omniture

Infinitus Promosikan Kehidupan yang Sihat dalam Empat Pasaran Selat Menerusi Sistem Penyelidikan dan Pembangunan Tersendiri

Infinitus
2013-12-31 16:31 96

HONG KONG, 31 Disember 2013 /PRNewswire/ -- Pada 9 Disember lalu, Seminar Akademik bagi Pusat Penyelidikan Perubatan Cina Tradisional Hong Kong (HKTCMRC) & Lembaga Penasihat Saintifik Infinitus 2013 telah diadakan di Infinitus, Guangzhou. Ketua Penyelidik HKTCMRC, Prof. Robert Ko dan pasukan penyelidikan beliau daripada Universiti Sains & Teknologi Hong Kong (HKUST), Dr. Yong Kian Fui, penyelidik daripada Kementerian Kesihatan Malaysia dan juga Prof. Ching-Chiung Wang daripada Universiti Perubatan Taipei telah membentangkan program penyelidikan mereka.

Dengan "Infinitus" sebagai jenama utama, LKK Health Products Group (LKKHPG) merupakan ahli bagi Lee Kum Kee Group. Bagi menegakkan misi "menyokong regimen kesihatan Cina premium dan menggalakkan gaya hidup sihat menerusi keseimbangan, kemewahan serta keharmonian," LKKHPG dikhususkan untuk menyediakan produk kesihatan herba Cina berkualiti tinggi kepada para pengguna dalam empat pasaran: tanah besar China, Hong Kong, Taiwan dan Malaysia.

Pada hari berkenaan, Prof. Ko telah mengkaji semula kursus pembangunan HKTCMRC. Sebagai makmal bersama yang pertama bagi institusi pengajian tinggi dan syarikat di Hong Kong, HKTCMRC telah ditubuhkan oleh HKUST dan LKKHPG pada tahun 1996 dengan memberi tumpuan terhadap tiga bidang utama: antioksida dan antipenuaan, asas farmakologi bagi herba yang memberi ton Cina Yin dan Yang serta bukti saintifik bagi produk kesihatan herba.

(Foto: http://www.prnasia.com/sa/2013/12/30/20131230164434440514.html )

Dr. Yong Kian Fui mempunyai lebih 20 tahun pengalaman dalam bidang perubatan Cina. Beliau telah menyampaikan pembentangan yang terperinci tentang simptom haba lembap berserta foto dengan ilustrasi dan preskripsi herba Cina. Beliau berkata, "Cuaca di Malaysia adalah panas dan lembap, maka rakyat Malaysia sering terganggu dengan kepanasan lembap ini. Bagi mengetahui dengan lebih lanjut tentang masalah ini, kajian yang berkaitan telah dijalankan."

Prof. Ching-Chiung Wang telah menjelaskan dengan lebih terperinci tentang uji kaji beliau yang dijalankan terhadap produk pilihan Infinitus. Beliau mengulas, "Bagi menjamin ketepatan, kami juga meminta Universiti Perubatan Cina Guangzhou untuk menjalankan uji kaji yang sama. Keputusan yang didapati adalah hampir serupa walaupun terdapat perbezaan yang kecil dalam statistik." Beliau turut menekankan syarikat perlu mematuhi undang-undang dan peraturan yang berkaitan serta memastikan kualiti produk dalam kesemua proses yang terlibat.

En. Harry Yeung, Timbalan Presiden Kanan LKKHPG dan jurucakap Infinitus berkata, "Infinitus sentiasa menjalinkan kerjasama dengan institut penyelidikan dan pembangunan terkemuka dan para pakar bagi menubuhkan sistem penyelidikan dan pembangunan yang tersendiri. Menerusi kerjasama ini, kami dapat mempertingkatkan pengetahuan dan kapasiti keseluruhan bagi penyelidikan dan pembangunan serta menghasilkan lebih banyak produk berkualiti tinggi bagi membantu lebih ramai pengguna dalam empat pasaran tersebut ke arah kehidupan yang sihat."

SUMBER: Infinitus

Source: Infinitus
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Trade show news