omniture

Pameran Kejayaan Pertukaran Imej Belia Asia Canon Image Bridge 2013 Diadakan di Beijing

Canon
2013-12-27 09:00 145

BEIJING, 27 Disember 2013 /PRNewswire/ -- Pada 24 Disember 2013 pukul 7 petang, Pameran Kejayaan Pertukaran Imej Belia Asia Canon Image Bridge 2013 yang bertemakan "Pamerkan Persahabatan Melalui Imej dan Sebarkan Kemurnian Keanak-anakan di Seluruh Asia" dirasmikan di dewan pameran The Orange, Taikoo Li Sanlitun di Beijing. Pameran ini akan diadakan sehingga 27 Disember dengan mempamerkan 133 foto dan kad pertukaran di lapan tapak pameran berbeza yang mewakili negara masing-masing. Imej yang dipamerkan membolehkan berlakunya komunikasi merentasi bahasa antara kanak-kanak yang berlainan latar belakang.

(Foto: http://www.prnasia.com/sa/2013/12/25/20131225182953187505.html )

(Foto: http://www.prnasia.com/sa/2013/12/25/20131225183113628926.html )

"Canon Image Bridge" ialah penerokaan baharu bagi tahun 2013 berikutan pameran "Image-Light of Hope" selama lima tahun. Sejak pelancarannya pada tahun 2008, projek kesejahteraan "Image-Light of Hope" telah merapatkan jurang bagi 134 sekolah di 10 negara Asia dan wilayah serta membolehkan lebih 4,200 pelajar untuk menyertai aktiviti ini dan mengumpulkan sebanyak 10,754 hasil kerja. Dalam tempoh lima tahun, seramai 1,850 sukarelawan telah menyertai projek ini. Masa yang diberikan bagi memberikan perkhidmatan sukarela ini adalah sehingga 19,800 jam yang bersamaan dengan 2,475 hari bekerja.

Kawasan pameran bagi setiap negara mempunyai tema tersendiri. Kanak-kanak berbangsa Cina memberi tumpuan terhadap sejarah dan kebudayaan tradisi; kanak-kanak Filipina melakukan interpretasi penghargaan; kanak-kanak Malaysia memperlihatkan kebersamaan yang harmoni antara kanak-kanak yang pelbagai bangsa; kanak-kanak India menunjukkan rakan sepermainan mereka yang tinggal di "Perkampungan Masin Kecil" dengan keadaan geografinya yang tertentu; kanak-kanak Negara Thai mempamerkan sambutan Hari Ibu yang berlainan; kanak-kanak Singapura memperlihatkan sukarelawan kanak-kanak; kanak-kanak Vietnam memperlihatkan keinginan yang amat terhadap kasih sayang manakala kanak-kanak Jepun pula menanamkan benih kesedaran tentang perlindungan alam sekitar ke dalam minda mereka.

Yang Liandi, sukarelawan kanak-kanak dari Burma menyertai aktiviti sukarela "Canon Image Bridge" yang dianjurkan oleh Canon (China) sebanyak dua kali pada tahun 2013. Beliau memberitahu kanak-kanak Sekolah Rendah Canon Hope di Dongjia Port, Tianjin dan Sekolah Rendah Sanlitun di Beijing tentang budaya, sejarah, dan adat resam masyarakat Burma. Ini merupakan kali pertama beliau menjejakkan kaki ke "Sekolah Rendah Harapan" China dan beliau berpendapat usaha tersebut adalah sangat bermakna apabila melanjutkan pelajaran di China.

Lu Jie, pengurus besar Jabatan Komunikasi Jenama Syarikat Canon (China) yang merupakan individu penting terhadap tanggungjawab sosial korporat Canon (China) serta pengasas dan ketua bagi projek "Canon Image Bridge", menjelaskan tentang tujuan asal projek tersebut di majlis pembukaan pameran berkenaan.

"Imej dijadikan sebagai alat bagi merapatkan jurang komunikasi dan memperlihatkan pertukaran dalam kalangan remaja dari pelbagai negara. Imej dapat mempamerkan perasaan mereka yang semurni mungkin kepada orang lain tanpa gangguan perbezaan bahasa," kata Lu Jie. "Setelah imej yang membawakan perasaan murni mereka ini disampaikan dalam kalangan remaja dari pelbagai negara, ini membolehkan remaja saling mengenali dan mengetahui kehidupan rakan sebaya mereka dari negara berbeza serta dapat merapatkan jurang yang wujud bagi manfaat masa depan mereka untuk saling memahami antara satu sama lain. Hasilnya, komunikasi sebegini, kesefahaman, kepercayaan dan persahabatan diwujudkan. Bagi Canon yang bertanggungjawab terhadap produk dan teknologi imej yang menerajui di dunia, amalan kesejahteraan menerusi imej benar-benar merupakan kelebihan kami, yang juga merupakan asas penting bagi 'Kesejahteraan Imej' Canon," tambah beliau. Yang Xiaoyu, setiausaha agung bagi Yayasan Pembangunan Belia China, sebagai saksi, telah menulis artikel dengan tema "Usaha Imej dalam Kesejahteraan", dan memberikan komentar positif berkaitan projek "Canon Image Bridge" ini.                                                                                          

Bagi mendapatkan maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi Canon (China) Co., Ltd.: www.canon.com.cn.

SUMBER: Canon

Source: Canon
Keywords: Art Education Entertainment Children-related news