SINGAPURA, 24 November 2022 /PRNewswire/ -- Syarikat teknologi kewangan (FinTech) SUNRATE, platform pengurusan pembayaran dan perbendaharaan global mengumumkan bahawa ia telah memeterai satu perkongsian dengan Agoda. SUNRATE akan mengintegrasikan penyelesaian pelancongan dalam taliannya dengan platform pelancongan digital bertaraf global.
Melangkaui pengeluaran kad maya
Perkongsian berkenaan diumumkan sebulan selepas ITB Asia 2022, yang mana SUNRATE berkongsi dengan pemegang kepentingan pelancongan mengenai bagaimana penyelesaian pelancongan dalam taliannya yang holistik, merangkumi pengeluaran kad maya merevolusikan pembayaran pelancongan. Sebagai contoh, sebarang agensi pelancongan dalam talian boleh menetapkan had perbelanjaan dengan mudah, menakrifkan penggunaan dan memilih vendor menggunakan kad maya. Ini dapat memberi kawalan penuh kepada rakan-rakan kongsi pelancongannya dari segi bagaimana perbelanjaan diagihkan dan dijejak. Satu ciri utama kad maya ialah sekuriti. Teknologi, seperti antara muka pengaturcaraan aplikasi (API) telah menghapuskan kemungkinan maklumat kad disalahgunakan apabila diberikan, dengan menyediakan tetingkap penggunaan yang terhad untuk kad tunggal. SUNRATE diperakui mengikut piawaian sekuriti data kewangan antarabangsa: Piawaian Sekuriti Data Industri Kad Bayaran (PCI DSS) Tahap 1.
"Di SUNRATE, kami komited untuk sentiasa menginovasi tawaran kami, agar akhirnya, kami dapat menjadi rakan kongsi B2B sehenti untuk industri pelancongan, dengan memenuhi keperluan perniagaan yang berbeza untuk rakan kongsi pelancongan dan pelanggan kami. Kami berharap dapat bekerjasama dengan lebih ramai rakan kongsi daripada industri pelancongan dan selanjutnya," kata Shawn Qin, Ketua Perniagaan Kad, SUNRATE.
Latar Belakang SUNRATE
SUNRATE ialah platform pengurusan pembayaran dan perbendaharaan global pintar untuk perniagaan di seluruh dunia. Sejak penubuhannya pada tahun 2016, kami diiktiraf sebagai penyedia yang terkemuka bagi penyelesaian pengurusan pembayaran dan perbendaraan yang canggih. Kami mengupayakan syarikat-syarikat di lebih 130 negara dengan platform proprietari kami, jaringan yang luas, rangkaian produk yang komprehensif serta API yang mantap untuk menskalakan pertumbuhan tempatan dan global.
Menerusi pejabat-pejabat di Shanghai, Hong Kong, Tokyo, Singapura, Jakarta dan London, SUNRATE bekerjasama dengan institusi-institusi kewangan global yang terkemuka seperti Citibank, Standard Chartered Bank, Visa dan Mastercard. Kami dilesenkan dan dikawal selia oleh Financial Conduct Authority of the UK, Bank Indonesia, Hong Kong Customs sebagai Operator Perkhidmatan Wang dan Monetary Authority of Singapore sebagai Institusi Pembayaran Utama.