omniture

Trends Media Group Mengeluarkan Kertas Putih Indeks Arah Aliran China 2013

Trends Media Group
2014-01-03 09:14 159

-- Mendedahkan Model Penyelidikan "Lima Kuasa" dan Penemuan Penting dalam Industri Fesyen Cina --

BEIJING, 3 Januari 2014 /PRNewswire/ -- Penerbit fesyen dan gaya hidup yang menerajui di China, Trends Media Group mengadakan sidang akhbar bagi mengeluarkan Kertas Putih Indeks Arah Aliran China (CTI) 2013, yang membentangkan penemuan penting bidang fesyen dan mengumumkan Pemeringkatan CTI 2013 bagi Jenama Paling Menarik, Jenama Mewah Paling Diingini, Jenama Pereka Cina Paling Diingini, Pereka Cina Terbaik, Pereka Cina Muda Terbaik dan Bandar Paling Bergaya di China.

(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140102/CN38107 )

Kertas Putih itu menunjukkan industri media fesyen kini sedang mengalu-alukan ketibaan era baharu, ketika penerbitan bukan sahaja perlu menyediakan kandungan tetapi juga saluran penggunaan. Budaya dan nilai jenama diketengahkan. Peruncit tradisional masih memainkan peranan yang menerajui sementara amalan membeli-belah dalam talian sedang rancak mengambil tempat.

Lebih 200 tetamu telah dijemput, termasuk wakil daripada jenama mewah, fesyen dan gaya hidup, pereka Cina terkenal, pegawai kerajaan dan pihak media.

Latar Belakang Indeks Arah Aliran China

CTI menyasarkan untuk menyediakan sokongan maklumat dan panduan profesional untuk syarikat serta pereka fesyen di China.

  • Pada tahun 2006, CTI menggariskan ciri-ciri pasaran penggunaan fesyen China.
  • Pada tahun 2011, pemeringkatan bandar paling bergaya China telah dikeluarkan.
  • 2012 CTI menyenaraikan jenama mewah terkenal di 20 bandar China, pemeringkatan pakaian, barang kemas, jam tangan, kereta dan kosmetik paling popular di China dan 10 jenama pereka Cina yang paling menarik.
  • 2013 CTI memberi tumpuan terhadap lima kuasa penggerak industri fesyen China: media, jenama, peruncitan, pereka dan bandar.

Latar Belakang Trends Media Group

Trends Media Group menerbitkan 17 majalah termasuklah "Cosmopolitan", "Esquire", "Harper's Bazaar", "Bazaar Men's Style", "Bazaar Jewelry", "National Geographic", "FHM", "Car", "Robb Report", "Trends Health", dan majalah tersuai khusus lain seperti "Audi" dengan pengendalian dalam bidang penyuntingan, pengiklanan, percetakan, pengedaran, penerbitan digital, dan media baharu. Ia telah menjadi konglomerat media dengan kemampuan silang media, beribu pejabat di Beijing, dengan cawangan di Shanghai dan Guangzhou.

Dengan mengikut prinsip "Berfikir secara Global, Bertindak di Tempat Sendiri", Trends telah bekerjasama dengan kumpulan media terkenal dunia melalui kerjasama hak cipta dan usaha sama, dan terus menjadi peneraju dalam kategori fesyen dan gaya hidup serta pencipta kehidupan berkualiti tinggi. Selama bertahun-tahun, jenama "Trends" telah diperingkatkan oleh makmal jenama global sebagai salah satu daripada 500 jenama paling bernilai di China.

Hubungi:

Jabatan Pembangunan Perniagaan & Strategi, Trends Group
Serena Wang
Telefon: +86-10-6589-5312
E-mel: serenawang@trends.com.cn

Source: Trends Media Group
Keywords: Fashion Publishing/Information Service Retail New products/services Survey, Polls & Research