-- Usaha Sama Baharu Memperkukuh Kedudukan Jenama Coty dan Kemampuan Pasarannya di Emiriah Arab Bersatu, Pasaran Memuncul yang Penting
NEW YORK, 27 Disember 2013 /PRNewswire/ -- Syarikat kecantikan global yang menerajui, Coty Inc. (NYSE:COTY), bersama pengedar barangan mewah yang bertapak di Emiriah Arab Bersatu (UAE), Chalhoub Group dan Jashanmal, mengumumkan pada hari ini tentang pembentukan Coty Distribution Emirates LLC yang merupakan usaha sama baharu yang ditubuhkan bagi memperkukuh perniagaan Coty di Emiriah Arab Bersatu.
Usaha sama ini telah dibangunkan seiring dengan hubungan kerjasama yang sekian lama antara Coty dan Chalhoub Group. Ini membolehkan Coty untuk terus mengembangkan kemampuan pasarannya di UAE dan menyediakan akses yang lebih meluas terhadap portfolio jenama Coty kepada para pelanggan di rantau ini. Entiti baharu ini juga membolehkan Coty untuk menyatukan pengedaran produknya serta memastikan strategi pemasaran yang sepadu untuk keseluruhan pasaran utama ini.
"Emiriah Arab Bersatu mengalami pertumbuhan yang stabil sepanjang dekad yang lalu dan merupakan pasaran memuncul yang utama bagi Coty dan industri kecantikan," kata En. Michele Scannavini, Ketua Pegawai Eksekutif Coty Inc. "Chalhoub dan Jashanmal telah terbukti sebagai rakan kongsi luar biasa kepada Coty di Timur Tengah dan menerusi usaha sama baharu kami, kami amat berharap untuk terus mengembangkan perniagaan kami dalam pasaran penting ini."
"Kami amat gembira dapat melanjutkan hubungan jangka panjang bersama Coty, kerjasama yang memberi manfaat yang sangat besar kepada kedua-dua perniagaan kami," ujar Patrick Chalhoub, Ketua Pegawai Eksekutif Chalhoub Group. "Dengan usaha sama ini, kami yakin dapat mengukuhkan kerjasama kami di samping memenuhi keperluan pasaran serta pelanggan di rantau ini."
"Kami berpengalaman bekerjasama dengan jayanya bersama beberapa jenama yang dimiliki oleh Coty selama bertahun-tahun lamanya dan kami kini gembira serta berbangga dapat menjadi sebahagian daripada usaha sama dengan Syarikat induk ini," kata Tony Jashanmal, Pengarah Eksekutif Jashanmal. "Kami berharap agar kerjasama ini memperoleh kejayaan yang cemerlang."
Latar Belakang Coty Inc.
Coty merupakan syarikat kecantikan global yang menerajui dengan pendapatan bersih sebanyak $4.6 bilion bagi tahun fiskal yang berakhir pada 30 Jun 2013. Sebagai syarikat yang ditubuhkan di Paris pada tahun 1904, Coty merupakan syarikat kecantikan semata-mata dengan portfolio minyak wangi, kosmetik warna dan produk penjagaan kulit & tubuh yang terkenal dan berjaya dijual di lebih 130 negara dan wilayah. Tawaran produk Coty termasuklah jenama global seperti adidas, Calvin Klein, Chloe, Davidoff, Marc Jacobs, OPI, philosophy, Playboy, Rimmel dan Sally Hansen.
Latar Belakang Chalhoub Group
Chalhoub Group merupakan rakan kongsi yang menerajui bagi kemewahan di Timur Tengah sejak tahun 1955.
Melalui gabungan kepakarannya tentang Timur Tengah dengan pengetahuan mendalamnya tentang kemewahan serta persepsi yang tajam terhadap pasaran dan para pelanggan, Chalhoub Group berusaha membangunkan jenama yang berjaya bagi sektor fesyen, kecantikan dan cenderahati di rantau ini.
Kumpulan ini berjaya mengendalikan lebih 500 kedai runcit dan kejayaannya dapat disandarkan kepada aset bernilai miliknya yang merupakan sumber manusia yang berkemahiran tinggi, berdedikasi, profesional dan bersemangat, dengan peningkatan tenaga kerja seramai kira-kira 10,000 orang yang dilaksanakan di 14 negara.
Bagi maklumat lanjut, sila layari http://www.chalhoub-group.com/