LIDKOPING, Sweden, 19 Disember 2013 /PRNewswire/ -- Handheld Group, pengeluar komputer mudah alih, PDA dan telefon pintar tahan lasak yang berkembang pesat, telah mula menghantar Nautiz X1. Nautiz X1 yang sangat dinanti-nantikan itu ialah telefon pintar syarikat yang paling kuat di dunia - ia kalis air, kalis habuk, tahan hentakan dan boleh menahan suhu ekstrem, namun ia masih leper, ringan dan direka secara pintar untuk kegunaan rasmi serta santai.
Bagi melihat Siaran Akhbar Multimedia, sila klik:
http://www.multivu.com/mnr/64174-handheld-ultra-rugged-smartphone-now-shipping
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20131219/659062 )
Nautiz X1 kini sudah mula dihantar ke pelanggan seluruh dunia. Sambutan hangat diberikan kepada telefon pintar ultra tahan lasak Handheld, dan kumpulan pertama sudah laris dijual sepenuhnya.
Nautiz X1 ialah sebahagian daripada keluarga produk Nautiz yang terdiri daripada PDA dan telefon pintar yang tahan lasak dan ultra tahan lasak. Ia mempunyai pemeringkatan perlindungan kemasukan IP67, yang bermakna ia kalis habuk dan kalis air sepenuhnya dan boleh menahan perendaman dalam air, dan ia juga memenuhi standard ujian ketenteraan MIL-STD-810G yang ketat kerana dapat menahan kelembapan, gegaran, hentakan dan suhu tinggi dan rendah yang ekstrem.
"Sebagai syarikat yang mengkhusus dalam komputer tahan lasak, kami tahu pelanggan kami menjangkakan semua produk kami dibina untuk tahan lasak di luar dan di dalam. Nautiz X1 tidak terkecuali - ia didatangkan dengan keandalan dan ketahanan komputer ultra tahan lasak," kata Pengurus Produk Johan Hed daripada Handheld Group. "Semakin ramai orang menggunakan telefon pintar mereka dengan semakin kerap di mana-mana sahaja dan mereka menjangkakan mobiliti serta keterhubungan pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja dan dalam semua persekitaran serta keadaan cuaca. Telefon pintar Nautiz X1 yang ultra tahan lasak ialah pilihan yang sepatutnya, kerana ia direka khas untuk menahan semua cabaran ini."
"Ini ialah telefon pintar terkuat yang pernah dibina," kata Jerker Hellstrom, Ketua Pegawai Eksekutif Handheld Group. "Kami melihat permintaan yang tinggi untuk telefon pintar yang benar-benar tahan lasak daripada para profesional lapangan serta penggemar aktiviti luar yang mahu sentiasa kekal terhubung. Kami teruja apabila melihat maklum balas yang bagus diterima oleh produk ini daripada pasaran."
Telefon Nautiz X1 leper dan ringan, dengan berat kurang 180 gram (6.3 auns). Ia mempunyai skrin sentuh kapasitif tahan silau yang istimewa selebar 4 inci dan kaca Gorilla® Glass yang ultra tahan lasak. Ia diperkasakan pemproses dwiteras 1GHz yang berkuasa dan mempunyai RAM sebanyak 1 GB. Ia mempunyai Bluetooth, Wi-Fi, kompas, u-bloxGPS profesional, dan kamera 5 megapiksel. Telefon Nautiz X1 didatangkan dengan sistem operasi Android 4.0 (Ice Cream Sandwich) atau Windows Embedded Handheld 6.5, dan menggunakan kedua-dua rangkaian GSM dan CDMA. Pilihan bateri berbilang membolehkan ia digunakan sehari suntuk di bawah persekitaran yang paling mencabar.
Imej akhbar untuk telefon pintar tahan lasak Nautiz X1 boleh didapati di sini.
Video telefon Nautiz X1 boleh didapati di sini.
Bagi maklumat bagaimana untuk memesan telefon Nautiz X1, sila hubungi Handheld, pembekal IT anda atau penyedia perkhidmatan tempatan anda.
Pautan berguna
Spesifikasi produk Nautiz X1
Imej akhbar Nautiz X1
Video Nautiz X1
Handheld Group
Rangkaian produk Handheld
Apakah maksud tahan lasak?
Tweet tentang ini: Telefon pintar ultra tahan lasak NAUTIZ X1 Handheld kini sudah mula dihantar http://bit.ly/1gtlRtF
Latar Belakang Handheld
Handheld Group ialah pengeluar komputer mudah alih, PDA dan telefon bimbit tahan lasak. Handheld serta rakan kongsinya seluruh dunia menyediakan penyelesaian mobiliti lengkap untuk perniagaan dalam industri seperti geomatik, logistik, perhutanan, pengangkutan awam, kemudahan, pembinaan, penyelenggaraan, perlombongan, ketenteraan dan keselamatan. Handheld Group Sweden mempunyai cawangan tempatan di Finland, UK, Negeri Belanda, Itali, Jerman, Switzerland, Australia dan AS. Bagi maklumat lanjut, sila lihat www.handheldgroup.com.