omniture

Pengiktirafan Global Julung Kali untuk Oberoi Hotels & Resorts di Anugerah Kembara Dunia 2013

Oberoi Hotels & Resorts
2013-12-26 19:55 113

NEW DELHI, 26 Disember 2013 /PRNewswire/ --

Oberoi Hotels & Resorts diundi sebagai "Peneraju Jenama Hotel Mewah Dunia" untuk tahun kedua berturut-turut

Oberoi Group, perintis hotel mewah, telah menerima pengiktirafan global daripada Anugerah Kembara Dunia (WTA) tahun ini. Oberoi Hotels & Resorts telah diundi sebagai "Peneraju Jenama Hotel Mewah Dunia 2013" untuk tahun kedua berturut-turut. Penghormatan ini dianugerahkan kepada Oberoi Group kerana kecemerlangan menyeluruhnya dan tahap perkhidmatan yang tiada tandingannya.

En. P.R.S. Oberoi, Pengerusi Eksekutif, The Oberoi Group, berkata, "Saya sangat bangga Oberoi Hotels & Resorts telah diundi sebagai Jenama Hotel Terbaik Dunia. Anugerah ini merupakan bukti komitmen Oberoi Group yang tidak goyah untuk menawarkan kemudahan bertaraf dunia dan perkhidmatan yang tiada tandingannya untuk tetamu. Saya dedikasikan anugerah ini kepada kakitangan kami yang merupakan aset kami yang paling penting dan telah bekerja sepenuh hati bagi memastikan tetamu kami menerima perkhidmatan yang mesra, tersuai khusus dan penuh kasih sayang."

Anugerah Kembara Dunia diibaratkan sebagai "Anugerah Oscar" untuk industri kembara dan pelancongan oleh The Wall Street Journal dan diiktiraf pada peringkat global oleh industri kembara, pelancongan dan hospitaliti sebagai penghargaan tertinggi untuk kecemerlangan produk dan perkhidmatan.

Bagi senarai pemenang lengkap, lawati http://www.worldtravelawards.com/winners.

Nota lanjutan kepada Editor:

Latar Belakang Oberoi Hotels & Resorts

Oberoi Hotels & Resorts terkemuka seluruh dunia kerana menyediakan gabungan yang sempurna untuk perkhidmatan, kemewahan dan kecekapan yang antap. Oberoi Hotels & Resorts disanjung pada peringkat antarabangsa kerana kecemerlangan menyeluruhnya dan tahap perkhidmatan yang tiada tandingannya, lalu menerima anugerah dan kepujian yang tidak terkira.

Ciri rangkaian hotel Kumpulan itu yang menyerlah ialah kakitangan mereka yang bersemangat dan terlatih dengan baik yang menyediakan perkhidmatan yang benar-benar peka, tersuai khusus dan mesra. Hotel mewah Kumpulan itu telah membina reputasi kerana telah mentakrifkan semula paradigma kemewahan dan kecemerlangan perkhidmatan dalam kalangan hotel seluruh dunia.

http://www.oberoihotels.com

Bagi maklumat lanjut, sila hubungi:

Silki Sehgal
Pengarah - Komunikasi Korporat
The Oberoi Group
Telefon: +91-11-2389-0505
E-mel: silki.sehgal@oberoigroup.com

Sumber: Oberoi Hotels & Resorts


Source: Oberoi Hotels & Resorts
Keywords: Leisure/Travel/Hotels Travel Awards