omniture

Elektrik Kehidupan: Pelancaran jenama GWM Brazil & Penampilan Perdana Dunia HAVAL H6 PHEV 4WD

GWM
2022-11-29 03:17 506

BAODING, China, 29 November 2022 /PRNewswire/ -- Tanggal 23 November di Museum of Tomorrow, Rio, GWM melancarkan jenamanya dan penampilan perdana dunia bagi HAVAL H6 PHEV 4WD. GWM Brazil akan menawarkan penyelesaian yang lebih bersih dan lebih pintar, sebagai pelopor NEV dalam pasaran Amerika Latin yang berkembang pantas.

Elektrik Kehidupan: Pelancaran jenama GWM Brazil & Penampilan Perdana Dunia HAVAL H6 PHEV 4WD
Elektrik Kehidupan: Pelancaran jenama GWM Brazil & Penampilan Perdana Dunia HAVAL H6 PHEV 4WD

Diberi tema "Tomorrow is ON", GWM memperkenalkan wawasan jenamanya, teknologi elektrik pintar serta rancangan perniagaan kepada beratus-ratus pengamal media dan pelabur di acara berkenaan.

HAVAL H6 PHEV 4WD pertama global daripada GWM dikeluarkan daripada kilang Iracemápolis, yang menyiapkan penaiktarafan teknologinya awal tahun ini daripada Daimler Group. HAVAL H6 PHEV 4WD turut menggunakan Logo HAVAL diperbaharui, lantas menunjukkan teknologi EV dan imej terkininya. Model ini direka khas dan ditala oleh pasukan penyelidikan dan pembangunan (R&D) GWM mengikut keadaan jalan raya kawasan setempat, tabiat perjalanan pengguna dan rangkaian pengecasan moden. Model ini mempunyai jarak panjang 170km yang menerajui kelasnya, tork 762N.m maksimum dan kuasa 289kW maksimum, hasil daripada teknologi DHT yang dibangunkan sendiri oleh GWM di bawah platform L.E.M.O.N. (akronim untuk Pengelektrikan Ringan (Lightweight Electrification), Berbilang-tujuan (Multi-purpose), Omni-perlindungan (Omni-protection) dan Perangkaian (Networking)).

"Jarak HAVAL H6 PHEV yang panjang adalah amat hebat, yang tidak memerlukan pengecasan dengan kerap. Semasa pandu uji, model ini dapat memecut dengan pantas menerusi kuasa yang kuat. Ia juga mempunyai operasi jarak jauh dan arahan suara berasaskan Aplikasi. Pengalaman ini berciri inovatif dan sangat bagus," kata seorang wartawan daripada media tempatan selepas pandu uji.

HAVAL H6 PHEV 4WD dijangka mula dihantar ke Brazil dalam suku pertama tahun hadapan, dengan lebih banyak modul berelektrik menyusul. Brazil akan menjadi mercu tanda dan hab serantau untuk GWM, meluaskan lagi jaringan kenderaan tenaga baharunya dalam pasaran-pasaran Amerika Latin yang lain.

Pada awal tahun ini, GWM mengambil alih secara rasmi kilang Iracemápolis Daimler terdahulu dan mengumumkan bahawa ia akan melaksanakan transformasi pintar dan digital kepada kilang tersebut. Dalam bulan Julai tahun ini, apabila Naib Presiden Brazil Hamilton Mourão melawat kilang tersebut, beliau mengiktiraf teknologi terkemuka GWM dalam bidang kecerdasan dan juga tenaga baharu.

"GWM akan menawarkan kenderaan tenaga baharu kepada pengguna dengan produk yang inovatif dan teknologi baharu, membawakan kepada mereka dengan pengalaman mobiliti yang bersih dan juga pintar," kata Yang Weiqi, Presiden GWM Brazil, di sidang pelancaran jenama ini.

Latar Belakang GWM

Great Wall Motor Co. Ltd. (selanjutnya dirujuk sebagai "GWM"), ditubuhkan pada tahun 1984, ialah sebuah perusahaan pembuatan automobil berbilang jenama yang bertaraf antarabangsa. GWM menubuhkan pusat-pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta pusat-pusat inovasi teknologi di China, Amerika Syarikat, Kanada, Jerman, Austria, Jepun, Korea Selatan, India serta negara-negara dan wilayah-wilayah lain. Ia memiliki 1,301 paten yang diluluskan dan 914 paten berlesen dalam bidang NEV. Susulan pelancaran strategi 2025 olehnya, GWM akan terus membina ekologi perindustrian "hutan" yang saling menguntungkan bersama rakan-rakan kongsi huluan dan hiliran rantaian perindustrian dan untuk melabur dalam R&D bagi mencipta produk yang lebih mesra alam, lebih pintar dan lebih selamat untuk pengguna global.

 

Source: GWM
Related Stocks:
HongKong:2333 OTC:GWLLY Shanghai:601633
Keywords: Auto Banking/Financial Service Internet Technology Publishing/Information Service Retail Telecommunications Transportation New products/services