omniture

Nimo TV Lancar Program Bertema Permainan Bola Sepak Bertaraf-Dunia Terokai Selanjutnya Genre Pan-Hiburan

HUYA Inc.
2022-11-24 18:38 928

Nimo TV Perluas Kehadiran Penstriman Langsung di Asia Tenggara dan Wilayah-wilayah MENA

GUANGZHOU, China, 24 November 2022 /PRNewswire/ -- Bagi berkongsi keterujaan perlawanan bola sepak bersama peminat, Nimo TV, perniagaan bertaraf antarabangsa Huya melancarkan beberapa acara interaktif yang baharu semasa berlangsungnya acara permainan bola sepak bertaraf dunia yang mengujakan, dianjurkan di Qatar, termasuk Football Night, Football Girl Competition dan Football Game Interactive Competition dengan tumpuan pada perkembangan terkini permainan yang tepat pada masanya, ramalan sebelum permainan dan interaksi bersama penonton.

Pelancaran program-program bertema, termasuk aktiviti-aktiviti yang disebut di atas, dilihat sebagai laluan pertumbuhan yang baharu buat Nimo TV dan dijangka memberi rangsangan untuk platform penstriman langsung yang utama ini. Selain untuk memperluaskan kehadirannya dalam pasaran penstriman langsung permainan, Nimo TV turut merancang untuk mempelbagaikan kandungan platform yang lebih memfokuskan pada pan-hiburan dan mempercepatkan pertumbuhannya di Asia Tenggara dan wilayah-wilayah MENA dengan tujuan untuk menyediakan pengalaman interaktif yang lebih imersif dan setempat kepada pengguna.

Nimo TV Lancar Acara-acara Bertema Permainan Bola Sepak Bertaraf Dunia

Nimo TV memperkenalkan beberapa program hiburan baharu dan pertandingan permainan bola sepak dengan hasrat untuk menyemarakkan semangat peminat termasuk Football Night, yang mana para penyiar yang popular akan dijemput untuk membincangkan topik-topik hangat tentang acara Qatar itu secara dalam talian, mengambil bahagian dalam kuiz pengetahuan bola sepak dan menawarkan ramalan mereka terhadap keputusan permainan. Program tersebut akan disiarkan di Vietnam pada setiap hari Jumaat, Indonesia pada setiap hari Rabu dan wilayah MENA pada setiap hari.


Berhubung program Football Girl Competition, para penyiar pada platform ini akan bersaing untuk memenangi gelaran "Gadis Bola Sepak" ("Football Girl"). Selain itu, di Vietnam, pertandingan berkenaan turut dibuka kepada orang ramai, yang mana para peserta bersaing untuk merebut gelaran "Gadis Bola Sepak" melalui kombinasi antara pertandingan bakat dan undian oleh peminat. Gadis Bola Sepak yang menang akan berpeluang untuk menjadi pengacara yang dilantik di Nimo TV.

Dalam acara "Couples Battle", penstrim permainan terbaik Nimo TV akan berhubung dengan penstrim hiburan semasa pertandingan bola sepak dan bersorak untuk pasukan yang mereka sokong. Selain itu, platform ini akan menganjurkan acara e-sukan bola sepak di Indonesia, yang mana para pemain e-sukan profesional terbaik akan berinteraksi dengan peminat bola sepak dan berkongsi pengalaman dan pendapat mereka tentang e-sukan.

Semasa menyertai perbincangan dan kuiz, peminat boleh menghantar hadiah kesan khas bertema piala bola sepak. Mereka juga boleh menulis catatan dan membincangkan acara Qatar, berinteraksi dengan peminat lain dan memenangi hadiah dalam komuniti Nimo TV.

Berakar Umbi dalam Pasaran Baru Muncul, Nimo TV Berkembang Lebih lanjut ke dalam Genre Pan-Hiburan

Dapat dilihat bahawa selain kandungan penstriman langsung permainan, baru-baru ini Nimo TV meluaskan genre kandungan pada platform ini kepada pan-hiburan. Dalam pada itu, selepas Huya mengumumkan keputusan kewangan suku ketiga 2022, pihak pengurusan Huya berkata di sidang panggilan bahawa bermula pada bulan April, Huya menyelaraskan perniagaan antarabangsa secara strategik untuk memperuntukkan sumber kepada bidang-bidang penting. Li Meng, Naib Presiden Kanan Huya, berkata bahawa "kami akan terus melangkah ke hadapan menerusi perniagaan antarabangsa kami dan memperuntukkan sumber-sumber yang berfaedah kepada Vietnam, Indonesia dan pasaran MENA. Selain daripada kandungan penstriman langsung permainan, kami juga akan menyediakan lebih banyak kandungan pan-hiburan kepada pengguna."

