omniture

Elitecore Termasuk Antara 16 Vendor BSS Global Terbaik

Elitecore Technologies
2013-12-20 16:21 177

MUMBAI, India dan DUBAI, UAE, 20 Disember 2013 /PRNewswire/ --

Heavy Reading menganalisis 16 vendor paling menyerlah dalam ruang BSS dalam laporannya "Mengewangkan Data: Peranan BSS dalam Revolusi Digital"

Elitecore, penyedia yang menerajui untuk Platform Pengurusan Hasil, Polisi dan Pengenaan Bayaran Bersepadu, mengumumkan yang ia disertakan sebagai antara 16 Vendor BSS Global Terbaik oleh Heavy Reading dalam laporan* terkininya, yang menyediakan profil vendor BSS yang menerajui berdasarkan ciri-ciri penyelesaian penting yang membantu para pengendali secara berkesan untuk memaksimumkan potensi hasil mereka daripada revolusi digital yang telah menguasai ruang komunikasi masa kini.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130226/599701 )

Penganalisis Kanan Heavy Reading, Ari Banerjee berkata "Dalam usaha mereka untuk menjadikan pengewangan data suatu realiti, para pengendali memerlukan seni bina BSS yang lentur dan boleh mencipta pelan bertingkat dan tersuai khusus untuk pelanggan LTE, MVNO atau Awan dengan menggunakan kelebihan maklumat rangkaian lalu membawa kepada kesetiaan yang lebih padu terhadap perkhidmatan mereka. Elitecore membawakan kelebihan tersendiri kepada para pengendali melalui platform bertumpu dan berasaskan IP sepenuhnya yang menawarkan kelenturan BSS masa sebenar prabersepadu tunggal, platform berasaskan polisi dan OCS atau komponen modular."

Platform Elitecore menawarkan suite produk yang mengandungi ciri-ciri yang termasuk enjin pengenaan bayaran tunggal untuk prabayar/pascabayar, pengurusan baki masa sebenar, pengenaan bayaran dan polisi bersepadu, tawaran pacuan QoS, DPI prabersepadu dengan rakan kongsi, katalog pusat bersepadu, pengurusan tawaran masa sebenar bersepadu, analisis lanjutan, pemberitahuan baki pelanggan mengikut permintaan, dan sokongan untuk penjelasan dan pengurusan kontrak.

Menurut Dhaval Vora, Naib Presiden Pengurusan Produk Elitecore Technologies, "Kami menganggap kejayaan Elitecore dalam segmen BSS adalah disebabkan kemampuan kami untuk melancarkan pelan tersuai khusus yang melonggokkan peranti dan aplikasi dengan menggunakan kelebihan maklumat pengguna yang tersendiri, menyediakan pengalaman pelanggan yang dipertingkatkan, mengurangkan masa ke pasaran untuk perkhidmatan baharu sementara memastikan saling kendalian berbilang vendor merentasi ekosistem 4G pengendali, lalu membawa kepada TCO dan CapEx yang dikurangkan."

* Mengewangkan Data: Peranan BSS dalam Revolusi Digital oleh Heavy Reading, Jilid 11, No. 12 November 2013

Latar Belakang Elitecore

Elitecore Technologies ialah syarikat produk IT global yang dilaburkan oleh Carlyle Group yang menyediakan BSS di samping unsur teras paket dengan kelenturan tawaran modular serta prabersepadu. Tawaran Elitecore serasi dengan ekosistem vendor besar yang membawa kepada keperluan CSP untuk masa ke pasaran yang lebih pantas serta TCO lebih baik. Sebagai pemain penyelesaian IP tradisional, produk Elitecore sangat responsif terhadap perkhidmatan generasi seterusnya, lalu memenuhi keperluan pengewangan pengendali merentasi semua rangkaian akses.

Perhubungan Media
LK Pathak
Timbalan Naib Presiden - Komunikasi Korporat
B: +91-9925012059
E-mel: l.k.pathak@elitecore.com

Sumber: Elitecore Technologies

Source: Elitecore Technologies
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Telecommunications Awards