omniture

Acara Mempromosikan Pemandangan Musim Sejuk Indah di Lushan Mountain Selatan China Berlangsung di Tiga Bandar

Lushan Tourism Co., Ltd.
2014-01-03 01:06 325

-- Acara yang diadakan di Fuzhou, Wuhan dan Nanjing

LUSHAN, China, 3 Januari 2014 /PRNewswire/ -- Lushan Mountain bukan sahaja tempat peranginan yang sesuai untuk menyejukkan diri pada musim panas, tetapi juga sebagai destinasi musim sejuk yang menakjubkan dan membolehkan sesiapa sahaja menikmati keindahan landskap yang dilitupi salji. Pada musim sejuk, kawasan yang indah itu menggabungkan rupa kasar pemandangan di bahagian utara bersama keindahan pemandangan di bahagian selatan yang diselimuti ais, salji, fros dan kristal ais. Bahagian yang paling mempesonakan ketika berkunjung ke kawasan ini ialah tumbuh-tumbuhan dan pokok yang dilitupi ais nipis yang memberikan rupa "dunia kaca" Lushan Mountain. Rupa muzium kaca ini menjamin reputasi kawasan ini sebagai tempat terbaik bagi menikmati keindahan salji di latitud selatan bahagian Hemisfera Utara.

Bagi membangunkan Lushan Mountain sebagai destinasi pelancongan musim sejuk asli dengan mempromosikan reputasi yang kian berkembang bagi landskap kawasan berais dan salji sebagai pemandangan musim sejuk paling indah di bahagian selatan China serta menarik lebih ramai pelancong ke kawasan yang indah ini pada musim sejuk, Pentadbiran Kawasan Pemandangan Indah Lushan Mountain dan Lushan Tourism Development Co., Ltd wilayah Jiangxi telah menganjurkan secara bersama acara promosi di Fuzhou, Wuhan dan Nanjing pada 5, 9 dan 12 Disember. Dua destinasi pelancongan terdekat iaitu tapak tanur purba Wuyuan dan Jingdezhen serta Longwan Hotspring Resort turut serta mengadakan aktiviti promosi pada acara tersebut. Bagi setiap acara, jabatan pemasaran Lushan Mountain telah memperkenalkan pakej pelancongan yang memberi tumpuan terhadap ciri tempatan kawasan tersebut yang tersendiri serta harga utama untuk para hadirin acara. Barang niaga keluaran tempatan yang memaparkan ciri-ciri tersendiri Lushan Mountain telah diedarkan kepada para hadirin semasa sesi soal jawab selepas majlis pembentangan.

Hampir 700 eksekutif industri daripada lebih 280 agensi pelancongan telah menyertai acara tersebut. Agensi pelancongan tempatan di tiga bandar itu telah menjadi benar-benar berpengetahuan tentang faktor pelaris Lushan Mountain dan bagi menjelaskan dengan lebih terperinci tentang keindahan kawasan tersebut pada musim sejuk menerusi promosi serta bersedia menawarkan lebih banyak lagi pakej pelancongan bagi menyaksikan keindahan kawasan tersebut pada musim sejuk.

Perhubungan media:

Yan Jingwei
+86-150-7928-8180
502748342@qq.com

Source: Lushan Tourism Co., Ltd.
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Hotels and Resorts Leisure/Travel/Hotels Travel New products/services