omniture

Cell Impact merupakan salah sebuah syarikat teknologi yang paling pesat berkembang di Sweden

Cell Impact AB
2022-11-22 23:17 592

 KARLSKOGA, Sweden, 22 November 2022 /PRNewswire/ -- Keperluan terhadap teknologi hijau yang boleh menyelesaikan krisis iklim telah meningkat dengan ketara. Ini terpakai khususnya kepada permintaan terhadap teknologi hidrogen. Keadaan ini telah menjadikan Cell Impact, sebuah syarikat pembekal komponen utama global untuk sel bahan api dan merupakan salah sebuah syarikat yang paling pesat berkembang di Sweden.

Deloitte merupakan syarikat yang berada di sebalik Sweden Technology Fast 50. Sejak tahun 2003, syarikat tersebut telah menyenaraikan 50 buah syarikat teknologi awam dan swasta yang paling pesat berkembang di Sweden. Pemenang akan diumumkan pada hari Khamis, 24 November dan Cell Impact merupakan salah sebuah daripada 50 syarikat yang pesat berkembang tersebut.

"Cell Impact telah mengalami peningkatan yang kukuh dalam perolehan sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Kami mengeluarkan plat aliran yang merupakan komponen penting untuk sel bahan api dan elektrolit. Sel bahan api menyediakan tenaga tanpa pelepasan tetapi pengelektrolisis dan air boleh dikuasakan oleh tenaga boleh baharu untuk menghasilkan hidrogen hijau. Hidrogen dianggarkan menyumbang kepada 28 peratus keperluan tenaga global pada tahun 2050 dan benar-benar penting untuk peralihan hijau sistem tenaga," kata Pär Teike, Ketua Pegawai Eksekutif Cell Impact.

Terdapat permintaan yang tinggi daripada para pelanggan semasa Cell Impact, tetapi terdapat juga beberapa inisiatif dasar, seperti Perjanjian Hijau EU, yang terus mendorong permintaan terhadap plat aliran Cell Impact.

"Kami memenuhi cabaran terbesar sektor hidrogen. Kami mempunyai teknik pembentukan yang unik yang kami panggil Cell Impact Forming™ dan ia merupakan satu kaedah yang menjimatkan kos dan boleh diskala," kata Pär Teike.

Penerbitan akhir Sweden Technology Fast 50 yang mengumumkan susunan kedudukan tersebut akan berlangsung pada minggu hadapan dan para pemenang akan dapat diketahui pada hari Khamis, 24 November.

"Ia sentiasa menarik untuk melihat syarikat manakah yang berjaya tersenarai dalam Sweden Technology Fast 50. Seperti biasa, trend dalam senarai tahun ini mencerminkan perubahan yang kita lihat dalam masyarakat secara keseluruhan â€" sebagai contoh, beberapa buah syarikat teknologi perubatan diwakili dan terdapat fokus yang berterusan terhadap kelestarian dan teknologi hijau. Kami juga melihat lebih banyak industri yang pernah diwakili dalam kalangan syarikat pada tahun ini dan pelbagai penyelesaian inovatif untuk membantu menguruskan masalah yang kami hadapi, sama ada sebagai sebuah masyarakat dan pada tahap peribadi," kata Ester Sundström, rakan kongsi dan orang yang bertanggungjawab untuk Deloitte Sweden Technology Fast 50.

Sempena dengan acara Sweden Technology Fast 50, Cell Impact telah menghasilkan sebuah filem pendek yang menerangkan latar belakang kepada peningkatan pesat dalam perolehan syarikat. Filem ini boleh didapati di investor.cellimpact.com.

Tentang Sweden Technology Fast 50

Sweden Technology Fast 50 mengiktiraf 50 buah syarikat teknologi yang paling pesat berkembang di Sweden. Kedudukan ini adalah berdasarkan pertumbuhan pendapatan sejak empat tahun yang lalu dan merangkumi syarikat awam dan swasta dalam semua bidang teknologi, daripada perisian dan perkakasan kepada sains hayat, komunikasi dan teknologi bersih. Ketahui lebih lanjut di fast50.se.

Tentang Cell Impact

Cell Impact AB (umum) ialah pembekal global bagi plat aliran canggih untuk para pengeluar sel bahan api dan elektrolisis. Syarikat ini telah membangun dan mendapat kelulusan paten bagi kaedah unik untuk membentuk halaju tinggi, Cell Impact Formingâ„¢, yang jauh lebih boleh diskala dan menjimatkan kos berbanding kaedah pembentukan konvensional. Cell Impact Forming merupakan satu teknologi mesra alam yang tidak memerlukan air dan menggunakan tenaga elektrik yang sangat sedikit.

Saham Cell Impact disenaraikan di Nasdaq First North Growth Market dan FNCA Sweden AB merupakan Penasihat Bertauliah (CA) bagi syarikat ini. Maklumat hubungan: +46 8-528 00 399 atau info@fnca.se.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Pär Teike, Ketua Pegawai Eksekutif
+46 73-024 06 84 
paer.teike@cellimpact.com

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1888196/Cell_Impact_AB_Logo.jpg?p=medium600

Source: Cell Impact AB
Related Stocks:
Berlin:ICLA Dusseldorf:ICLA Frankfurt:ICLA Hamburg:ICLA Hanover:ICLA Munich:ICLA NASDAQ:CI Stockholm:CI Stuttgart:ICLA
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities