PONDICHERRY, India, 24 November 2022 /PRNewswire/ -- Integra Software Services, sebuah organisasi penyelesaian transformasi digital dan pengetahuan yang berpangkalan di India, mengumumkan perasmian bangunan hijau pertamanya, mengukuhkan lagi sejarah teraju kelestarian Integra yang panjang.
Olga Tchivikova, Pengarah Operasi Bahagian Perkhidmatan Penyelidik Taylor & Francis, merasmikan bangunan pejabat hijau baharu Integra di ladang organik miliknya di perkampungan Kenipet berhampiran Puducherry, Tamil Nadu, India, dengan kehadiran Sriram Subramanya, Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif yang juga merupakan Pengasas Integra serta Anu Sriram, Pengarah Urusan Bersama Integra.
Mengulas tentang acara tersebut, Olga berkata, "Ini adalah suatu inisiatif yang penting dan mengagumkan ke arah kehidupan yang lestari di planet kita. Bangunan pejabat hijau Integra menunjukkan bagaimana perniagaan boleh menjalankan tanggungjawab dan pada masa yang sama menjadi produktif dan inovatif. Melihat bagaimana Integra berjaya mengubah sebuah tanah yang tandus menjadi oasis hijau yang subur lalu menghasilkan Ladang Organik Bioville, adalah sesuatu yang memberi inspirasi. Saya berasa kagum melihat komitmennya terhadap alam sekitar serta sokongannya terhadap komuniti tempatan melalui pelbagai inisiatif hijau yang dijalankan. Tahniah yang tidak terhingga diucapkan kepada pasukan ini atas pencapaian mereka mewujudkan masa depan lestari untuk generasi akan datang."
Dibina di tengah-tengah kawasan yang subur menghijau, kemudahan ini direka untuk memupuk inovasi, kreativiti dan budaya kelestarian serta merupakan salah satu pelaburan Integra yang penting untuk menjadi pembekal perkhidmatan global yang bertanggungjawab.
Pada majlis perasmian tersebut, Sriram berkata, "Agenda ESG Integra diterapkan dalam segala perkara yang kami lakukan dan memberi tumpuan kepada pembangunan masa depan yang lestari dan saksama. Kami mengamalkan kelestarian sebagai suatu cara hidup melalui kerjasama yang dijalinkan dengan para pelanggan dan pekerja kami. Bangunan hijau ini merupakan satu langkah penting dalam perjalanan kami."
Dengan ikrar untuk mencapai keneutralan karbon menjelang tahun 2030, bangunan hijau baharu Integra ini mengamalkan kelestarian melalui penggunaan air yang cekap, bahan yang lestari dan tenaga boleh diperbaharui. Selain itu, Sriram turut menjelaskan bagaimana bangunan pejabat Pondicherry Integra memaksimumkan penggunaan cahaya semula jadi, mengitar & menggunakan semula air yang menjimatkan kira-kira 10 juta liter air setiap tahun serta mengumpulkan hampir 1 juta liter air hujan setiap tahun.
Tentang Integra
Integra merupakan salah satu penyedia penyelesaian pembangunan kandungan digital, teknologi dan aliran kerja serba lengkap yang terkemuka di dunia. Integra yang memberikan perkhidmatan kepada organisasi terkemuka dalam bidang penerbitan, membantu para pelanggan globalnya dari 4 buah pejabat di 3 buah negara.
Untuk maklumat lanjut: www.integranxt.com
Foto: https://mma.prnasia.com/media2/1953707/Integra_Green_Building.jpg?p=medium600
Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1953706/Integra_Logo.jpg?p=medium600