omniture

Chromalloy Memeterai Perjanjian Jangka Panjang Bersama Pratt & Whitney Bagi Menyokong Rantaian Bekalan Enjin PurePower® PW1100G-JM Baharu

Chromalloy
2013-12-19 22:00 154

-- Dengan Dua Kontrak Tambahan, Chromalloy Akan Menyediakan Perkhidmatan Pasaran Komponen bagi Enjin Legasi Untuk Pratt & Whitney

PALM BEACH GARDENS, Florida, 19 Disember 2013 /PRNewswire/ -- Chromalloy mengumumkan pada hari ini syarikat ini telah memeterai tiga perjanjian jangka panjang baharu yang penting bagi bahagian dan perkhidmatan bersama pengeluar enjin kapal terbang yang menerajui, Pratt & Whitney bagi aktiviti rantaian bekalan dan pengeluaran enjin PurePower PW1100G-JM baharu dan bagi menyediakan sokongan pasaran komponen terhadap enjin legasi.

"Chromalloy terus memanfaatkan hubungan jangka panjang dan kecemerlangan perkhidmatan kami untuk Pratt & Whitney dengan siri perjanjian untuk menyediakan sokongan pasaran komponen dan pengeluaran terhadap sistem legasi dan baharu," kata Armand F. Lauzon, Jr., Ketua Pegawai Eksekutif. "Kami amat berbangga dapat memberi sokongan terhadap enjin PurePower PW1100G-JM baharu dan revolusioner, yang direka untuk memberi kuasa kepada Airbus A320neo."

Chromalloy akan mengeluarkan bahagian tuang pelaburan dan menyediakan penyaduran, pemesinan dan penggerudian canggih bagi komponen lain.

Dua perjanjian lain adalah berkaitan perkhidmatan dan bahan penutup bagi beberapa platform enjin kapal terbang Pratt & Whitney dan Pratt & Whitney Kanada.

Chromalloy merupakan pembekal yang menerajui bagi pembaikan, penyaduran, tuangan pelaburan dan perkhidmatan yang berteknologi tinggi untuk aerofoil turbin dan komponen enjin kritikal lain. Syarikat ini turut membantu pengeluar dan pengendali enjin dalam industri tenaga, pertahanan dan aeroangkasa komersil. Fasiliti Chromalloy meliputi pejabat jualan, bangunan tambahan dan operasi di 17 negara di seluruh dunia. Bagi maklumat lanjut, layari www.chromalloy.com.

Chromalloy telah berkembang daripada perniagaan memperbaiki bahagian turbin gas kepada pembekal yang menerajui bagi pembaikan, perkhidmatan dan penyelenggaraan canggih, pembaikan dan baik pulih turbin gas yang digunakan dalam aplikasi penerbangan dan darat. Chromalloy memberi perkhidmatan kepada segmen penerbangan, ketenteraan, marin dan tenaga dengan kepelbagaian perkhidmatan di banyak lokasi serata dunia. Chromalloy diberikan kuasa oleh FAA dan EASA serta banyak NAA lain, dan diiktiraf di bawah ISO dan NADCAP. Chromalloy merupakan syarikat subsidiari Sequa Corporation.

Sequa Corporation merupakan syarikat perindustrian yang berkepelbagaian dengan operasi dalam industri penyaduran logam, tenaga dan aeroangkasa. Sequa ialah syarikat milik Carlyle Group. Bagi maklumat lanjut, layari www.sequa.com.

Perhubungan Media:
Cathy Gedvilas
+1-718-974-9595
cathy_gedvilas@sequa.com 

 

Source: Chromalloy
Keywords: Aerospace/Defense Machinery Contracts