RIYADH, Arab Saudi, 18 November 2022 /PRNewswire/ -- Alwaleed Philanthropies (AP), yang dipengerusikan oleh YAM Putera Alwaleed Bin Talal Al Saud, melancarkan inisiatif terkini mereka yang inovatif di metaverse, sebuah pusat yang menggabungkan pelbagai ruang maya untuk menyediakan pengalaman digital dan budaya yang tiada tandingan kepada para pengguna. AP melancarkan pusat tersebut pada Hari Antarabangsa untuk Toleransi, suatu hari pemerhatian tahunan yang diisytiharkan oleh UNESCO pada tahun 1995 untuk memupuk kesedaran awam tentang bahaya sikap tidak bertoleransi. Inisiatif ini selaras dengan misi AP untuk merapatkan jurang budaya dan merintis jalan agar komuniti global bersikap lebih terbuka dan bertoleransi, menggunakan teknologi 3D baharu terkini untuk menyebarkan mesej mereka ke seluruh dunia dan berhubung dengan generasi muda.
Pengalaman ini akan disiarkan secara langsung pada platform Decentraland di mana para peserta akan dapat meneroka sebuah bangunan berbilang tingkat yang mempamerkan unsur-unsur kisah bersejarah sambil menghubungkaitkan pelbagai budaya yang ada. Pembangunan pengalaman digital ini diilhamkan oleh mandat AP sejak penubuhannya lebih 4 dekad yang lalu untuk membina dan memupuk toleransi dalam kalangan umat manusia.
"Alwaleed Philanthropies komited untuk menggerakkan usaha kolektif ke arah pendedahan minda dan penghapusan sempadan, kerana kami percaya pada sebuah dunia yang terbuka dan beroperasi menggunakan konsep yang memberi kesan kepada kehidupan orang ramai di seluruh dunia. Komitmen kami terhadap umat manusia adalah untuk terus mencari pendekatan yang inovatif dalam membina hubungan untuk memahami budaya serta memupuk toleransi yang tidak terbatas dengan lebih baik. Di Alwaleed Philanthropies, kami memulakan dan bekerjasama untuk bersama-sama melakukan kebaikan dengan melibatkan pelbagai organisasi filantropi, entiti kerajaan dan organisasi pendidikan untuk membasmi kemiskinan, memperkasakan wanita dan belia, membangunkan komuniti, menyediakan bantuan bencana serta mewujudkan persefahaman budaya," ujar YAM Puteri Lamia binti Majed Al Saud, Setiausaha Agung Alwaleed Philanthropies.
Alwaleed Philanthropies merupakan salah satu filantropi Arab Saudi pertama yang mengaktifkan metaverse secara bermakna dengan misi dan tujuan sosialnya untuk menyebarkan mesej toleransi, pertukaran budaya dan keterangkuman yang meliputi dunia fizikal dan digital. Alwaleed Philanthropies komited untuk terus meneroka teknologi dan saluran baharu yang memperkasakan manusia dan menyorot aktiviti amal yang penting. Pusat ini akan menggambarkan semua bidang tumpuan Alwaleed Philanthropies dan masih di peringkat awal perancangan Alwaleed Philanthropies untuk menceburi dunia metaverse.
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1949368/AP_Digital_Centre_Metaverse.jpg?p=medium600