omniture

MAG OF LIFE MELANCARKAN LAPAN UNIT RUMAH AGAM DI KAWASAN KEDIAMAN RITZ-CARLTON DI PINGGIR SUNGAI, DUBAI, SETIAP SATU UNIT BERNILAI USD47.8 JUTA

MAG
2022-11-23 21:44 576
  • Pembangunan bernilai USD1.3 bilion ini merupakan pembangunan pertama di rantau ini yang memperoleh sijil Penarafan Kesihatan dan Keselamatan WELL. 
  • Rumah agam yang tersedia ini menggunakan dua daripada tiga konsep seni bina berasaskan tanah dan air. 

DUBAI, UAE, 23 November 2022 /PRNewswire/ -- MAG of Life mengumumkan pelancaran lapan daripada 12 buah rumah agam di kawasan Kediaman Ritz-Carlton di Pinggir Sungai Dubai, yang merupakan sebahagian daripada Keturah Resort dengan setiap satunya bernilai USD47.8 juta. Pembangunan kediaman kesejahteraan mewah yang bernilai USD1.3 bilion ini menyediakan penduduk dengan persekitaran yang lebih sihat dan unik bagi meningkatkan persepsi pengguna terhadap kehidupan berinspirasi dengan pemandangan 180 darjah ke arah latar langit Dubai. Kos pembinaan untuk setiap kaki persegi kediaman ini bernilai USD586.

The Water Mansion
The Water Mansion

Setiap rumah agam yang dilancarkan ini mempunyai empat tingkat (tingkat bawah tanah, tingkat G hingga ke tingkat 2) yang merangkumi lapan bilik tidur, sebuah ruang santai, spa, sebuah bilik tayangan dan sebuah gimnasium elegan yang dilengkapi dengan peralatan moden. Rumah agam ini didatangkan dengan dua pilihan tema seni bina: tanah (46,648.2 kaki persegi) dan air (45,927.24 kaki persegi).

Seni bina minimalis rumah agam bertemakan tanah menampilkan sebuah ruang dengan persekitaran yang terlindung dari jalan raya namun menawarkan pemandangan air yang menakjubkan. Pintu gelangsar kaca dari lantai hingga ke siling memaparkan pemandangan yang luas dengan gabungan teres serta ruang tamu yang boleh diubah menjadi sebuah ruang tamu yang luas apabila dibuka.

Dengan mempertimbangkan faktor semula jadi, reka bentuk rumah agam bertemakan air telah dihasilkan dengan teliti mengikut ciri-ciri iklim di kawasan tersebut. Seni bina yang mengambil kira perubahan musim akibat pergerakan matahari ini telah diselaraskan untuk membenarkan cahaya semula jadi masuk tanpa pemanasan berlebihan pada ruang dalaman.

Keturah Resort menawarkan pelbagai kemudahan kepada pemilik kediaman yang merangkumi hotel Ritz-Carlton; dengan akses ke pantai, kelab peribadi untuk ahli sahaja; kelab wanita; kelab kanak-kanak; sebuah pusat kesejahteraan imersif yang lengkap; restoran bertaraf bintang Michelin; dan sesiaran runcit. Pembangunan mewah ini merupakan yang pertama di wilayah MENA yang memperoleh pensijilan Kesihatan dan Keselamatan WELL untuk bangunannya, sebagai sebahagian daripada 'Komuniti WELL' MAG of Life. Selain itu, penduduk akan diberikan akses ke hotel kesejahteraan yang mewah, lapan ruang runcit berasaskan kelestarian dan organik termasuk pasar tani hujung minggu, tempat letak kereta peribadi yang selamat dengan perkhidmatan joki 24 jam serta sebuah komuniti berpagar dengan pemandangan pusat perlindungan hidupan liar yang unik.

Semua unit kediaman akan menerapkan konsep gaya hidup Sejahtera KETURAH yang Mewah. KETURAH Resort yang dimiliki oleh MAG of Life ini terletak di Pinggir Sungai Dubai dan menawarkan akses yang mudah ke Pusat Bandar Dubai, DIFC dan Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1953568/Water_Mansion.jpg?p=medium600

Source: MAG
Keywords: Banking/Financial Service Construction/Building Hotels and Resorts Real Estate Residential Real Estate Travel New products/services