- CD-adapco menganjurkan Persidangan STAR Global di Vienna, Austria pada tahun 2014
NEW YORK dan LONDON, 20 Disember 2013 /PRNewswire/ -- CD-adapco™, penyedia bertumpuan CFD pegangan swasta yang paling besar bagi perisian Kejuruteraan Bantuan Komputer telah melabuhkan tirai persidangan STAR Asia yang berjaya. Persidangan rantau ini telah diadakan di Jepun, China, Korea, Malaysia dan India dengan setiap negara mencatatkan kedatangan pecah rekod, dengan lebih 1,200 jurutera hadir dari serata Asia bagi menyertai acara ini.
(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20110623/MM25604LOGO)
Persidangan STAR China merupakan acara terbaharu yang ditambahkan ke dalam siri persidangan serantau ini. CD-adapco membuka pejabatnya di Shanghai hanya beberapa bulan sebelum acara tersebut diadakan dan berbangga dapat melakukan sedemikian bagi menampung seramai 300 hadirin. "Kejayaan persidangan STAR serantau pada tahun ini menunjukkan dedikasi berterusan kami terhadap komuniti simulasi peringkat global," kata Bill Clark, Timbalan Presiden Eksekutif CD-adapco. "Kami mempunyai syarikat yang menerajui daripada semua industri utama yang berucap serta hadir di persidangan ini. Kami bukan setakat membina tapak pelanggan antarabangsa yang mantap, bahkan juga menghubungkan para pelanggan kami yang berada di serata dunia menerusi acara seperti ini."
Pada tahun 2014, musim persidangan CD-adapco akan dimulakan dengan Persidangan STAR Global 2014 yang akan diadakan di Vienna, Austria. Acara ini merupakan persidangan global bagi syarikat tersebut yang menarik tumpuan para hadirin daripada komuniti dunia mereka. Acara eksklusif selama tiga hari ini (www.star-global-conference.com) akan berlangsung pada 17 hingga 19 Mac 2014.
Tema acara tahun ini ialah "Mensimulasikan Sistem" dan pendaftaran adalah termasuk pembentangan kertas dasar, lebih 120 pembentangan perindustrian, 36 sesi tentuan industri, demonstrasi teknologi dan latihan percuma selama satu hari bagi setiap hadirin. CD-adapco menerima lebih 150 abstrak dari seluruh dunia. Dua trek tambahan telah dimasukkan ke dalam agenda persidangan supaya memberikan pilihan yang benar-benar menyeluruh berkaitan sesi simulasi kejuruteraan kepada para hadirin. Agenda yang padat ini akan dimuktamadkan dan diumumkan pada awal tahun 2014.
Di samping itu, Persidangan STAR Global 2014 merupakan acara pelancaran rasmi bagi STAR-CCM+® v9 yang merupakan versi terkini bagi alat perisian kejuruteraan utama bagi CD-adapco.
Bagi mendapatkan maklumat terkini tentang Persidangan STAR Global, layari laman web di: http://www.star-global-conference.com/
Perhubungan Akhbar:
Lauren Gautier, CD-adapco
lauren.gautier@cd-adapco.com
+1-248-697-2900