omniture

TargEDys dan SymbioPharm menjalin perkongsian eksklusif untuk melancarkan SymbioLife® Satylia® di Jerman

TargEDys
2022-11-29 18:15 252

PARIS, 29 November 2022 /PRNewswire/ -- TargEDys dan SymbioPharm menandatangani perjanjian eksklusif dalam pemasaran dan pengedaran sempena pelancaran SymbioLife® Satylia® di Jerman. Pemakanan tambahan baharu yang berasaskan probiotik generasi akan datang, iaitu Hafnia alvei HA4597 ini akan mula dipasarkan pada Januari 2023.

SymbioLife® Satylia® ialah probiotik tepat dengan mekanisme yang bercirikan tindakan pada tahap molekul: produk ini meningkatkan rasa kenyang kerana mempunyai protein ClpB yang dihasilkan oleh Hafnia alvei HA4597. ClpB secara semula jadi meniru hormon alfa-MSH manusia yang menimbulkan rasa kenyang. Peningkatan rasa kenyang ini membantu mengurangkan berat badan, seperti yang disahkan oleh satu kajian klinikal melibatkan 230 orang dewasa dengan berat badan berlebihan. Prinsip semula jadi yang diserlahkan oleh SymbioLife® Satylia® ini adalah suatu penyelesaian baharu dalam pengurusan berat badan secara semula jadi, selamat dan berkesan, dan telah menerima pelbagai anugerah.

Grégory Lambert, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TargEDys: "Kami amat berbangga dan teruja tentang kerjasama baharu ini. SymbioPharm berada dalam kedudukan 3 teratas dalam pasaran probiotik Jerman dan telah menghasilkan salah satu probiotik farmaseutikal yang dipasarkan di seluruh dunia. Dengan pengetahuan pasukan mereka tentang probiotik Enterobakteria, kedudukan mereka yang kukuh dengan doktor, farmasi, serta sinergi dengan probiotik dan diagnostik, mereka merupakan rakan kongsi yang sempurna bagi produk saintifik tinggi ini."

Juergen Eck, CEO Bersama dan Ketua Pegawai Teknikal (CTO) SymbioPharm:

"Kami sangat teruja menjadi rakan kongsi TargEDys dan bekerja bersama-sama dalam era baharu probiotik berasaskan bukti. Dengan probiotik Hafnia alvei HA4597 yang dilindungi paten, mekanisme tindakan biologinya serta kajian yang cemerlang, kita boleh menawarkan satu penyelesaian yang berkesan bagi masalah obesiti dan kesihatan metabolik yang semakin meningkat. Sebagai perintis dalam penyelidikan mikrobiom dan probiotik perubatan, kami berbangga kerana kini kami juga dapat membantu dalam memperkenalkan probiotik tepat berasaskan pengetahuan."

Perihal SymbioPharm

SymbioPharm GmbH merupakan perintis dalam penyelidikan mikrobiom dan probiotik berasaskan pengetahuan - sejak 1954. Misi syarikat ini adalah untuk melindungi kesihatan dan merawat penyakit dengan bakteria probiotik – menggunakan kesan biologi bakteria semula jadi semata-mata. Oleh itu, syarikat ini membuat penyelidikan dalam mikrobiom manusia dan membangunkan pendekatan terapi mikrobiologi yang inovatif. Syarikat ini memiliki kemudahan pengeluaran termoden, dan mempamerkan kepakaran menyeluruh dari peringkat diagnostik – bersama-sama Institute for Microecology – sehingga ke penyelesaian yang inovatif.
www.symbiopharm.de

Perihal TargEDys®

TargEDys® ialah sebuah syarikat bioteknologi komersial Perancis yang mengkhususkan pembangunan penyelesaian nutraseutikal melalui campur tangan mikrobiom. Syarikat ini diasaskan daripada penyelidikan selama 15 tahun dalam mikrobiota yang dijalankan dalam makmal akademik. Portfolio TargEDys® memfokus kepada kegemukan, kekurangan zat, dan kesihatan mental, kesemuanya berdasarkan konsep strain PreciBiomic yang disokong oleh mekanisme tindakan molekul dan kajian in vivo.

www.targedys.com

Contact:  
Arnaud Faure & Nina Vinot
bd@targedys.com

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1956913/TargEDys_SymbioPharm_Logo.jpg?p=medium600

Source: TargEDys
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Supplementary Medicine Corporate Expansion Joint ventures