omniture

Konsep Tanda Kualiti EUCROF bagi Inisiatif Unit Fasa Awal - Audit Perintis Pertama Dijalankan

EUCROF
2013-12-23 15:23 161

ROME, 23 Disember 2013 /PRNewswire/ -- Persekutuan CRO Eropah (EUCROF) hari ini menyediakan kemas kini tentang status inisiatif Konsep Tanda Kualiti bagi Unit Fasa Awal oleh persekutuan itu.

"Kami amat gembira dapat menyediakan kemas kini ini tentang aktiviti kami dalam hal ini," kata Stefano Marini MD, Presiden EUCROF. "Kami berharap agar maklumat ini dapat menarik minat pihak berkepentingan industri dan benar-benar relevan dengan kerja mereka dalam pembangunan klinikal pada fasa awal."

"Pembangunan Konsep Tanda Kualiti Unit Fasa Awal ini bermula pada lewat tahun 2012 yang menjurus kepada audit perintis pertama yang berlangsung pada November 2013 sebagai sebahagian daripada proses pembangunan dan penilaian," jelas Philippe Van Der Hofstadt, Pengerusi Bersama bagi Kumpulan Kerja Fasa Awal EUCROF. "Konsep Tanda Kualiti ini disokong oleh kod tingkah laku, senarai kriteria bagi pengauditan, templat bagi laporan serta pensijilan. Pemuktamadan dan penerbitan maklumat penuh bagi skema tersebut akan diadakan pada suku kedua tahun 2014 dengan jangkaan penglibatan dalam skema itu akan dibuka kepada Unit Fasa Awal Eropah atau kepada mereka yang mengikuti rangka kerja kawal selia Eropah. Kami berharap dapat menyediakan maklumat lanjut apabila tiba masanya."

Latar Belakang Persekutuan CRO Eropah (EUCROF): EUCROF telah ditubuhkan pada bulan Oktober 2005 dengan matlamat untuk mempromosikan penyelidikan klinikal yang berkualiti tinggi di Eropah secara umumnya dan di Kesatuan Eropah secara khususnya. Kini, ia mempunyai organisasi ahli dari 11 negara Eropah. EUCROF turut berhasrat untuk mewakili kepentingan CRO di Kesatuan Eropah, sebagai contoh, bagi transaksi dengan badan kawal selia, industri farmaseutikal-bioteknologi dan komuniti penyelidikan perubatan. Selain itu, EUCROF berhasrat untuk mempromosikan hubungan erat dan saling memahami antara persatuan ahli kebangsaan dan badan yang telah disebutkan.

Hubungi:

Stefano Marini
Presiden EUCROF
Telefon: +39(0)6-807-60-72
Faks: +39(0)6-807-60-85

d/a Paola Portera
EUCROF
12, viale Parioli
00197 Rom - Itali
http://www.eucrof.eu
info@eucrof.eu

Sumber: EUCROF

Source: EUCROF
Related Links:
Keywords: Health Care/Hospital Pharmaceuticals Clinical Trials/Medical Discoveries Survey, Polls & Research