omniture

Stream TV Bakal Memperkenalkan 4KTV Sedia Guna dengan 3D Tanpa Kaca Mata di CES 2014

Stream TV Networks, Inc.
2013-12-31 09:59 171

PHILADELPHIA, 31 Disember 2013 /PRNewswire/ -- Stream TV Networks teruja untuk memperkenalkan 4KTV sedia guna mereka yang didatangkan khusus dengan teknologi 3D boleh suai tanpa kaca mata Ultra-D™ mereka sewaktu WCES 2014. Daripada pelbagai saiz yang bakal dipasarkan oleh rakan kongsi jenama syarikat itu pada tahun 2014, model 50 inci dan 55 inci yang akan dipamerkan.

(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20131230/NY38818)

Sebahagian daripada TV itu akan didatangkan dengan seeCube-4K™, sejenis peranti luaran yang menukarkan pelbagai kandungan – sumber stereoskopik 2D atau 3D – menjadi 3D 2160p tanpa kaca mata dalam masa sebenar. Stream TV telah berjaya membenamkan teknologi penukaran masa sebenar ini ke dalam pemproses Qualcomm 8074 baharu, dan versi kedua TV itu akan mempunyai teknologi penukaran itu sedia dibina ke dalam cip, lalu mengurangkan kos secara signifikan. Teknologi Ultra-D menggunakan algoritma kompleks untuk menukarkan kandungan 1080p/2 juta piksel menjadi pengalaman menonton 4K/8 juta piksel. Pengguna boleh menyambungkan perkhidmatan satelit atau kabel mereka, VOD, pemain Blu-ray, Xbox atau PlayStation, serta menonton kandungan Internet daripada Netflix, Hulu, YouTube, Baidu TV, PPStv, iQYi tv, Totou TV dan laman video lain dengan mudah.

Pemproses 8074 Qualcomm yang terkini mempunyai CPU Krait 400 dalam konfigurasi empat teras, dengan kepantasan sehingga 2.3 GHz untuk setiap teras bagi prestasi per watt yang terunggul dalam kategorinya, agar prestasi pemproses boleh menampung permintaan pemprosesan yang lebih banyak. GPU Adreno 330 baharu pula memberikan lebih dua kali prestasi untuk aplikasi perhitungan berbanding GPU Adreno 320 semasa, dengan merakam mainan semula dan paparan dalam video 2160p.

"Ultra-D memperkenalkan pengalaman menonton 3D tanpa kaca mata yang tidak pernah dilihat sebelum ini," kata Mathu Rajan, Ketua Pegawai Eksekutif Stream TV Networks. "Terdapat kekurangan kandungan 4K di luar sana, tetapi dengan menjana jutaan piksel baharu dengan maklumat yang lebih mendalam, kami betul-betul memanfaatkan sepenuhnya apa yang mampu ditawarkan oleh skrin 4K."

Ultra-D akan dipamerkan di WCES 2014 mulai 7 hingga 10 Januari di Pusat Konvensyen Las Vegas, Dewan Utama, Tapak Pameran 14032, dan sewaktu sidang akhbar pada 8 Januari, 2 petang di Hotel Venetian, Dewan Besar Marcello 4503.

Alami masa hadapan 3D hari ini, bukan bertahun-tahun lagi. Bagi menetapkan masa untuk demonstrasi Ultra-D, hubungi press@ultra-d.com. Maklumat tambahan, imej sampingan dan temu bual dengan Ketua Pegawai Eksekutif Mathu Rajan serta eksekutif Stream TV lain akan disediakan mengikut permintaan.

LATAR BELAKANG STREAM TV NETWORKS, INC:
Stream TV Networks, Inc. ialah syarikat media baharu yang berpusat di Philadelphia dan ditubuhkan pada tahun 2009 bagi menawarkan pengalaman hiburan serta komunikasi yang dipertingkatkan melalui peranti berkualiti tinggi dengan kebolehcapaian tanpa had.

Source: Stream TV Networks, Inc.
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Entertainment Television New products/services Trade show news