omniture

Avjet Umumkan FBO di Seoul, Korea

Avjet Corporation
2013-12-29 12:28 121

-- Avjet Corporation, penyedia sedunia bagi perkhidmatan jet peribadi kabin besar, mengumumkan Avjet Asia dan Korea Airport Corporation (KAC) akan membuka operasi bertapak tetap (FBO) di Seoul, Korea. KAC turut mengumumkan Avjet Asia mempunyai kontrak berbilang tahun bagi mengendalikan FBO.

SEOUL, Korea Selatan, 29 Disember 2013 /PRNewswire/ -- Avjet Corporation, penyedia sedunia bagi perkhidmatan jet peribadi kabin besar, mengumumkan Avjet Asia dan Korea Airport Corporation (KAC) akan membuka operasi bertapak tetap (FBO) di Seoul, Korea. KAC turut mengumumkan Avjet Asia mempunyai kontrak berbilang tahun bagi mengendalikan FBO.

(Foto:  http://photos.prnewswire.com/prnh/20131227/LA38708)

Avjet Asia merupakan salah satu daripada syarikat penerbangan swasta pertama yang mengiktiraf kepentingan menjalin kerjasama penerbangan di Korea – pusat bagi Samsung, LG, Hyundai, SK Group dan pelbagai lagi syarikat multinasional lain – serta pasaran Asia lain.

Memandangkan setiap negara mempunyai dinamik pasaran yang tersendiri, budaya pelancongan perniagaan dan keperluan peraturan, Avjet Asia bergantung terhadap bimbingan daripada KAC dan penerajunya, Presiden Kim ketika pembangunan perancangan bagi FBO baharu ini.

"Wawasan, kepimpinan dan visi yang dimiliki oleh Presiden Kim terhadap pertumbuhan pasaran penerbangan korporat Korea membuatkan Avjet Asia berbangga menjadi rakan kongsi dalam proses pembangunan ini," ujar Pengerusi Avjet, Marc Foulkrod.

Selama lima tahun yang lalu, rantau Asia Pasifik telah menunjukkan kekuatan pertumbuhan digit berganda dalam sektor penerbangan. China dan negara di sekelilingnya mengalami pertumbuhan perniagaan yang kukuh dan infrastruktur penerbangan yang benar-benar maju merupakan pemacu utama bagi pertumbuhan ini. Walau bagaimanapun, penerbangan perniagaan di kebanyakan kawasan di Asia masih belum membangun.

"Dengan kerjasama antara Korea Airport Corporation dan Avjet Asia, jurang yang wujud dalam pembangunan perkhidmatan penerbangan sedang dititikberatkan sebagai batu loncatan untuk mempercepat pertumbuhan pada masa hadapan," kata Foulkrod. FBO Seoul dijadualkan siap pada Februari 2014 dan bakal memulakan operasinya pada Oktober 2015.

Avet Asia:
Syarikat Perkhidmatan Pengendalian Darat dan Operasi Bertapak Tetap Avjet Asia mempunyai pejabat utama di Lapangan Terbang Antarabangsa Gimpo (RKSS) dan pejabat keduanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon (RKSI), kedua-duanya terletak di Seoul, Korea Selatan. Lokasi sesuai ini memberikan kedudukan strategik kepada Avjet Asia bagi menyediakan rangkaian lengkap bagi perkhidmatan pengendalian darat kapal terbang kepada mana-mana lapangan terbang di Korea Selatan termasuk permit Mendarat dan Lintas Udara serta hentian penerbangan Tech dan Kargo. Avjet Asia turut mengendalikan kesemua keperluan penumpang dan kru termasuk perkhidmatan pengiring pelepasan Kastam dan Imigresen, semua keperluan hotel dan katering, pengangkutan dan banyak lagi. Bagi mendapatkan maklumat lanjut, sila layari http://www.avjet.com/avjet-worldwide/asia/.

 

Source: Avjet Corporation
Related Links:
Keywords: Air Freight Airlines/Aviation Transportation Travel Contracts