omniture

Crystal Lagoons Tiba di India dengan Membawakan 100 Projek Public Access Lagoons™ dan Projek Hartanah

Crystal Lagoons
2022-11-28 10:00 266

***Syarikat multinasional inovatif memasuki negara kedua paling ramai penduduk di dunia dengan akses awam dan pembangunan kediaman 

***Bandar-bandar termasuk New Delhi, Mumbai, Bangalore, Kolkata, Goa, Hosur, Chennai, Hyderabad dan Ahmedabad akan dapat menikmati keindahan kawasan tropika. 

MIAMI, 28 November 2022 /PRNewswire/ -- Crystal Lagoons telah memecahkan rekodnya sendiri, kali ini dengan menandatangani kontrak terbesarnya untuk membawa kehidupan pantai yang indah ke negara kedua paling ramai penduduk di dunia, iaitu India. Kontrak ini merangkumi 100 buah Projek Public Access Lagoons™, yang juga dikenali sebagai pembangunan PAL™ dan projek hartanah untuk tempoh maksimum selama 20 tahun.

With PAL™ projects inhabitants of coastal and inland cities will enjoy the idyllic beach life.
With PAL™ projects inhabitants of coastal and inland cities will enjoy the idyllic beach life.

Perjanjian ini meliputi 26 daripada 28 buah negeri di India dan telah ditandatangani dengan Champions Group, salah sebuah konglomerat terkemuka di India dan Asia yang mempunyai minat perniagaan dalam industri hartanah, infrastruktur, hospitaliti, automotif, kewangan, produk perubatan, teknologi, media, fesyen dan gaya hidup. Hema Malini Nidamanuri, Ketua Pegawai Eksekutif Champions Group, telah dinobatkan sebagai salah seorang daripada "50 Ketua Pegawai Eksekutif Terbaik" oleh CEO Magazine.

Melalui kerjasamanya dengan Crystal Lagoons, Champions Group berusaha untuk menubuhkan portfolio hartanah baharu dengan projek yang direka untuk segmen berpendapatan tinggi yang melibatkan pembayaran yuran keahlian, sesuatu yang serupa seperti kelab desa tradisional. Projek ini kemudiannya akan dibangunkan untuk meliputi segmen pasaran lain.

Kompleks ini akan memberikan sumber hiburan di sebuah negara yang budayanya menghargai aktiviti air di bandar-bandar. Malah, lebih 80% penduduk India adalah beragama Hindu, sebuah agama yang menganggap air sebagai elemen penting dalam kehidupan.

Dengan adanya projek-projek ini, penduduk bandar tepi pantai dan pedalaman termasuk New Delhi, Mumbai, Bangalore, Calcutta, Goa, Hosur, Chennai dan Hyderabad akan berpeluang untuk menikmati keindahan kawasan tropika di depan rumah mereka pada harga sekeping tiket masuk.

Pembangunan ini akan bermula di bahagian selatan negara ini yang menarik kebanyakan pelancong dan mempunyai iklim tropika. Ia akan memanfaatkan aspek teknologi Crystal Lagoons® yang lestari yang dapat menggunakan sebarang jenis air, menggunakan 30 kali lebih sedikit air berbanding sebuah padang golf dan hanya menggunakan separuh air berbanding sebuah taman dengan saiz yang sama.

Projek-projek ini merangkumi ruang untuk hotel, kawasan untuk berbilang keluarga, kedai, restoran, aktiviti rekreasi dan hiburan serta infrastruktur komersial dan riadah di sekitar perairan yang jernih seperti kristal. Pembangunan PAL™ ini akan dibuka sepanjang tahun dan dijangka akan mengalu-alukan lebih 500,000 pengunjung setiap tahun, namun sentiasa berwaspada untuk tidak menyesakkan pantai, mengekalkan ruang sekurang-kurangnya 3 hingga 4 meter persegi bagi setiap orang.

"Perjanjian untuk membangunkan 100 buah projek PAL™ dan hartanah ini menjadi bukti bahawa konsep lagun air berwarna firus kami sememangnya berfungsi, terutamanya untuk model akses awam. Ia turut menunjukkan mengapa projek PAL™ membentuk 800 daripada 1,015 buah pusat peranginan Crystal Lagoons kami di seluruh dunia pada peringkat pembangunan yang berbeza," kata Alastair Sinclair, Pengarah Serantau Crystal Lagoons.

"Pembangunan PAL™ menyediakan cara yang selamat dan inklusif untuk menikmati aktiviti air dan mengubah kehidupan orang ramai di bandar. Sama seperti apa yang berlaku pada 200 tahun yang lalu, apabila taman bandar pertama dicipta bermakna orang awam tidak perlu lagi mengembara ke hutan di pinggir bandar untuk menikmati alam semula jadi. Hari ini, setiap bandar di dunia mempunyai taman dan kawasan hijau. Fenomena yang sama berlaku di kompleks akses awam yang menyepadukan konsep lautan dan pantai ke dalam reka bentuk bandar," kata Sinclair.

Hubungan: press@crystal-lagoons.com

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1954631/India.jpg?p=medium600

Source: Crystal Lagoons
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Construction/Building Leisure/Travel/Hotels Real Estate Travel Contracts New products/services