ASTANA, Kazakhstan, 23 Disember 2013 /PRNewswire/ --
Pengarah terkenal dunia, Franco Dragone akan memperkenalkan produksi baharu opera Kyz Zhibek yang digubah oleh komposer hebat Yevgeny Brusilovsky di Astana Opera House.
Bagi melihat Siaran Berita Multimedia, sila klik:
http://www.multivu.com/mnr/63492-astana-opera-state-theatre-of-opera-and-ballet
Persetujuan awal tentang produksi tersebut telah dicapai ketika lawatan pengarah Astana Opera House, Tolegen Mukhamejanov ke Naples atas jemputan pengurusan teater dan maestro Franco Dragone bagi menghadiri pementasan teater Aida buat julung kalinya di Teatro di San Carlo.
Tolegen Mukhamejanov sedia maklum akan minat Franco Dragone terhadap opera Kyz Zhibek. Beliau dijangka akan hadir ke Astana untuk bertemu dengan rombongan Astana Opera House pada Januari tahun hadapan. 'Pementasan perdana opera Kyz Zhibek dijadualkan berlangsung pada April 2014,' kata En. Mukhamejanov.
Libreto Opera Kyz Zhibek adalah berdasarkan cerita rakyat puitis yang mengisahkan tentang kisah cinta antara pahlawan berani Tolegen dan Zhibek yang jelita. Kisah ini berlatarbelakangkan zaman abad keenam belas dan ketujuh belas ketika Kazakh mengalami persengketaan yang saling menghancurkan. Tolegen dibunuh oleh musuh beliau yang tersembunyi dan berbahaya, Bekezhan, dan Zhibek membunuh diri selepas mengetahui tentang kematian Tolegen.
Ketika pertemuan tersebut, Tolegen Mukhamejanov dan Franco Dragone turut membincangkan tentang kemungkinan mementaskan opera Mozart, The Magic Flute pada tahun hadapan.
Di samping itu, En. Mukhamejanov telah mencapai persetujuan dengan Teatro di San Carlo bagi kerjasama produksi Requiem ballet oleh Mozart dengan Boris Eifman sebagai koreografer yang akan dipentaskan di Teatro di San Carlo pada musim bunga 2014. Balet tersebut akan dipentaskan buat julung kalinya di Astana Opera House pada musim luruh 2014. Tambahan pula, Astana Opera House dengan kerjasama Teatro San Carlo akan mementaskan opera Turandot oleh Puccini pada tahun 2015. Persembahan tetamu akan diadakan di Astana Opera House dan Teatro di San Carlo pada tahun yang sama.
Rombongan Teatro alla Scala akan hadir bagi lawatan ke Astana Opera House dengan balet Don Quixote oleh Minkus pada bulan Jun.
Secara keseluruhannya, lapan pementasan perdana dijadualkan berlangsung di Astana Opera House pada tahun 2014. Ini termasuklah balet Swan Lake oleh Tchaikovsky, balet Giselle oleh Adolphe Adam, balet Spartak oleh Aram Khachaturian, balet Karagoz oleh Zhubanov, opera Kyz Zhibek oleh Brusilovsky, opera Tosca oleh Puccini, Aida oleh Verdi and Magic Flute oleh Mozart.
Pesta Opera dan Balet Zhibek Zholy dijangka akan diadakan pada separuh masa kedua bulan September dan Oktober. Wiener Staatsoper, Mariinsky Theatre dan teater lain sedang merancang untuk turut hadir ke Astana Opera House bagi meraikan pesta tersebut.
Sumber: Teater Negara bagi Opera dan Ballet "Astana Opera"