NEW YORK, 30 November 2022 /PRNewswire/ -- Nobu Hospitality, jenama gaya hidup mewah yang paling pesat berkembang dan Aldar Properties (PJSC), salah sebuah syarikat pemaju dan pengurus hartanah terkemuka di UAE, mengumumkan rancangan untuk membina Hotel, Restoran dan Kediaman Nobu di Abu Dhabi.
Bakal dibuka pada tahun 2026 di Pulau Saadiyat, sebuah hab kebudayaan bertaraf dunia, Nobu Hotel akan menampilkan 165 buah bilik dan suite tetamu mewah yang luas, termasuk Nobu Villa yang menakjubkan. Sepertimana yang dijangkakan daripada jenama kulinari yang menjadi legenda ini, hotel ini bakal menawarkan destinasi menjamu selera yang tiada tandingan termasuk restoran Nobu yang menakjubkan dengan pantai yang indah serta pemandangan Guggenheim Abu Dhabi yang memaparkan bebayang Nobu Malibu yang terkenal. Selain akses ke pantai yang bersih sejauh lebih 8 kilometer, para tetamu akan turut berpeluang menikmati kemudahan di pusat kesejahteraan dan kecergasan yang canggih, kolam renang mewah serta akses eksklusif kepada segala keistimewaan yang ditawarkan di Pulau Saadiyat.
Terletak bersebelahan hotel dan hanya tujuh minit jarak pemanduan dari pusat bandar Abu Dhabi, kawasan yang bakal dibangunkan ini merangkumi kediaman berjenama Nobu yang elegan. Menawarkan gabungan kediaman tepi pantai berbilang bilik serta penginapan atas bumbung dengan pemandangan tanpa halangan ke arah Guggenheim Abu Dhabi dan terletak di lokasi paling digemari di pulau ini, Kediaman Nobu bakal menjadi salah satu destinasi yang paling didamba dan diimpikan di rantau ini. Para penghuni akan berpeluang untuk menikmati perkhidmatan berkualiti tinggi, kemudahan yang sangat istimewa serta mempunyai akses yang eksklusif kepada pengalaman dan acara sosial yang luar biasa yang hanya terdapat di Nobu.
Pulau Saadiyat merupakan sebuah pusat pelancongan, percutian, perniagaan, kediaman dan kebudayaan yang terkenal di dunia. Diperindahkan lagi dengan kehadiran rusa gazel yang bebas berkelana, pantai berpasir putih dan habitat Penyu Karah yang semakin terancam, Pulau Saadiyat juga merupakan tempat tumpuan beberapa buah aset budaya tunggal yang terbesar di dunia termasuk Louvre Abu Dhabi, Muzium Sejarah Alam, Guggenheim Abu Dhabi dan Muzium Nasional Zayed serta pelbagai tarikan menarik yang lain. Para tetamu dan penghuni pulau juga boleh menikmati permainan golf yang sempurna di padang golf tepi pantai yang terunggul di rantau ini atau berehat-rehat di pantai pasir putih yang terbentang luas serta pinggiran pantai yang dilindungi di pulau tersebut.
Nobu memasuki Abu Dhabi dengan kerjasama Aldar Properties, pemaju utama untuk komuniti bersepadu, meriah dan berkembang maju di destinasi-destinasi yang paling digemari di Timur Tengah.
Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.nobuhotels.com/abudhabi
Video - https://www.youtube.com/watch?v=Jx53plQfzZk
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1955993/Nobu_restaurant.jpg?p=medium600