omniture

Pembangunan Mercu Tanda ROSHN iaitu SEDRA Mengalu-alukan Kedatangan Penghuni Pertama

ROSHN
2022-11-22 19:11 228
  • Pemaju hartanah kebangsaan ini mencapai satu kejayaan bersejarah apabila menyerahkan kunci rumah baharu kepada pelanggan  lebih awal daripada yang dijadualkan – menjadikan ia projek giga Arab Saudi pertama yang telah dihasilkan
  • SEDRA sedang memulihkan semula Riyadh utara dengan pembinaan lebih 30,000 buah rumah di kawasan kejiranan yang dilengkapi dengan kemudahan dan ruang awam yang menarik 
  • Visi ROSHN tentang cara hidup baharu sedang dilaksanakan di seluruh negara, menyokong matlamat Wawasan 2030 untuk meningkatkan pemilikan rumah di Arab Saudi kepada 70% 

RIYADH, Arab Saudi, 22 November 2022 /PRNewswire/ -- ROSHN, pemaju hartanah kebangsaan yang membawa cara hidup kehidupan baharu yang lestari kepada negara ini, telah memulakan proses penyerahan lebih awal daripada waktu yang dijadualkan di SEDRA, iaitu projek pembangunan mercu tandanya di utara Riyadh. Pemilik rumah baharu menerima kunci dan surat hak milik untuk vila dan rumah bandar yang terletak di Fasa 1 SEDRA, menjadikan mereka pelanggan pertama yang memiliki hartanah dalam komuniti ROSHN.

Located in the north of Riyadh, SEDRA will comprise of over 30,000 homes across its eight phases.
Located in the north of Riyadh, SEDRA will comprise of over 30,000 homes across its eight phases.

"Penyerahan rumah ROSHN yang pertama adalah peristiwa penting bukan sahaja untuk ROSHN tetapi juga untuk Kerajaan ini secara amnya. Walaupun ini menandakan satu lagi langkah dalam perjalanan kami untuk menyediakan rumah berkualiti tinggi kepada rakyat Arab Saudi, kami juga ingin memacu perubahan, mewujudkan konsep kehidupan baharu dan menambah kualiti hidup rakyat dan penghuni rumah kami. SEDRA akan menjadi projek pertama yang dapat membuatkan visi masa depan kami menjadi realiti dan saya teruja dengan penghuni pertama kami yang akan merasai cara hidup ROSHN," kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, David Grover.

ROSHN memudahkan proses pemindahan para pelanggannya dengan menyediakan penasihat khusus kepada mereka yang bertindak sebagai titik hubungan tunggal sebelum, semasa dan selepas penyerahan. Pemilik rumah baharu juga mempunyai akses ke Pusat Hubungan ROSHN yang boleh menjawab pertanyaan pelanggan tentang pelbagai isu, daripada akses pelawat hinggalah cara untuk memanfaatkan tawaran istimewa yang disediakan oleh rakan kongsi ROSHN.

SEDRA merupakan projek pertama ROSHN di negara ini dan sedang dibangunkan dalam lapan fasa di koridor utara Riyadh yang meriah. Permulaan proses penyerahan bagi fasa pertama menjadikannya projek giga Arab Saudi pertama yang telah disampaikan kepada pelanggan. Apabila projek tersebut siap, ia akan menambah lebih 30,000 unit kediaman kepada bilangan perumahan di ibu kota tersebut dan menyediakan kawasan kejiranan bersepadu seluas 20 juta meter persegi yang disokong oleh infrastruktur pendidikan dan penjagaan kesihatan, kedai runcit, restoran, taman, laluan pejalan kaki yang teduh, trek berbasikal dan ruangan hijau yang dijaga dengan teliti.

ROSHN juga membawa visinya ke pantai barat Kerajaan Arab Saudi ini: Projek ALAROUSS yang diumumkan pada bulan Mei tahun ini akan menambah lebih 18,000 buah rumah baharu kepada bilangan perumahan di Jeddah utara. Ia menampilkan jenis kemudahan yang sama seperti SEDRA, termasuk prinsip reka bentuk 'kehidupan terbuka' yang dibina di sekitar ruang awam, kawasan hijau, kemudahan komunal seperti majlis tempatan dan jalan-jalan 'hidup' yang dicirikan oleh jalan tanpa susur dan rumah tanpa dinding sempadan.

Tentang ROSHN: 

ROSHN ialah pemaju hartanah kebangsaan yang dimiliki oleh Public Investment Fund (PIF) Arab Saudi. Ia mempunyai mandat untuk menyampaikan standard kehidupan yang berkualiti tinggi kepada penduduk Arab Saudi dan menyokong usaha kerajaan untuk meningkatkan kadar pemilikan rumah. ROSHN membina komuniti yang mengutamakan warisan Arab Saudi dan aspirasi rakyat Arab Saudi yang berkembang, bertindak sebagai pembangun induk, pemaju hartanah dan pengendali dalam pelbagai kelas aset dan penggunaan tanah, termasuk kediaman, peruncitan, komersial, hospitaliti dan kemudahan awam/sivik.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1952619/ROSHN_Develops_SEDRA.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1952691/ROSHN_Logo.jpg?p=medium600

 

 

 

Source: ROSHN
Keywords: Commercial Real Estate Retail New products/services