omniture

LCM Partners Berjaya Mendapatkan Tender European Central Bank

LCM Partners
2013-12-23 15:08 127

LONDON, 23 Disember 2013 /PRNewswire/ --

LCM Partners Limited (LCM) dengan sukacitanya hari ini mengumumkan kejayaannya memenangi tender daripada European Central Bank (ECB). LCM akan menyediakan khidmat nasihat bagi fasa kedua Inisiatif Peringkat Pinjaman Sekuriti Sokongan Aset (ABS), inisiatif ECB dengan matlamat utama bagi mengembalikan keyakinan pelabur dalam pasaran ABS Eropah.

LCM telah bekerjasama dengan ECB sejak tahun 2009 dan akan terus menyediakan khidmat nasihat untuk program ini dengan kontraknya dilanjutkan sehingga tahun 2017. LCM akan bertanggungjawab untuk beberapa perkhidmatan sedia hantar seperti penyediaan nasihat untuk kedua-dua inisiatif pendedahan data ABS sedia ada dan akan datang.

Nota kepada editor:

LCM Partners, salah satu ahli Link Financial Group, sehingga kini memperoleh lebih 1,500 portfolio pinjaman berbayar dan tidak berbayar (NPL) yang mewakili nilai muka sebanyak lebih € 10 bilion.

LCM menawarkan kepakaran yang tiada tandingannya di Eropah untuk pinjaman berbayar dan tidak berbayar dengan perniagaan khidmat nasihat serta pengurusan asetnya. Dalam masa tiga tahun lepas, LCM telah berjaya melancarkan dua dana NPL pengguna dengan rakan kongsi usaha samanya, Insight Investment Management. LCM akan melancarkan Dana Peluang Kredit baharu di bawah jenama LCM Partners pada tahun 2014.

Kumpulan yang ditubuhkan pada tahun 1998 ini secara majoritinya dimiliki oleh para pengasas dan pihak pengurusan, dengan pasukan kepimpinan terasnya tidak berubah selama lebih 10 tahun. Kumpulan ini mempunyai jangkauan global yang tidak pernah dicapai sesiapa sebelum ini, dan telah mencapai pulangan purata tahunan tidak berkeumpilan sebanyak kira-kira 13% selama lebih 15 tahun.

LCM Partners dan Link Financial Outsourcing ialah ahli Link Financial Group.

Bagi maklumat lanjut sila lawati http://www.lcmpartners.eu

LCM Partners Limited
Paul Burdell
t: +44(0)207-793-2670
paulburdell@lcmpartners.eu

MHP Communications
Andrew Jaques
Christian Pickel
t: +44(0)203-128-8100

Sumber: LCM Partners

Source: LCM Partners
Keywords: Banking/Financial Service Contracts