omniture

Aktiviti Tanggungjawab Sosial Korporat - Eye Level Menyumbang "Booklet" Pendidikan dan Perkhidmatan Syarikat

Eye Level
2022-11-25 10:00 424

SEOUL, Korea Selatan, 25 November 2022 /PRNewswire/ -- Eye Level, penyedia perkhidmatan pendidikan tambahan bertaraf global yang utama, telah menyediakan perkhidmatan pendidikan sebagai aktiviti Tanggungjawab Sosial Korporat bermula sejak Julai 2022. Sejumlah 248 orang pelajar dari Amerikat Syarikat, Indonesia, Malaysia, Singapura dan Hong Kong SAR telah mendapat manfaat daripada program ini.

Ini adalah diantara pelajar-pelajar terpilih untuk program Tanggungjawab Sosial Korporat Eye Level
Ini adalah diantara pelajar-pelajar terpilih untuk program Tanggungjawab Sosial Korporat Eye Level

Menurut wakil Eye Level, aktiviti Tanggungjawab Sosial Korporat ini bermula dengan tujuan untuk membantu semua pelajar agar dapat membaca, menguasai operasi tambah dan tolak. Pelajar yang memerlukan pendidikan asas secara peribadi tetapi tidak mampu telah ditawarkan peluang istimewa ini. Tenaga pengajar Eye Level yang dilatih khas untuk membimbing individu akan mengenal pasti keupayaan Matematik dan Bahasa Inggeris pelajar-pelajar dan menyediakan perkhidmatan bimbingan mengikut kesesuaian setiap pelajar. Hal ini berdasarkan kepada falsafah teras organisasi ini untuk mendidik setiap kanak-kanak mengikut kadar dan tahap pembelajaran mereka.

Melalui sokongan pembelajaran yang disesuaikan ini, para pelajar telah dapat meningkatkan kemahiran Matematik dan Bahasa Inggeris mereka. Kebanyakan pelajar yang menyertai program ini mengatakan bahawa minat mereka untuk mempelajari Matematik dan Bahasa Inggeris bertambah baik.

Seorang tenaga pengajar melaporkan bahawa para pelajar sangat teruja untuk datang ke pusat pembelajaran Eye Level dan sentiasa tiba awal. Selain itu, tenaga pengajar tersebut juga melahirkan rasa terkejut dengan kepantasan pembelajaran pelajar-pelajar. Eye Level telah berjanji untuk terus menyokong aktiviti-aktiviti Tanggungjawab Sosial Korporat untuk para pelajar, khususnya di kawasan yang mempunyai pusat pembelajaran Eye Level.

Latar Belakang Eye Level

Eye Level ialah peneraju bertaraf global bagi program Matematik dan Bahasa Inggeris untuk pelajar yang berumur antara 4 dan 15 tahun. Dengan pencapaian akademik menjadi keutamaan, Eye Level percaya bahawa setiap kanak-kanak mempunyai potensi yang belum dimanfaatkan untuk mencapai kehebatan - dan Eye Level menyediakan pintu untuk menuju kejayaan.

Bergantung pada tahap setiap pelajar, mereka akan mendapat akses kepada "booklet", , lembaran kerja, alatan bahan bacaan, masalah latihan tambahan, permainan dalam talian serta bahan tambahan yang lain.

Lawati myeyelevel.com untuk mendapat akses kepada bahan-bahan pembelajaran percuma Eye Level dan mengukur keupayaan Matematik dan Bahasa Inggeris anda melalui Ujian diagnostik

Source: Eye Level
Related Stocks:
Korea:019680
Keywords: Education Children-related news Corporate Social Responsibility