omniture

Interplex Mengumumkan Produk Penyambung Berbilang Baris Papan ke Papan Boleh Ditindan Yang Mencapai Fleksibiliti Yang Belum Pernah Dihasilkan Sebelum Ini

Interplex
2022-11-22 21:00 270

Produk gred automotif ini menawarkan penyelesaian yang boleh dipercayai, boleh diulangi dan serba boleh yang boleh diskalakan selaras dengan keperluan pelanggan yang khusus

SINGAPURA, 22 November 2022 /PRNewswire/ -- Interplex, peneraju dunia dalam bidang reka bentuk dan pembuatan produk saling sambung dan mekanikal, kini berjaya menguruskan permintaan pasaran yang semakin meningkat untuk saling sambung berketumpatan tinggi dalam senario penggunaan yang mencabar. Syarikat tersebut baru sahaja mengeluarkan produk penyambung Berbilang Baris Papan ke Papan (BTB)

Multi-Row Board-to-Board Connector
Multi-Row Board-to-Board Connector

Dengan kelebihan reka bentuk biskut rapuh proprietarinya, konsep saling sambung yang pintar ini akan menjadi pengganggu kepada industri - membolehkan berbilang unit penyambung ditindan bersama. Ini bermakna saiz saling sambung boleh diubah mengikut kesesuaian bagi mengelakkan keperluan untuk produk tersebut dibina khas. Pendekatan unik yang menjimatkan kos yang telah diambil oleh Interplex ini akan membolehkan keperluan kiraan pin berbeza boleh diuruskan melalui platform asas saling sambung yang sama tanpa sebarang perbelanjaan tambahan atau usaha kejuruteraan.

Penyambung BTB Berbilang Baris yang baharu ini menampilkan pin miniPLX™ press-fit bersaiz 0.4mm, maka proses pematerian tidak diperlukan lagi. Pin ini diperbuat daripada aloi tembaga dan mempamerkan tahap rintangan sentuhan yang sangat rendah (<1mΩ). Setiap pin mempunyai keupayaan membawa arus 3A. Saduran pilihan pada pin ini menggunakan teknologi penyaduran IndiCoat™ yang dipatenkan oleh syarikat tersebut dapat mengurangkan masalah pembentukan misai timah dalam mencegah risiko berlakunya litar pintas dan memanjangkan jangka hayat operasi. 

Penyambung BTB Berbilang Baris Interplex tersedia dalam ketinggian tindanan papan daripada 7mm hingga 30mm. Ia mempunyai antara 1 hingga 6 baris, dengan setiap baris digabungkan sehingga 30 terminal hubungan. Mematuhi keperluan prestasi automotif, produk lasak ini mempunyai ketahanan terhadap kelembapan yang tinggi (8 jam kitaran sehingga 10% RH), kejutan (35g untuk 5 hingga 10ms merentasi 10 paksi) dan getaran (8 jam bagi setiap paksi). Ia juga mempunyai julat suhu kerja antara -40°C hingga +150°C.

"Kemampuan untuk memuatkan pin terminal saling sambung yang mencukupi ke dalam ruang yang kecil serta tidak menghasilkan sebarang lebihan menjadi keutamaan untuk semua pelanggan kami. Pada masa yang sama, memastikan jumlah kos pemilikan yang rendah juga penting untuk mereka," jelas Ralph Semmeling, Pengarah Portfolio Produk untuk Penyambung Tersuai Interplex. "Ini bermakna syarikat-syarikat yang berurusan dengan kami mahu mendapatkan akses kepada produk dalam simpanan kami pada harga yang menarik, tetapi dengan fleksibiliti yang wujud seperti mana yang disediakan melalui tawaran strategi berasaskan produk tersuai. Platform saling sambung boleh ditindan baharu kami memberikan mereka kebaikan daripada kedua-dua jenis tawaran tersebut. Sekali gus membolehkan pelanggan mereka bentuk mengikut kos." 

Terdapat pelbagai penggunaan yang akan disasarkan oleh penyambung BTB Berbilang Baris yang teguh, berketumpatan tinggi dan boleh diskala ini. Antara yang menjadi keutamaan ialah kenderaan elektrik (EV), khususnya untuk fungsi Stereng Kuasa Elektrik dan Unit Kawalan Elektronik. Terdapat juga peluang untuk penyambung ini digunakan dalam sistem automasi perindustrian (sebagai robot), perkakasan pengangkutan (kereta api), peralatan perubatan (seperti pengimbas pengimejan), dsb. 

Untuk maklumat lanjut tentang penyambung BTB Berbilang Baris daripada Interplex, sila layari https://interplex.com/ds/multi-row-board-to-board-connectors/.

Tentang Interplex

Interplex, peneraju dunia dalam bidang reka bentuk dan pembuatan produk saling sambung dan mekanikal, merupakan sumber pilihan untuk menyelesaikan cabaran reka bentuk yang kompleks bagi pasaran e-Mobiliti, maklumat & komunikasi serta perubatan & sains hayat. Kami mewujudkan nilai dengan membantu para pelanggan kami mengurangkan Jumlah Kos Pemilikan mereka dan mencapai matlamat ini dengan memanfaatkan set kemahiran pelbagai disiplin kami yang unik daripada kedua-dua disiplin elektromekanikal dan mekanikal. Beribu pejabat di Singapura, Interplex mempunyai lebih 13,000 orang pekerja di 33 buah lokasi dan 13 buah negara di mana semua aktivitinya dijalankan dengan cara yang bertanggungjawab secara sosial, dengan kesan minimum terhadap alam sekitar.
Ketahui lebih lanjut di www.interplex.com

Hubungan Akhbar:
Interplex 
Marcella Saracco
marcella.saracco@fr.interplex.com
00 33677562669

Hubungan Agensi:
Publitek 
Erin McMahon
erin.mcmahon@publitek.com  
001 630.962.7535

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1948671/Interplex.jpg?p=medium600

Source: Interplex
Keywords: Computer/Electronics Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals New products/services STEM (Science,Technology,Engineering,Mathematics)