omniture

Majlis Pelancaran Filem Epik 3D Loulan Berlangsung di Beijing

Loulan Mystery
2013-12-24 10:08 151

BEIJING, 24 Disember 2013 /PRNewswire/ -- Majlis pelancaran bagi filem epik 3D Loulan telah diadakan secara rasminya di Beijing pada 7 Disember.

(Foto: http://www.prnasia.com/sa/2013/12/09/20131209114235461592.html )
(Foto: http://www.prnasia.com/sa/2013/12/09/20131209113757851962.html )

Filem epik 3D dengan Syarikat Kebudayaan Filem & Televisyen Legend Loulan (Beijing) sebagai firma produksi utama dan disokong dengan pelaburan sebanyak 300 juta yuan (kira-kira AS$50 juta) akan dirakamkan sepenuhnya dengan menggunakan teknologi rakaman 3D. Kawasan Utara dan Selatan Tianshan di Xinjiang akan menjadi tirai latar filem ini. Filem pascapenerbitan oleh pasukan penghasilan kesan khas yang menerajui di dunia ini dijadualkan bermula penggambarannya pada tahun 2014 dan akan dikeluarkan secara besar-besaran seiring dengan tayangan perdana yang serentak di serata dunia pada tahun 2015. Pengarah filem dan para pelakon filem ini akan diumumkan selepas sambutan Tahun Baharu Cina.

Di pintu masuk dewan persidangan, dua kuda Akhal-teke yang mengagumkan menyambut para tetamu sambil bertindak sebagai model bagi foto tetamu. Lu Shijun, pengurus besar Legend Loulan berkata syarikat tersebut telah menandatangani kontrak bersama beberapa kelab ekuestrian China yang mempunyai kuda baka Akhal-teke. Kelab tersebut akan menyumbangkan lebih 100 kuda Akhal-teke bagi penggambaran kisah epik ini.

Suasana Loulan purba yang wujud beribu-ribu tahun lalu dapat dirasai sejurus sahaja anda melangkahkan kaki ke dalam dewan persidangan tersebut. Pihak penganjur telah menciptakan semula legenda Loulan dengan set pentas yang direka khas, video serta imej yang menggambarkan suasana pada era tersebut. Para penari daripada kumpulan seni profesional Xinjiang menampilkan gerak tari dengan perasaan Loulan yang penuh berahi melalui koreografi yang indah. Peragawan dan peragawati dari China dan lebih 10 negara dari serata dunia turut memperagakan pakaian dengan gaya purba Jalan Sutera yang mendapat sambutan hebat daripada para penonton.

Pada awal bulan November, ahli daripada pasukan penerbitan awal yang melalui Lor Nor berbahaya itu telah merakamkan dokumentari di negara Loulan purba yang legenda itu. Video tersebut mendapat sambutan hebat daripada para penonton pada majlis tersebut.

Pada majlis pelancaran, pengarah Legend Loulan mengumumkan perancangan untuk membelanjakan sebanyak empat juta yuan (kira-kira AS$660,000) bagi memilih lagu tema Loulan termasuklah satu juta yuan (kira-kira AS$165,000) bagi komposisi skor, satu juta yuan bagi penulisan lirik, satu juta yuan pula bagi penyanyi lelaki dan satu juta yuan lagi bagi penyanyi wanita. Maklumat lanjut berkaitan permintaan tersebut boleh didapati di laman web rasmi syarikat.

Ketua penerbit, Gao Jun telah membuat pembentangan tentang filem tersebut bagi menjelaskan tajuk eksotiknya dan kandungan tersendiri projek itu serta bagaimana filem ini dapat mencapai lima "pencapaian yang pertama" dalam sejarah filem global: filem epik pertama yang memasukkan garis masa penuh bagi peradaban Cina ke dalam penceritaan, filem cereka pertama yang menjelaskan misteri di sebalik kehilangan negara Loulan purba, filem panorama pertama yang menceritakan semula kisah kejayaan Jalan Sutera yang bersejarah, filem seni pertama yang mempamerkan komunikasi dan kerjasama berkelas tinggi yang wujud antara peradaban China dan Barat pada zaman lampau dan filem perang pertama yang melibatkan beratus-ratus kuda Akhal-teke.

Penerbit utama filem tersebut, Yang Rui mengulas: "Industri filem China telah memasuki zaman kegemilangan pembangunan yang makmur. Loulan mempunyai kesemua prasyarat dan prospek pasaran yang biasanya dikaitkan dengan blokbuster komersil antarabangsa yang menggabungkan tema yang luar biasa, plot yang rumit dan menarik, imejan yang hebat dan kisah yang diketahui umum. Tambahan pula, permainan mudah alih dan laman web yang dihasilkan bersama dengan produk yang disesuaikan akan dilancarkan pada tempoh yang sesuai berikutan tayangan perdana filem tersebut. Memandangkan China masih belum dapat menghasilkan filem komersil epik bertaraf dunia, Loulan bakal menjadi kejayaan yang bersejarah dan menjadi jendela untuk dunia mempelajari dengan lebih mendalam tentang kebudayaan Cina yang sangat mengagumkan."

Source: Loulan Mystery
Keywords: Art Entertainment Film & Motion Picture Multimedia/Online/Internet New products/services