omniture

Infinitus (Hong Kong) Mengambil Bahagian dalam Larian Amal bagi Tiga Tahun Berturut-turut

Infinitus
2014-01-03 17:59 131

HONG KONG, 3 Januari 2014 /PRNewswire/ -- Pada 3 November 2013 yang lalu, semua pekerja Infinitus (Hong Kong) dan pengedar ihsan bagi Syarikat ini telah mengambil bahagian dalam "Larian Amal 2013" yang dianjurkan oleh Persatuan Lok Chi. Para sukarelawan Infinitus tiba di Sai Kung Waterfront Park pada jam 9:30 pagi bagi menunjukkan keprihatinan terhadap individu yang menghadapi masalah mental. Infinitus (Hong Kong) berserta para pengedarnya telah menyertai acara amal ini selama tiga tahun berturut-turut.

Persatuan Lok Chi merupakan kumpulan amal di Hong Kong. Persatuan ini mempunyai komitmen terhadap misi membantu individu yang menghadapi masalah mental untuk memenuhi potensi masing-masing, mempertingkatkan kesedaran diri mereka dan membantu mereka berintegrasi  dalam masyarakat. Dana yang diperoleh menerusi acara ini akan digunakan bagi mempromosikan program pengajian selepas kelas bagi para pelajar yang menghadapi masalah mental dan menyediakan perkhidmatan penjagaan, aktiviti berkumpulan dan tunjuk ajar yang sesuai untuk para pelajar berkeperluan khas. Selain penglibatan Infinitus sendiri yang aktif, Infinitus turut menggalakkan para pengedarnya untuk menghulurkan derma bagi manfaat individu yang mempunyai masalah mental berserta keluarga mereka.   

Infinitus (Hong Kong) Company Limited merupakan ahli LKK Health Products Group. Ia memperjuangkan nilai teras "Si Li Ji Ren" (kepentingan setiap individu perlu diambil kira sebelum sebarang tindakan diambil), memenuhi tanggungjawab sosialnya secara aktif dan cuba memberikan yang terbaik kepada masyarakat. Infinitus memperjuangkan gaya hidup sihat yang terdiri daripada empat aspek iaitu pemakanan, rehat, senaman dan emosi. Dengan mempelawa para pengedarnya untuk mengambil bahagian dalam acara amal seumpama ini, Infinitus sedang memimpin masyarakat awam untuk beramal dengan semangat "Si Li Ji Ren" dan menjalani kehidupan yang sihat. Infinitus telah pun menyatakan ia akan terus mengambil bahagian atau menganjurkan lebih banyak acara amal sosial bagi menggalakkan kehidupan yang sihat serta menyumbang kepada masyarakat.

Laman web Infinitus (Hong Kong): http://www.infinitus.com.hk

 

Source: Infinitus
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Corporate Social Responsibility