Satu laporan terkini oleh firma kecerdasan mudah alih Sensor Tower* menunjukkan bahawa hasil daripada aplikasi penstriman langsung mudah alih global telah menyaksikan pertumbuhan yang mengagumkan sejak tahun 2020, dengan kadar pertumbuhan tahunan kompaun masing-masing mencecah 92.2% dan 21.2% pada tahun 2020 dan 2021, menjana hasil sebanyak lebih daripada $2 bilion pada tahun 2021. Bagi separuh pertama tahun 2022, Arab Saudi dan Turki di rantau Timur Tengah masing-masing menduduki tempat ketiga dan keempat, dari segi hasil yang dijana daripada aplikasi penstriman langsung global. Semasa tempoh yang sama, berhubung pemasangan aplikasi penstriman langsung global, tiga negara Asia Tenggara termasuk Indonesia, Filipina dan Vietnam merupakan antara 10 negara teratas di seluruh dunia yang mencapai muat turun aplikasi penstriman langsung yang terbesar.

Ramai yang berpendapat bahawa pertumbuhan pesat pasaran pan-hiburan di MENA dan Asia Tenggara didorong oleh pertumbuhan pesat sektor digital, peningkatan infrastruktur rangkaian, penerimaan telefon pintar yang semakin meningkat, kumpulan pengguna yang semakin berkembang dan kesediaan untuk membayar yang lebih tinggi antara wilayah-wilayah.

Berdepan dengan peluang baharu dalam bidang pan-hiburan, Nimo TV telah menerima trend pasaran dengan menyesuaikan tumpuan perniagaannya. Lihat pasaran Vietnam yang penting sebagai contoh, daripada hanya membangunkan kandungan penstriman langsung permainan, operasi teras platform ini di negara berkenaan telah beralih kepada pembangunan enjin-berkembar penstriman langsung permainan dan kandungan pan-hiburan yang meningkatkan proposisi kandungan kategori-kategori penstriman langsung hiburan dan santai yang meliputi sukan, mainan berpapan, karaoke, anime dan cabaran perjalanan, dsb.

Amie Lam, ketua Nimo TV Vietnam berkata, "kami mengharapkan lebih ramai pencipta kandungan yang cemerlang menyertai keluarga Nimo TV, dengan setiap seorang memberi sumbangan kepada platform ini dengan cara mereka yang unik. Kami juga akan mengukuhkan perkongsian dengan penerbit permainan serta jenama-jenama global dan tempatan, bagi menganjurkan acara dalam talian & luar talian dari masa ke masa. Di samping itu, kami merancang untuk menaik taraf interaksi kami merentas sektor-sektor bagi menggalakkan pertukaran budaya dan pembangunan ekonomi."

Di Indonesia, Nimo TV mengundang pengacara strim langsung berbilang bakat untuk kategori-kategori pertunjukan langsung, permainan catur dan mainan berpapan. Tawaran daripada platform ini di negara berkenaan termasuk penstriman langsung luar, rangkaian sosial, Just Chatting dan bilik suara, antara lain. Di samping meningkatkan pengalaman pengguna, Nimo TV turut menyasarkan untuk menjadi jenama penstriman langsung pan-hiburan yang terkemuka di Indonesia.

Dalam pasaran MENA dengan penglibatan pengguna yang tinggi, platform ini telah menjadi tertumpu dengan kandungan berasaskan budaya Arab berbahasa Arab. Dengan memanfaatkan kandungan berbahasa Arab, Nimo TV merancang untuk mewujudkan ekosistem yang memfokuskan kepada negara-negara Teluk untuk mempromosikan budaya Arab pada platformnya.

Pada masa akan datang, Nimo TV akan meninjau selanjutnya keutamaan pengguna, menggalakkan lebih banyak aktiviti setempat bagi membawakan pengalaman yang lebih pelbagai kepada pengguna. Untuk pencipta kandungan, Nimo TV akan melancarkan lebih banyak dasar insentif dan memberi inspirasi kepada mereka untuk menyerlahkan potensi dan menyampaikan kandungan yang jauh lebih menarik. Menerusi usaha ini, Nimo TV berhasrat untuk menjadi platform penstriman langsung yang utama dengan liputan pan-hiburan dan kandungan permainan yang komprehensif.

Rujukan untuk mengetahui lebih lanjut tentang laporan Sensor Tower yang disebut di atas, sila kunjungi https://sensortower.com/zh-CN/blog/state-of-live-streaming-apps-2022-report-CN

Latar Belakang Nimo TV

Nimo TV ialah platform penstriman langsung global terkemuka dan dikendalikan oleh HUYA Inc. yang membolehkan berjuta-juta pengguna dari serata dunia menyiarkan kandungan permainan dan pan-hiburan. Nimo TV juga merupakan komuniti pemain, penstrim dan peminat yang mendorong perbualan, mempromosikan aktiviti yang interaktif dan memupuk hubungan yang sihat dan positif.

Source: HUYA Inc.
Related Stocks:
NYSE:HUYA
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Entertainment Multimedia/Online/Internet Sporting Events Sports