omniture

Dubai Memukau Dunia Dengan Pertunjukan Bunga Api Mempesonakan di Burj Khalifa Menandakan Permulaan Tahun Baharu

Emaar Properties
2014-01-02 18:01 180

DUBAI, UAE, 2 Januari 2014 /PRNewswire/ --

Pertunjukan bunga api ikonik pada Malam Tahun Baharu oleh Emaar Properties, pemaju hartanah peringkat global di Burj Khalifa yang merupakan bangunan tertinggi di dunia dan Downtown Dubai, telah mempesona dunia dan menumpukan perhatian antarabangsa terhadap Dubai, di samping sambutan dan pertunjukan bunga api terbesar yang berlangsung di bandar berhampiran dengan The Palm Jumeirah, The World Islands dan Burj Al Arab. 

 (Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20131231/662598 )

Bagi jutaan pengunjung yang terdiri daripada penduduk tempatan dan pelancong yang memeriahkan sambutan di Downtown Dubai, pertunjukan bunga api Burj Khalifa ialah paparan sebenar yang menunjukkan kreativiti artistik. Sepuluh rangkaian bunga api yang mengagumkan dengan urutan berbeza di Burj Khalifa menyaksikan kiraan detik muzikal bagi Tahun Baharu.

Setiap pertunjukan itu memaparkan kisah kepada dunia tentang kejayaan UAE yang memberikan inspirasi, sifat positif dan cita-cita Dubai serta naratif reka bentuk Burj Khalifa yang dikoreografikan menurut melodi menawan muzik orkestra simfoni Downtown Dubai, 'The Centre of Now.'

Abdulla Lahej, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Emaar Properties berkata: "Sambutan di Dubai kini menjadi penanda aras sebenar bagi pesta Malam Tahun Baharu di seluruh dunia. Acara yang berwarna-warni, dirancang dengan penuh teliti dan dihasilkan dengan kreativiti tersendiri telah memaparkan visi Duli Yang Maha Mulia Sheikh Mohammed Bin Rashid Al Maktoum, Timbalan Presiden UAE dan Perdana Menteri serta Pemerintah Dubai, bagi memastikan suasana yang positif, berinspirasi dan menunjukkan pertumbuhan yang tinggi di bandar tersebut untuk semua individu di seluruh dunia."

Bermula dengan kiraan detik dramatik menerusi paparan kesan sehingga ke puncak Burj Khalifa setinggi 828 meter, pertunjukan bunga api bermula dengan urutan hebat termasuk tanda sanjungan berwarna-warni kepada bangsa dengan warna Bendera Kebangsaan UAE. Mutiara perak memeriahkan suasana yang tiada tandingan dengan sambutan berkilauan sebagai tanda meraikan kejayaan Dubai terutamanya atas kemenangannya menjadi hos Ekspo Dunia 2020. Satu lagi pertunjukan yang memukau ialah penghormatan untuk Burj Khalifa dengan bunga api yang berubah bentuk menjadi kelopak seolah-olah membaluti menara tersebut seakan-akan bunga padang pasir Hymenocallis, yang merupakan inspirasi bagi rekaan bangunan tersebut.

Dalam acara kemuncak majlis tersebut, bunga api menerangi setiap arah dengan penuh kemeriahan, berserta kekisi emas yang terbentuk di langit. Kesan pelangi pula memenuhi seluruh kawasan Downtown Dubai sebagai menandakan bermulanya tahun 2014.

Bagi maklumat lanjut, sila hubungi:

Kelly Home
ASDA'A Burson-Marsteller; +9714-4507-600
kelly.home@bm.com

Sumber: Emaar Properties

Source: Emaar Properties
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Travel