omniture

Laporan Pembangunan Hijau dan Karbon-rendah State Grid dilancar di Pavilion China UNFCCC COP 27

Carbon Will (Beijing) Consulting Co., Ltd.
2022-11-18 21:16 488

BEIJING, 18 November 2022 /PRNewswire/ -- Pada 9 November 2022, acara sampingan "Mengurangkan Pencemaran & Emisi Karbon dengan Penggalakan Terselaras Pembangunan Kuasa Hijau, Kerjasama dalam Menangani Perubahan Iklim Global" ("Reduce Pollution& Carbon Emissions with Coordinated Promotion of Green Power Development, Cooperation in Addressing Global Climate Change") dihoskan secara bersama oleh Chinese Research Academy of Environmental Sciences dan China Federation of Industrial Economics serta dianjurkan oleh Carbon Will (Beijing) Consulting Co., Ltd. telah diadakan dengan jayanya di Pavilion China dalam Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsar Bersatu ke-27. State Grid Green and Low-carbon Development Report (Laporan Pembangunan Hijau dan Karbon-rendah State Grid) telahpun dilancarkan di acara sampingan tersebut, yang menunjukkan keberkesanan dan sumbangan State Grid Corporation of China kepada komuniti antarabangsa sebagai respons terhadap perubahan iklim global.

Laporan Pembangunan Hijau dan Karbon-rendah State Grid
Laporan Pembangunan Hijau dan Karbon-rendah State Grid

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, State Grid telah melaksanakan dengan teliti strategi sekuriti tenaga baharu iaitu "Empat Revolusi dan Satu Kerjasama", memfokuskan untuk mempercepatkan transformasi hijau dalam mod pembangunan. Syarikat ini aktif memenuhi matlamat untuk mencapai puncak karbon dan keneutralan karbon, menegaskan bahawa pembangunan karbon yang bersih dan rendah merupakan hala tuju, jaminan bekalan tenaga merupakan asas pembangunan, sekuriti tenaga menjadi kunci pembangunan, kebebasan tenaga merupakan asas pembangunan, inovasi tenaga menjadi daya penggerak pembangunan, penjimatan tenaga dan peningkatan kecekapan harus menggalakkan pembangunan dan berusaha menjadi penyokong, perintis dan peneraju bagi transformasi tenaga yang bersih dan karbon rendah. State Grid telah melakar pencapaian yang luar biasa dalam menggalakkan transformasi tenaga hijau dan menangani perubahan iklim.

Laporan Pembangunan Hijau dan Karbon-rendah State Grid dibahagikan kepada empat tema: mempercepatkan transformasi hijau mod pembangunan, menggalakkan selanjutnya pencegahan dan kawalan pencemaran alam sekitar, meningkatkan kepelbagaian, kestabilan dan kemampanan ekosistem serta menggalakkan puncak karbon dan keneutralan karbon dengan aktif dan berterusan. Melalui 12 kes projek tipikal, termasuk "Kejuruteraan DC Fleksibel Zhangbei, Biarkan Angin Zhangbei Menyalakan Lampu Beijing", "Merealisasikan Bangunan Tenaga Sifar dan Membantu Pembinaan Bandar Ekologi Pintar", "Melindungi Syurga Panda Gergasi dan Menggalakkan Kewujudan Bersama antara Manusia dan Alam Semula Jadi," "Mikrogrid Pintar Pulau Kaishan, Mencipta Model Aplikasi Tenaga Hijau dan Karbon-rendah di Pulau tersebut", tindakan dan amalan syarikat ini terhadap pembangunan hijau dan karbon rendah dipaparkan dengan cara yang menyeluruh.

Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ke-27 (UNFCCC COP 27) telahpun diadakan di Sharm el-Sheikh, Mesir, mulai 7 November hingga 18 November 2022. Berpandukan perjanjian, keputusan dan komitmen yang dicapai di sesi-sesi terdahulu, sesi ini akan berusaha untuk menggalakkan tindakan global bagi menangani perubahan iklim melalui pengurangan emisi gas rumah hijau, meningkatkan adaptasi ekonomi terhadap perubahan iklim dan membangunkan pembiayaan karbon rendah. Acara sampingan pavilion China "Mengurangkan Pencemaran & Emisi Kabon dengan Penggalakan Terselaras Pembangunan Kuasa Hijau, Kerjasama dalam Menangani Perubahan Iklim Global" bertujuan untuk menunjukkan kepada dunia akan usaha yang positif dan pencapaian yang dilakar oleh industri kuasa dan tenaga China dalam menangani perubahan iklim global, menjalin hubungan yang lebih luas dengan semua pihak dan melaksanakan secara bersama matlamat global bersama yang ditetapkan dalam Perjanjian Paris terhadap Perubahan Iklim.

HUBUNGI: Chenxi Su, sucx@rzcsri.org

 

 

Source: Carbon Will (Beijing) Consulting Co., Ltd.
Keywords: Environmental Products & Services Environmental Issues Environmental Policy