GLASTONBURY, Connecticut, 13 Disember 2013 /PRNewswire/ -- PW Power Systems, Inc. (PWPS), syarikat kumpulan Mitsubishi Heavy Industries, Ltd., hari ini mengumumkan kontrak dengan La Société Algérienne de Production de l'Electricité (SPE), syarikat subsidiari Sonelgaz, untuk menyediakan 20 unit FT8® MOBILEPAC® bagi empat lokasi di Algeria. SPE ialah entiti milik negara yang bertanggungjawab untuk penjanaan tenaga elektrik di serata Algeria. Kontrak itu juga melibatkan sistem bahan api, sistem air nyahmineral, sistem udara salur masuk bersih kendiri mudah alih, penjana mula gelap dan komponen lebihan strategik.
Unit MOBILEPAC itu, penjana turbin gas kandungan sendiri, dikuasakan oleh enjin FT8 yang dibekalkan oleh Pratt & Whitney. Satu unit MOBILEPAC menjana tenaga elektrik sebanyak 25 megawatt dan beroperasi dengan gas asli atau bahan api cecair. Pakej kuasa lengkap itu boleh diangkut dengan mudah melalui darat, udara atau laut ke mana-mana sahaja di dunia, lalu menyediakan pelanggan dengan kemampuan untuk pengaturan penggunaan pantas bagi mengurangkan beban situasi kecemasan di samping penyelesaian dengan jangka masa yang lebih panjang.
"Kami gembira kerana SPE sekali lagi memilih MOBILEPAC untuk memenuhi keperluan mereka untuk kuasa yang pantas dan andal," kata Peter Christman, presiden PWPS. "PWPS sedang memperluas jejaknya dengan pantas di Algeria dan kami berbesar hati dapat menyokong SPE dalam perluasan infrastruktur tenaga di Algeria."
20 unit MOBILEPAC ini akan dipasang di empat lokasi; dua lokasi berdekatan dengan Algiers, satu lokasi di tengah Algeria dan satu lokasi di timur Algeria. Unit ini akan dihantar sebagai sokongan untuk memenuhi keperluan tenaga elektrik puncak musim panas tahun 2014.
Latar Belakang PW Power Systems, Inc.
PW Power Systems, Inc. (PWPS) yang beribu pejabat di Glastonbury, Connecticut, ialah peneraju dalam bekalan penyelesaian tenaga dalam industri janaan kuasa. PWPS menyediakan pelbagai produk dan perkhidmatan, termasuk pakej turbin gas, perkhidmatan selepas pasaran turbin gas perindustrian; sistem tenaga boleh diperbaharui; dan perkhidmatan kejuruteraan, pemerolehan dan pembinaan. PWPS ialah syarikat kumpulan Mitsubishi Heavy Industries, Ltd. (MHI). MHI, beribu pejabat di Tokyo, Jepun, dan ialah salah satu daripada pengeluar mesin berat yang menerajui di dunia, dengan jualan gabungan sebanyak kira-kira $34 bilion untuk tahun fiskal yang berakhir pada 31 Mac 2013. Rangkaian produk dan perkhidmatan MHI yang berkepelbagaian tinggi merangkumi pembinaan kapal, loji kuasa, loji kimia, peralatan persekitaran, struktur keluli, mesin perindustrian dan mesin am, kapal terbang, sistem angkasa dan sistem penyaman udara. Bagi mengetahui lebih lanjut tentang PWPS, lawati www.pwps.com.