DUBAI, UAE dan SINGAPURA, 30 November 2022 /PRNewswire/ -- Tata Communications International Pte. Ltd., sebuah anak syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh Tata Communications Ltd., sebuah syarikat pendaya ekosistem digital global telah memperluas kerjasamanya dengan Intertec Systems, sebuah syarikat penyepadu sistem terkemuka di Emiriyah Arab Bersatu (UAE), untuk menawarkan perkhidmatan terurus di rantau ini. Sebagai sebahagian daripada kerjasama tersebut, Tata Communications membawa Pusat Operasi Keselamatan Siber (SOC) dan perkhidmatan keselamatan terurus miliknya untuk memperkukuh pertahanan siber bagi perusahaan-perusahaan di rantau ini.
SOC tersebut menyediakan perkhidmatan keselamatan terurus yang digabungkan dengan risikan ancaman siber untuk mendapatkan maklumat misi kritikal perusahaan serta menawarkan cerapan bertaraf dunia bagi membantu melindungi dan menjamin perniagaan mereka. Perkhidmatan ini membolehkan perusahaan untuk memberi lebih tumpuan terhadap perniagaan teras mereka dan menggunakan sumber utama mereka untuk projek kritikal yang penting bagi pertumbuhan syarikat. Kerjasama ini akan memberikan penyelesaian Keselamatan yang inovatif, Komunikasi dan Kerjasama Bersepadu (UCC), Awan dan Internet Benda (IoT) berserta sokongan perkhidmatan dan pengetahuan Intertec Systems tentang pasaran perusahaan di rantau ini.
Kemudahan Intertec Systems yang canggih bertindak balas terhadap permintaan pelanggan untuk sebuah SOC yang maju dari segi teknikal dengan harga berpatutan dan terletak dalam negara, dibangunkan oleh Tata Communications yang meningkatkan pengesanan insiden keselamatan dan mengurangkan akibat serangan siber yang signifikan seperti kerugian kewangan dan kerosakan reputasi. Sebagai sebahagian daripada perkhidmatan SOC terurus, Tata Communications menyediakan analisis masa nyata dengan risikan canggih yang memanfaatkan automasi dan pengayaan maklumat; dengan pemantauan selama 24 jam.
Ia adalah berdasarkan penyelesaian keselamatan siber Tata Communications yang dinamik, yang membolehkan pekerja dan proses disepadukan dengan lancar dan menyeluruh ke dalam asas keselamatan. Tata Communications mempunyai para profesional bertauliah untuk mengatasi risiko yang semakin meningkat dan akibat daripada pelanggaran keselamatan siber tanpa mengira sumber, masa atau jenis serangan.
"Peningkatan kadar penerimagunaan teknologi di negara-negara anggota Majlis Kerjasama Teluk (GCC) termasuk peralatan kerja jarak jauh dan penghijrahan ke awan telah membolehkan banyak perusahaan beroperasi dengan lebih cekap dan membuka peluang perniagaan baharu. Ia juga berisiko menyebabkan perusahaan lebih terdedah kepada serangan siber," kata Naresh Kothari, Pengarah Urusan merangkap Presiden Intertec Systems. "Kerjasama yang kukuh membantu kami memajukan pendigitalan di rantau GCC. Melalui tawaran bersepadu yang diwujudkan dengan Tata Communications, kami menambah nilai kepada para pelanggan kami dengan membawa kepakaran tempatan dan global. Kami mempunyai keupayaan untuk menangani pelbagai risiko keselamatan siber secara bersama-sama."
"Kami gembira dapat memperluas kerjasama kami dengan Intertec Systems untuk membolehkan perusahaan di UAE menjadi peneraju dalam dunia yang mengutamakan digital," kata Vaneet Mehta, Ketua Rantau Timur Tengah, Asia Tengah & Afrika, Tata Communications. "Gabungan tenaga kami menghasilkan kepakaran global dengan pengalaman tempatan untuk membantu transformasi digital para pelanggan dengan ketangkasan dan fleksibiliti. SOC generasi seterusnya yang terletak dalam negara serta digabungkan dengan perkhidmatan SOC terurus kami ini memperkasakan para pelanggan untuk mengambil pendekatan proaktif dan ramalan bagi melindungi operasi digital mereka daripada awan ke pinggir hingga titik akhir."
Tata Communications diisytiharkan sebagai Peneraju dalam Perkhidmatan Ketahanan Siber oleh firma penganalisis global terkemuka, NelsonHall dalam Laporan Alat Penaksiran & Penilaian Vendor NelsonHall (NEAT) 2022. Syarikat ini diiktiraf sebagai Peneraju dalam Perkhidmatan Ketahanan Siber disebabkan keupayaan sibernya yang serba lengkap dan disokong oleh portfolio perkhidmatan rangkaian yang luas; serta pelaburannya dalam pengesanan dan tindak balas lanjutan (XDR) terbuka dan dalam platform automasi dan tindak balas pengorkestraan keselamatan (SOAR) untuk pengesanan ancaman dan tindak balas ancaman automatik yang lebih pantas.
