omniture

Peak Memperluas Kehadiran Pengiklanan Antarabangsa di Times Square, New York

Peak Sport Products Co., Limited
2014-01-05 02:24 114

HONG KONG, 4 Januari 2014 /PRNewswire/ -- Pada 1 Januari, Times Square di New York mengalu-alukan ketibaan Peak, jenama pakaian sukan Cina pertama yang memantapkan kehadirannya. Selaras dengan wawasannya bagi mencipta jenama antarabangsa, Peak mendedahkan iklan baharunya yang menampilkan Tony Parker dan Shane Battier dengan berpakaian Cina tradisional dan memberi ucapan Selamat Tahun Baharu Cina. Iklan itu bakal menyambut ribuan penduduk New York serta pelancong dari seluruh dunia yang melalui Times Square hinggalah Tahun Baharu Cina pada 31 Januari 2014.

Peak menyambut ulang tahunnya yang ke-25 pada hari sebelum iklan baharu itu mula disiarkan. En. Jingnan Xu, Pengasas Peak memberi komen dengan menyatakan "2014 bakal menjadi tahun Peak merealisasikan wawasan antarabangsanya."

Selepas tumpuan penuh tekun selama 25 tahun, Peak telah mencapai beberapa matlamat asas yang penting termasuk penamaan, pendaftaran tanda niaga, peningkatan standard kualiti, pembinaan imej jenama dan pengantarabangsaan modal. Berikutan kejayaannya dalam NBA, Peak telah memperluas kehadirannya dan menjadi rakan kongsi rasmi untuk FIBA, WTA dan beberapa penganjur kejohanan antarabangsa lain yang terkemuka. Peak telah menandatangani perjanjian tajaan dengan lebih 10 pemain NBA termasuk Tony Parker, Shane Battier dan hampir 30 pemain WTA termasuk Galina Voskoboeva.

Pasaran luar negara Peak kini meliputi lebih 80 negara termasuk A.S., Jerman dan Australia yang merupakan 14.8% daripada jumlah jualan ketika separuh tahun pertama tahun 2013, lalu menjadikan Peak syarikat pakaian sukan yang menerajui di China daripada segi jualan luar negara.

Latar Belakang Peak Sport Products Co., Limited

Peak Sport Products Co., Limited (Kod Saham: 1968.HK) ialah syarikat pakaian sukan yang menerajui di China dan disenaraikan pada Papan Utama Bursa Saham Hong Kong pada 29 September 2009. Kumpulan itu banyak melibatkan diri dalam rekaan, pembangunan, penghasilan, pengedaran dan pemasaran produk sukan (termasuk kasut, pakaian dan aksesori) di bawah jenama "PEAK". Setakat 30 Jun 2013, Peak mempunyai 6,194 kedai runcit di China. Peak melaksanakan strategi penjenamaan antarabangsa bertumpuan dan telah menjadi rakan kongsi pemasaran rasmi NBA di China sejak bulan Oktober 2007. Kumpulan itu mengekalkan hubungan kerjasama jangka panjang dengan pelbagai penganjur kejohanan terkemuka seperti Federation Internationale de Basketball (FIBA), Women's Tennis Association (WTA) dan Stankovic Cup.

Source: Peak Sport Products Co., Limited
Keywords: Advertising Sports Textiles