Lafond dan TMX. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.fast50.ca.
Tentang program Technology Fast 500™ Deloitte 2022
Technology Fast 500 Deloitte yang kini berada pada tahun ke-28, menilai kedudukan syarikat teknologi, media, telekomunikasi, sains hayat, teknologi kewangan dan tenaga yang paling pesat berkembang — di Amerika Utara. Para pemenang anugerah Technology Fast 500 dipilih berdasarkan peratus pertumbuhan pendapatan tahun fiskal dari tahun 2018 hingga 2021. Untuk layak mendapat pengiktirafan Technology Fast 500, syarikat hendaklah memiliki harta intelek atau teknologi proprietari yang dijual kepada pelanggan dalam bentuk produk yang menyumbang kepada majoriti pendapatan daripada operasi syarikat. Syarikat-syarikat hendaklah mempunyai pendapatan tahun asas daripada operasi sekurang-kurangnya USD50,000 dan pendapatan daripada operasi pada tahun ini sekurang-kurangnya berjumlah USD5 juta. Di samping itu, syarikat hendaklah menjalankan perniagaan selama sekurang-kurangnya empat tahun dan beribu pejabat di Amerika Utara. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.fast500.com.
Tentang Alphawave IP
Berhadapan dengan pertumbuhan data yang pesat, perkhidmatan teknologi Alphawave IP merupakan suatu keperluan yang penting: membolehkan data bergerak dengan lebih pantas, lebih dipercayai dan dengan prestasi yang lebih tinggi pada kuasa yang lebih rendah. Alphawave IP ialah peneraju global dalam ketersambungan berkelajuan tinggi untuk infrastruktur teknologi dunia. Penyelesaian IP kami memenuhi keperluan para pelanggan peringkat pertama global dalam pusat data, pengkomputeran, rangkaian, AI, 5G, kenderaan autonomi dan storan. Ditubuhkan di Toronto, Kanada pada tahun 2017 oleh pasukan teknikal pakar dengan rekod prestasi yang terbukti dalam pelesenan IP semikonduktor, misi kami adalah untuk memberi tumpuan kepada cabaran ketersambungan yang paling sukar untuk diselesaikan. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Alphawave IP, sila layari: awaveip.com
HUBUNGAN: T: 9165274535, E-mel: alphawave@gravitatepr.com