Video: https://youtu.be/xDB-TbRwBww
RIYADH, Arab Saudi, 20 November 2022 /PRNewswire/ -- Dar Al Arkan, sebuah syarikat hartanah terkemuka di Arab Saudi dan The Trump Organization telah menandatangani perjanjian di New York untuk membangunkan sebuah Trump Resort yang eksklusif, merangkumi vila kediaman, sebuah hotel dan sebuah padang golf dalam projek AIDA. Terletak di Muscat, pembangunan di puncak bukit yang mempunyai ketinggian 100 meter ini merupakan salah satu projek hartanah guna campur premium yang terbesar di dunia, yang terletak di tepi laut.
Yousef Al Shelash, Pengerusi Dar Al Arkan berkata: "The Trump Organization terkenal dengan pembangunan eksklusifnya. Kualiti, perincian dan kesempurnaan yang unggul merupakan standard yang ditetapkan oleh Trump di seluruh projeknya – daripada kediaman hinggalah peruncitan. Kami sentiasa mencari cara untuk meningkatkan projek unik Dar Al Arkan dengan kemudahan dan pengalaman premium, dan kerjasama kami dengan Trump akan membezakan usaha sama pertama kami dengan yang lain di Oman dan meletakkannya pada peta global."
Eric Trump, Naib Presiden Eksekutif The Trump Organization berkata: "Apabila kami melihat pada projek kami yang seterusnya dan di mana kami ingin memperluas jejak kami, kami tahu bahawa ia perlu berada di lokasi yang luar biasa dan melibatkan pasukan yang hebat. Kami sememangnya menemui lokasi yang hebat di AIDA, iaitu di tengah-tengah Muscat, Oman yang terus menghadap ke laut yang menakjubkan. Bersama-sama dengan Dar Al Arkan, kami akan menyediakan sebuah resort Golf Trump yang luar biasa dengan vila-vila kediaman terbaik, sebuah hotel bertaraf dunia dan padang golf yang ikonik, semuanya berada dalam sebuah kawasan yang begitu indah."
Ziad El Chaar, Ketua Pegawai Eksekutif Dar Al Arkan Global berkata: "AIDA terletak di puncak yang tinggi yang menghadap salah satu ufuk paling menakjubkan di dunia. Bayangkan suasana sebuah vila yang indah dalam persekitaran yang hebat ini atau bermain golf dengan pemandangan yang menghadap ke laut – ia sememangnya suasana yang tiada tandingan. Kami yakin bahawa hubungan kami dengan Trump akan meningkatkan lagi keindahan AIDA dan menarik para pelabur dari seluruh dunia untuk menjadi sebahagian daripada projek yang luar biasa."
AIDA yang akan dibina dalam kawasan seluas 3.5 juta meter persegi dan bernilai $4 bilion ini akan dibangunkan dalam tempoh sepuluh tahun dengan sokongan OMRAN Group, iaitu cabang eksekutif Kesultanan Oman untuk pembangunan pelancongan.
Direka oleh seorang pemain golf profesional yang terkenal, padang golf di hartanah Trump ini akan menampilkan kemudahan canggih serta sebuah kelab golf yang luas, sekali gus menetapkan penanda aras baharu untuk sukan tersebut di Timur Tengah.
Hubungan: Atrayee Roy Choudhury, Atrayee.Choudhury@bcw-global.com, +971 44507600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1951740/Dar_Al_Arkan_1.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1951741/Dar_Al_Arkan_2.jpg?p=medium600