omniture

The Oberoi, Gurgaon Dipilih Sebagai "Peneraju Hotel Mewah Dunia", bagi Tahun Ketiga Berturut-turut di Anugerah Pelancongan Dunia 2013

Oberoi Hotels & Resorts
2014-01-04 03:40 134

NEW DELHI, India, 4 Januari 2014 /PRNewswire/ --

The Oberoi, Gurgaon telah dipilih sebagai Peneraju Hotel Mewah Dunia 2013 bagi tahun ketiga berturut-turut oleh Anugerah Pelancongan Dunia. Pengumuman ini telah dibuat di Majlis Gala Grand Final di Doha, Qatar.

"Pastinya ini merupakan saat yang membanggakan bagi kami kerana The Oberoi, Gurgaon telah dipilih sebagai Peneraju Hotel Mewah Dunia 2013 bagi tahun ketiga berturut-turut. Penghormatan yang diberikan kepada kami ini ialah hasil kerjasama pasukan kami yang sangat bermotivasi dan bersemangat. Kami sentiasa berusaha untuk memberi keutamaan kepada para tetamu kami dan menyediakan perkhidmatan yang mesra dan dikhususkan," ujar En. Kapil Chopra, Presiden, The Oberoi Group.

Pada sambutan anugerah yang sama, The Oberoi, New Delhi telah dipilih sebagai 'Peneraju Hotel Perniagaan India'; The Oberoi Amarvilas, Agra telah dipilih sebagai 'Peneraju Tempat Peranginan India' dan The Oberoi, Mauritius telah dipilih sebagai 'Peneraju Hotel Mauritius'.

Sebagai anugerah yang digelar sebagai 'Oscar' bagi industri pelancongan dan pengembaraan oleh The Wall Street Journal, Anugerah Pelancongan Dunia telah diiktiraf pada peringkat global oleh industri pelancongan, pengembaraan dan hospitaliti sebagai pengiktirafan utama bagi kecemerlangan produk dan perkhidmatan yang diberikan.

Nota tambahan kepada Editor:

Latar Belakang Oberoi Hotels & Resorts

Oberoi Hotels & Resorts sangat dikenali di seluruh dunia kerana menyediakan gabungan tepat perkhidmatan, kemewahan dan kecekapan yang antap. Oberoi Hotels & Resorts yang turut dikenali pada peringkat antarabangsa atas kecemerlangan keseluruhannya serta perkhidmatan yang tiada tandingan ini telah menerima pelbagai anugerah dan penghargaan.

Ciri tersendiri hotel Kumpulan ini ialah kakitangan yang sangat bermotivasi dan terlatih yang sentiasa berusaha menyediakan perkhidmatan yang amat teliti, dikhususkan dan mesra. Hotel mewah milik Kumpulan ini juga telah berjaya mewujudkan reputasi bagi mentakrifkan semula paradigma kemewahan dan kecemerlangan perkhidmatan dalam kalangan hotel di serata dunia.

Bagi maklumat lanjut, sila hubungi:
Silki Sehgal
Pengarah - Komunikasi Korporat
The Oberoi Group
Telefon: +91-11-2389-0505
E-mel: silki.sehgal@oberoigroup.com

Sumber: Oberoi Hotels & Resorts

Source: Oberoi Hotels & Resorts
Keywords: Hotels and Resorts Travel Awards