omniture

AACSB International Mengumumkan Persaraan Naib Presiden Eksekutif merangkap Ketua Pegawai Bahagian Eropah, Timur Tengah dan Afrika

AACSB International
2022-11-28 22:00 638

TAMPA, Florida, 28 November 2022 /PRNewswire/ -- AACSB International (AACSB) hari ini mengumumkan bahawa Tim Mescon, Naib Presiden Eksekutif merangkap Ketua Pegawai Bahagian Eropah, Timur Tengah dan Afrika akan bersara pada 31 Disember 2022. Mescon telah menjadi sebahagian daripada AACSB sejak bulan Januari 2015, apabila beliau membantu menubuhkan dan membuka pejabat AACSB bagi rantau EMEA di Amsterdam, Belanda.

Tim Mescon
Tim Mescon

"Ia merupakan suatu penghormatan untuk menyokong misi dan visi AACSB di rantau EMEA—dan di seluruh dunia—serta memberikan perkhidmatan kepada ahli komuniti pendidikan perniagaan kami," kata Mescon. "Saya benar-benar percaya bahawa pendidikan perniagaan akan memberi kesan positif kepada masyarakat. Saya tidak sabar untuk melihat pertumbuhan dan impak berterusan AACSB ke seluruh dunia."

Sepanjang lapan tahun yang lalu, Mescon memperluas kebolehlihatan dan impak AACSB di rantau EMEA yang menyaksikan beliau bersungguh-sungguh mempromosikan nilai pendidikan perniagaan dan akreditasi AACSB melalui kepimpinan pemikir, wawancara bersama jurucakap dan peranan penasihat. Di bawah kepemimpinan beliau di rantau tersebut, bilangan sekolah yang diiktiraf oleh AACSB telah meningkat dua kali ganda kepada 189; keahlian telah meningkat hampir 60 peratus kepada 542; dan tawaran pembelajaran dan pembangunan telah meningkat daripada enam kepada hampir 40 acara setiap tahun.

Pada tahun 2016, Mescon melancarkan Rangkaian Peningkatan Global untuk membantu dan membimbing sekolah perniagaan di Afrika sambil mereka berusaha untuk melahirkan pemimpin tempatan bagi negara-negara baru membangun. Mescon, bersama rakan-rakan beliau di rantau EMEA, berkhidmat sebagai penghubung kepada kerajaan untuk mewujudkan perjanjian kerjasama dengan Pertubuhan Akreditasi Belanda dan Flanders, Suruhanjaya Akreditasi Akademik Emiriyah Arab Bersatu, Majlis Pengajian Tinggi Turki dan Persatuan Universiti Arab serta organisasi yang lain. Semasa tempoh perkhidmatannya, Mescon mengeluarkan buku kelima beliau, sebuah karya yang disunting bersama yang bertajuk Technologies, Artificial Intelligence and the Future of Learning Post-COVID-19: The Crucial Role of International Accreditation. Mescon telah dilantik sebagai felo Persatuan Bertauliah Sekolah Perniagaan di U.K.

"Saya berkesempatan untuk mengenali dan bekerja dengan Tim selama bertahun-tahun sebelum kami bekerja bersama-sama di AACSB," kata Caryn Beck-Dudley, Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif AACSB. "Sepanjang tempoh tersebut, saya telah melihat beliau mendedikasikan hidupnya untuk menjadikan pendidikan perniagaan sebagai satu usaha ke arah kebaikan, bukan sahaja melalui peranan akademik dan penasihat beliau, tetapi melalui kepemimpinan dan komitmen beliau terhadap AACSB. Usaha beliau dalam menjangkaui sekolah, perniagaan dan kerajaan telah membantu membentuk masa depan pendidikan perniagaan di rantau EMEA."

Ron Tuninga baru-baru ini telah dilantik sebagai Naib Presiden merangkap Pengarah Urusan AACSB di EMEA dan mula bertugas pada 15 November. Sebagai seorang pemimpin inovatif dengan pengalaman di peringkat global dalam sektor pendidikan tinggi awam dan swasta, Tuninga akan meneruskan usaha yang telah dimulakan oleh Mescon di rantau ini.

Tentang AACSB International 

Ditubuhkan pada tahun 1916, AACSB International (AACSB) ialah sebuah pakatan pendidikan perniagaan yang terbesar di dunia, menghubungkan pendidik, pelajar dan perniagaan untuk mewujudkan generasi pemimpin akan datang yang hebat. Dengan kehadiran di lebih 100 buah negara dan wilayah, AACSB memupuk penglibatan, mempercepatkan inovasi dan meluaskan kesan dalam pendidikan perniagaan. Ketahui cara AACSB mengubah pendidikan perniagaan demi masyarakat yang lebih baik di aacsb.edu.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1951576/AACSB_International_Tim_Mescon.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/492010/AACSB_Logo.jpg?p=medium600 

Source: AACSB International
Keywords: Banking/Financial Service Workforce Management/Human Resources Personnel announcements