Tentang Intertec Systems
Ditubuhkan pada tahun 1991, Intertec Systems merupakan sebuah syarikat pakar perkhidmatan IT serantau dalam bidang Digital, Aplikasi Perniagaan, Perkhidmatan Terurus, Awan, Keselamatan dan Infrastruktur. Kami memberikan perkhidmatan kepada pihak Kerajaan, Perbankan, Perkhidmatan Kewangan dan Insurans (BFSI), Penjagaan Kesihatan serta Perusahaan merentasi Timur Tengah & India dengan keupayaan untuk melaksanakan penglibatan bernilai melebihi $10 juta. Dengan pejabat tempatan di 5 buah negara, kami disokong oleh ekosistem kami yang terdiri daripada lebih 50 pakatan teknologi, keupayaan Penghantaran dan Operasi Rangkaian serta Pusat Penghantaran Perisian. Ketahui lebih lanjut di: www.intertecsystems.com
Tentang Tata Communications
Merupakan sebahagian daripada Tata Group, Tata Communications (NSE: TATACOMM) (BSE: 500483) ialah sebuah syarikat pendaya ekosistem digital global yang memperkasakan perkembangan pesat ekonomi digital pada hari ini di lebih 190 buah negara dan wilayah. Dengan kepimpinan melalui kepercayaan, ia mendayakan transformasi digital perusahaan di seluruh dunia melalui kolaborasi dan penyelesaian terhubung, kesalinghubungan teras dan generasi seterusnya, penyelesaian pengehosan awan serta keselamatan dan perkhidmatan media. 300 daripada syarikat Fortune 500 ialah pelanggannya dan syarikat ini menghubungkan perniagaan ke 80% daripada syarikat awan gergasi di dunia. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.tatacommunications.com
Pernyataan berpandangan ke hadapan dan amaran
Perkataan dan pernyataan tertentu dalam siaran ini berkenaan Tata Communications dan prospeknya serta pernyataan lain, termasuk yang berkaitan dengan jangkaan kedudukan kewangan Tata Communications, strategi perniagaan, pembangunan masa depan operasi Tata Communications dan ekonomi umum di India, merupakan pernyataan berpandangan ke hadapan. Pernyataan sedemikian melibatkan risiko yang diketahui dan tidak diketahui, ketidakpastian dan faktor-faktor lain termasuk kewangan, kawal selia dan alam sekitar, serta faktor yang berkaitan dengan pertumbuhan industri dan unjuran trend yang boleh menyebabkan keputusan, prestasi atau pencapaian sebenar Tata Communications atau hasil industri berbeza secara material daripada yang dinyatakan atau yang tersirat dalam pernyataan berpandangan ke hadapan ini. Faktor-faktor penting yang boleh menyebabkan keputusan, prestasi atau pencapaian sebenar berbeza secara material daripada pernyataan berpandangan ke hadapan ini antaranya termasuk kegagalan meningkatkan volum trafik pada rangkaian Tata Communications; kegagalan membangunkan produk dan perkhidmatan baharu yang memenuhi permintaan pelanggan dan menjana margin yang boleh diterima; kegagalan melengkapkan ujian komersial teknologi dan sistem maklumat baharu bagi menyokong produk dan perkhidmatan baharu termasuk perkhidmatan penghantaran suara; kegagalan menstabilkan atau mengurangkan kadar pemampatan harga pada perkhidmatan komunikasi syarikat yang tertentu; kegagalan menyepadukan pengambilalihan strategik dan perubahan dasar kerajaan atau peraturan di India, khususnya perubahan yang berkaitan dengan pentadbiran industri Tata Communications; dan secara amnya, suasana ekonomi, perniagaan dan kredit di India. Faktor tambahan yang boleh menyebabkan hasil, prestasi atau pencapaian sebenar berbeza secara material daripada pernyataan berpandangan ke hadapan ini yang kebanyakannya di luar kawalan Tata Communications termasuk, tetapi tidak terhad kepada faktor risiko yang dibincangkan dalam Laporan Tahunan Tata Communications Limited.
Laporan Tahunan Tata Communications Limited boleh didapati di www.tatacommunications.com. Tata Communications tidak bertanggungjawab terhadap dan secara jelas menafikan sebarang tanggungjawab untuk mengemas kini atau meminda pernyataan berpandangan ke hadapan ini.
© 2022 Tata Communications Ltd. Hak cipta terpelihara.
TATA COMMUNICATIONS dan TATA merupakan tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar Tata Sons Private Limited di India dan di negara-negara tertentu.