BANGALORE, India, 23 November 2022 /PRNewswire/ -- Sonata Software, sebuah Syarikat Penyelesaian Perkhidmatan dan Teknologi IT global, mengumumkan bahawa buat kali kedua berturut-turut, ia telah memenangi 'Golden Peacock Award (Anugerah Merak Emas) untuk Kecemerlangan Tadbir Urus Korporat' tahun 2022 dalam kategori kebangsaan di bawah Sektor IT.
Anugerah ini telah diberikan kepada Sonata Software pada majlis 'Golden Peacock Awards Nite' yang diadakan pada 10 November 2022 ketika 'Konvensyen Global London tentang Tadbir Urus Korporat & Kelestarian 2022' anjuran Institute of Directors, India di London (UK). 'Menubuhkan Lembaga yang Berkesan dan Berfungsi & TREND GLOBAL POPULAR' merupakan tema bagi konvensyen ini.
Golden Peacock Awards yang ditubuhkan oleh Institute of Directors (IOD), India pada tahun 1991, kini dianggap sebagai penanda aras Kecemerlangan Korporat di seluruh dunia. Belum pernah ada anugerah yang amat dikagumi dan diminati oleh industri sepertimana 'Golden Peacock Awards' yang hari ini menerima lebih 1,000 permohonan untuk pelbagai Anugerah setiap tahun. Ini sebahagian besarnya disebabkan oleh proses penilaian yang telus dan melalui 3 peringkat berdasarkan kriteria yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.
"Tadbir urus korporat merupakan ekspresi sistem nilai syarikat dalam erti kata sebenar. Di Sonata, kejujuran, integriti dan ketelusan dijadikan nilai teras, manakala tadbir urus korporat yang baik menunjukkan bagaimana nilai-nilai tersebut diterjemahkan ke dalam amalan dan proses harian. Kami gembira dengan anugerah Golden Peacock yang diterima kerana ia benar-benar mengiktiraf nilai-nilai kami dan keberkesanan kami dalam memastikan bahawa nilai tersebut menjadi teras kepada semua perkara yang kami lakukan," kata Samir Dhir, Ketua Pegawai Eksekutif Sonata Software.
"Sebagai salah sebuah syarikat Penyelesaian Teknologi dan Perkhidmatan IT terkemuka di dunia, Sonata Software membantu perniagaan mencapai transformasi digital dengan pendekatan berasaskan reka bentuk yang istimewa dalam era digital yang sangat kompetitif ini. Ditubuhkan pada tahun 1994 dalam salah sebuah industri yang paling pesat berkembang, Sonata Software mengekalkan barisan Ahli Lembaga yang sangat bebas dan berkesan serta mendorong Tadbir Urus Korporat yang baik sambil memupuk budaya kepelbagaian, keterangkuman, ketelusan, kesaksamaan, akauntabiliti dan juga mengguna pakai pelbagai dasar pembangunan sosial. Dalam tinjauan kepuasan pemegang sahamnya yang terakhir pada tahun 2020, didapati bahawa syarikat ini telah mencapai suatu kejayaan yang luar biasa dengan penarafan 4 daripada 5 bintang. Tahniah," kata Manoj K. Raut, Ketua Pegawai Eksekutif & Setiausaha Agung Institute of Directors, India.
Jagannathan Chakravarthi, Ketua Pegawai Kewangan Sonata Software berkata, "Anugerah ini merupakan bukti usaha kami yang konsisten untuk mematuhi piawaian tertinggi dalam amalan organisasi dan tadbir urus korporat. Dengan melaksanakan amalan terbaik, memastikan aliran maklumat yang tepat pada masanya dan berkesan serta tahap ketelusan yang lebih tinggi, kami berusaha untuk mewujudkan suasana kepercayaan dan keyakinan yang padu terhadap kepimpinan dan pengurusan Syarikat."
Untuk maklumat lanjut pihak akhbar sahaja:
Nandita Venkatesh
Sonata Software Limited
CIN- L72200MH1994PLC082110
A.P.S. Trust Building,
Bull Temple Road, N.R. Colony
Bangalore 560019, India
Tel: +91-8067781999
Nandita.v@sonata-software.com
Logo: https://mma.prnasia.com/media2/689012/Sonata_Software_Logo.jpg?p=medium600