ANNAPOLIS, Maryland, 19 Disember 2013 /PRNewswire/ -- American Capital Energy & Infrastructure ("ACEI") hari ini mengumumkan yang ia telah bekerjasama dengan pasukan pengurusan veteran bagi menubuhkan BMR Energy LLC ("BMR"), syarikat tenaga baharu yang bertumpu terhadap pembangunan dan pelaburan dalam infrastruktur kuasa dan tenaga berkaitan di serata Amerika Tengah serta rantau Caribbean.
Diterajui oleh Bruce Levy sebagai Ketua Pegawai Eksekutif, pasukan pengurusan BMR mempunyai pengalaman kolektif selama lebih 60 tahun dalam pembangunan, pemerolehan dan pengendalian projek tenaga global. En. Levy pernah memegang beberapa jawatan eksekutif penting dalam sektor tenaga AS dan antarabangsa selama 30 tahun lepas, yang terkini sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif International Power North America (kini sebahagian daripada GDF SUEZ Energy International). En. Levy disertai Andrew Rovito dan Pip Decker. En. Rovito mempunyai pengalaman meluas dalam pembangunan dan kewangan projek tenaga global dan baru-baru ini telah mengasaskan bersama Development Partners Group, pemaju projek kuasa bebas bahan api fosil di serata AS. En. Decker pula pernah terlibat dalam industri tenaga boleh diperbaharui, yang memberi tumpuan terhadap pembangunan, pembinaan dan pengendalian fasiliti tenaga angin dan suria di serata AS dan sebelum BMR, pernah memberi tumpuan terhadap pembangunan projek untuk Brookfield Renewable Power.
En. Paul Hanrahan, Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas bersama ACEI berkata: "Kami teruja dapat bekerjasama dengan Bruce, Andrew dan Pip dalam membina platform baharu ini. Bruce berpengetahuan luas dan merupakan eksekutif antarabangsa berjaya yang menerajui pasukan yang berbakat dengan pengalaman pembangunan dan pengendalian infrastruktur tenaga yang sangat kuat. Perkongsian ini akan membolehkan ACEI diperluaskan lagi ke rantau Caribbean dan Amerika Tengah dengan pembangunan infrastruktur kuasa dan tenaga berkaitan yang berdaya saing dan mesra alam bagi memenuhi keperluan tenaga rantau ini yang semakin meningkat."
Projek pertama BMR ialah ladang angin 34 MW di Malvern, mukim St. Elizabeth, Jamaica. Pada bulan September 2013, Pejabat Pengawalseliaan Utiliti di Jamaica telah memilih BMR bagi membina, memiliki dan mengendalikan projek ladang angin itu, yang dijangka akan beroperasi pada tahun 2015. Syarikat itu juga mempunyai projek matang yang sedang dalam perancangan untuk dilaksanakan di serata rantau itu.
En. Hanrahan berkata lagi: "Terdapat peluang keemasan untuk infrastruktur gas dan penjanaan yang dikuasakan bahan api fosil yang boleh diperbaharui dan cekap bagi menggantikan loji kuasa yang dikuasakan minyak di Jamaica, serta di seluruh rantau Caribbean dan rantau Amerika Tengah. Kebanyakan kuasa elektrik Jamaica dihasilkan oleh diesel dan minyak bahan api yang berat, maka Jamaica bergantung pada import petroleum yang agak mahal bagi memenuhi keperluan tenaga negaranya. Kuasa boleh diperbaharui serta infrastruktur tenaga lain benar-benar boleh mengurangkan kos kuasa sambil memperbaiki persekitaran di Jamaica."
"Pengetahuan pengendalian dan pembangunan ACEI yang mendalam, digabungkan dengan rangkaian globalnya yang menyeluruh dalam industri, serta kekukuhan kewangannya akan menambah nilai yang signifikan kepada BMR dan projek pertama kami di Jamaica," kata En. Levy. "Kuasa daripada projek ladang angin Jamaica kami patut mencatat antara harga yang paling rendah dalam negara ini. Kami sedang mengusahakan peluang yang sama untuk projek tenaga yang dikuasakan angin, suria dan bahan api fosil dan kami menjangkakan kepakaran teknikal serta pembangunan kami bersama kekukuhan kewangan kami mampu menawarkan pilihan baharu kepada kerajaan dan pengguna tenaga di serata rantau ini. Kami tidak sabar-sabar lagi untuk menjadi sebahagian daripada usaha ini."
LATAR BELAKANG AMERICAN CAPITAL ENERGY & INFRASTRUCTURE
American Capital Energy & Infrastructure melabur dalam aset infrastruktur tenaga global, termasuk fasiliti penjanaan kuasa, pengedaran kuasa dan rangkaian penghantaran, aset pengangkutan tenaga, peluang penghasilan bahan api serta syarikat produk dan perkhidmatan yang memberi tumpuan terhadap sektor kuasa dan tenaga. ACEI ialah sebahagian daripada ahli gabungan pengurusan aset American Capital, Ltd.(Nasdaq: ACAS) ("American Capital"), American Capital Asset Management, LLC. Bagi maklumat lanjut, sila rujuk www.ACEI.com.
LATAR BELAKANG AMERICAN CAPITAL
American Capital ialah pengurus aset global dan firma ekuiti swasta dagangan awam. American Capital, secara terus atau melalui perniagaan pengurusan asetnya, memulakan, menaja jamin dan menguruskan pelaburan dalam ekuiti swasta pasaran pertengahan, kewangan berkeumpilan, hartanah, tenaga dan infrastruktur serta produk berstruktur. American Capital menguruskan aset bernilai $20 bilion, termasuk aset pada kunci kira-kiranya dan aset yang menghasilkan pendapatan di bawah pengurusan pengurus gabungan, dengan aset sejumlah $117 bilion sedang diuruskan (termasuk aset berkeumpilan). Melalui ahli gabungan, American Capital menguruskan syarikat dagangan awam American Capital Agency Corp. (Nasdaq: AGNC) dengan nilai buku bersih sebanyak kira-kira $10 bilion dan American Capital Mortgage Investment Corp. (Nasdaq: MTGE) dengan nilai buku bersih sebanyak kira-kira $1 bilion. Daripada lapan cawangannya di AS dan Eropah, American Capital serta ahli gabungannya, European Capital akan mempertimbangkan peluang pelaburan mulai sebanyak $10 juta ke $750 juta. Bagi maklumat lanjut, sila rujuk www.americancapital.com.
LATAR BELAKANG BMR ENERGY
BMR Energy beribu pejabat di Bandar Raya New York dan telah ditubuhkan pada tahun 2013 bagi memberi tumpuan terhadap pemerolehan, pembangunan, pemilikan dan pengendalian aset berkaitan kuasa dan tenaga di rantau Caribbean dan Amerika Tengah. Pasukan BMR membawakan pengalaman selama lebih 60 tahun dalam pembangunan dan pengendalian infrastruktur tenaga antarabangsa.
Hubungi: +1 (443) 214-7070
Paul Hanrahan, Ketua Pegawai Eksekutif
Richard Santoroski, Pengarah Urusan
Rajeev Garside, Naib Presiden